Followers

Monday, July 30, 2012

Aku Kepingin

Hari ni dah hari ke sepuluh berpuasa kan. Kat radio pun dah keluar dah lagu raya. Ape ke cepat sangat bukak lagu raya kan. Bila dengar terus gelabah teringat baju raya tak cari lagi, kuih raya pun tak plan nak buat yang mana satu. Sebak pun ada ni. Dilema seorang isteri. Buat pertama kali dalam hidup menyambut ramadhan sebgai seorang isteri.

Kalau dulu, tak ade pikir-pikir dah, sambut puasa 1 Ramadhan mesti kat rumah family. Tapi tapi tapi... sekarang tak boleh dicide sendiri lagi. Sudah ada suami, yang perlu ku turuti... First puasa di Pahang, keluarga suami. Alhamdullilah meriah... Tapi dalam kemeriaha, hati aku tuhan je yang tau macam mana sebak nye. Sebak sampai tak sanggup nak call family kat johor masa first puasa tu. Takut mengalir air mata.

Minggu ni insyaAllah balik JB weekend nanti. Tak sabar sangat!!!! Lama gila tak balik JB ok. Tersedu sedan puasa kat KL tanpa suami dan juga keluarga, So sekarang aku nak list kan benda apa yang aku nak makan untuk buka puasa dan sahur kat Jb nanti. No bazar ramdahan dah, Dah muak dah tiap hari bazar ramadhan je kat KL ni.... 

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... 

1. Bubur pengat ubi.
2. Asam pedas ikan sembilang
3. Sambal tumis udang bEsAr punyaaaaaaa.
4. Ayam masak lemak cili padi
5. Sambal Telur. 
6. Kuih bingka labu
7. Ikan Terubuk bakar.

Ok itu je lah. Banyak-banyak sangat kang bile masanya nak masak kan... Hurm...JB, JB, tak sabar aku nak kembali....

Wednesday, July 25, 2012

My Wedding ~ Hantaran Untuk Suami

Hai.. Lambatnye update pasal kawin. Kakak pun dah nak naik hangin ni tak dapat-dapat lagi gambar dari photographer ni..huhuhui. So marilah menatap gambar dari handphone saje ye. Dan untuk tatapan kali ni kita tengok gubahan hantaran yang aku sendiri buat untuk suami tercintak... =)


Keseluruhannye adalah 9 dulang tapi yang atas katil ni, sirih junjung la yang missing. Ye la, sirih junjung mak yang buat, masa pagi sebelum nak nikah tu baru buat.


First. Set persalinan untuk suami. 


Buah-buahan

Kasut

Tali pinggang & Wallet


Set wangi - wangi

Cokelat


Kek Lapis


Dan Al-Quran


Jangan di tanya kenapa purple lagi, masa tunang dah purple.. Aku pun tak tau nak kate ape. Cuma warna tu je ada kat mata aku masa nak buat tu...hahaha.. Sekian terima kasih.

Saturday, July 14, 2012

Honeymoon @Langkawi Day 2

Hai, berzaman kan nak update cerita pasal honeymoon kat Langkawi tu. Baru ni la nak sambung part 2 nye. Maaflah, tuan blog tengah sibuk membizi dengan kerja dan bisness baru katanya...haha. Thanks kepada yang teruja jugak nak tau kisah seterusnya kat Langkawi ni. So untuk part ni, malas la cerita panjang, layan gambar yang berlambak ni je okeh.


Hari kedua, pagi-pagi buta lepas breakfast kat hotel terus la kami bergegas nak pergi Island Hopping. Pakej yang kitorang amik start pukul 9 pagi. So ni la gambar pagi-pagi kat hotel sebelum pergi Jeti Kauh untuk ber island hopping dengan gembiranya.


Ok muka confius nak sesat jalan. Padahal bukan jauh pun jeti kuah tu dengan bella vista hotel tu. Sampai je sana ada lagi satu family singapore yang ikut trip island hopping ngan kitorang pagi tu. 


Ha masa ni nak naik bot dah.  Masa ni, ade pakcik amik gambar, lepas siap island hopping dia dah siap print kan gambar kitorang kat atas piring comel. RM 5 je dia jual. Murah dan comel. Sangat la sesuai untuk di beli buat kenangan. Oh gambar kat atas ni pun die yang tolong snap kan guna kamera kitorang. =)


Jeng jeng jeng... meriah laki akak. Baju purple, seluar biru, kasut merah..haha. Destinasi pertama yang bot tu bawak kitorand adalah pantai beras basah. Sebelum ni masa pergi Langkawi first time, aku pergi Island Hopping pakai cantik-cantik, jeans bagai, tudung lilit-lilit lagi.  So, memang la tak dapat nak berendam air laut.. So, kali ni, aku pakai santai-santai siap-siap. 


