Followers

Showing posts with label talak satu. Show all posts
Showing posts with label talak satu. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Azrinaz Mazhar Hakim Di Cerai Talak Satu Oleh Sultan Brunei


Berita terbaru yang mengejutkan aku pagi ni. Lambat betul update berita aku ni kan. Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu. Azrinaz Mazhar hakim ni dulu bekas pengacara TV3. Berita lanjut pasal penceraian Sultan Brunei ni sila baca kat bawah. sumer dari utusan online.

" KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas.

“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2 "

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails