25 Mei lepas birthday en tunang saye. Oleh kerana cinta jarak jauh yang memisahkan kami, jadi hanyalah present sebagai penganti diri. Birthday beliau kali ni memang tak nak beli ape-ape. Nak buat sendiri present tu. Nak bagi cupcakes ngeri la pulak kang pos, sampai kat pahang dah tak rupa cup cakes dah..huhu
Jadi, untuk langkah selamat, kita decorate la cheese tart dengan gagahnye untuk beliau yang tersayang. Duk la tersengih sengih sensorang masa menggentel cheese tart tu sensorang kat dapur.
Tapi dalam tersengih tu sedih jugak la. Sebab 5 tahun bercinta, tapi pernah sekalipun dapat peluang nak sambut birthday sama-sama. Kalau ada pun hanyalah belated birthday je... Jauh.. Bukan senang nak jumpe. I cuti dia kerja, dia cuti i kerja. Macam mane? Sedih tak? Sedih kan...uhuk.. =(
Ape pun, Selamat hari lahir buat tunang ku, Mohd Nor Hilmi Mohd Nor.. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki(supaya cepat boleh kawen), dan dipermudahkan segalanya... Amin... =)