Santai la sangat kan. jadi boleh la aku mandi laut dengan riang gembira. Tapi bengang ngan en suami yang tak nak mandi laut. Mengade sangat kan. Tak nak basah la, ape la. Jadi duduk la beliau main pasir je kat tepi pantai. Aku sorang-sorang mandi laut.Tak kira la... Nak jugak walau sorang-sorang...


Tu aksi orang tak nak mandi laut.  Tukang jaga bag sambil main pasir. lepas puas mandi, bot bawa kitorang ke destinasi kedua pulak, iaitu untuk tengok eagle feeding. Tak jauh dari pantai beras basah. seronok tengok helang makan. Besar-besar pulak tu. Banyak sangat.


Pengantin baru dalam bot. Panas terik tak hingat. Nasib baik angin laut kuat.


Lepas tu kitorang dibawak ke pulau dayang bunting pulak. Tempat ni pun aku teruja nak pergi gak. sangat cantik dan tenang...




Yang istimewanya pulau dayang bunting ni, di tengah-tengah pulau, ada tasik air tawar yang sangat cantik. Aku suka sangat, Dan macam biasalah, aku mesti la teruja nak berenang kan. Puas ajak suami saya tu, mula-mula dia tak nak. Siap tolak lagi aku terus masuk dalam tasik tu sebab beria sangat aku nak mandi kat situ. Nasib baik dah pakai life jacket. So terapung la aku sensorang mula-mula kat situ sambil dia ambil gambar.


Mula-mula takut ooo walaupun dah pakai life jacket. Ye la, dalam tasik tu oi, kaki tak jejak okeh, tak tau berapa dalam. So mula-mula tu agak payah nak imbangkan badan. Tapi bila dah 5 minit, amboi, gembira sangat, siap buat macam-macam aksi. Lepas tu, baru la en Hilmi kita pun nak jugak join mandi. Malah, beliau menjadi lebih excited dari saya! Buktinya lihat lah gambar bawah ni...


Yeaaaaaa... Main terjun-terjun.. Gembira sangat gamaknye. Tapi seriously memang gembira dan seronok. Kepada korang yang nak pergi sini, aku bagitau awal-awal la, pakai la pakaian sesuai untuk bberenang. Kalau pakai jeans, kan payah, dan menyesal sebab tak dapat terjun kat tasik dayang bunting ni..hehehe



Ok next, lepas habis Island hoping dalam pukul 1 petang macam tu, kitorang pun balik la hotel. Mandi-mandi2, tukar baju siap-siap cepat-cepat dan selaju yang boleh sebab nak pergi naik cable car pulak. Hei, dari pengalaman lalu, susah nak dapt naik cable car time cuti sekolah ni. Ramai gila orang beratur dan takut cuaca tak baik, tak dapat terus naik.  Tapi alhamdullilah, hari tu tak lama sangat beratur dan cuaca pun ok.. Puas hati sangat dapat naik cable car Langkawi,


Tinggi gila okeh. Pemandangan pun menarik. Siap makan burger kat station atas sekali tu, Makan jugak walaupun mahal gilosssss. Lapar kot. Dah pukul 4 tapi tak makan tengahari lagi...hehe. Dah turun bawah, kitorang makan chicken chop pulak kat satu kedai yang dekat ngan kawasan parking. Sedap tapi agak berjanggut menunggu..

Lepas tu pergi perkampungan mahsuri. Kat situ ade muzium, makam mahsuri dan rumah-rumah tradisional.  Bayaran masuk Rm5. Gambar aku memang tak ade sebab dah penat gila.. Nak balik nak balik... Tapi suami saya masih gagah berjalan ke sana sini. Sayang, amik gambar, sayang, amik gambar. Baik lah... baik lah..


Lepas tu, tak balik lagi, pergi pulak Beras Terbakar.. Cari kain batik. banyak gila borong. Sampai kena tahan dengan kastam masa nak balik kat jeti.. Haha... Mane la kakak tau tak boleh beli kain batik sampai sedozen kat langkawi! Mak mertua pesan, so beli la... Pastu pandai sangat simpan semua dalam satu beg. Kan nampak sangat macam nak menyeludup tu...haha.


Mangrib hari baru balik hotel semula. Malam tu, kitorang makan kat area hotel je. Sedap dan murah. Ok tu je la. Penat nak taip lagi dah...huhu

=)

Sunday, July 1, 2012

Weekend Yang Singkat

Weekend memang rasa singkat. Lagi singkat lepas dah kawin ni bila mana cuma weekend je masa yang ada untuk jumpa suami. Rasa sedih bila suami hantar depan rumah. Automatik akan mula lagi operasi mengira hari untuk berjumpa semula. Agak sedih tapi masih bersyukur sebab tahu dan sedar ada lagi pasangan suami isteri jarak jauh yang lebih sedih kisahnya. Pahang dan KL nasib baik tak berapa jauh walaupun jauh. Ah ape yang aku karutkan ni? Haha...

Sabar la wahai hati.. Ayat pujuk diri sendiri walaupun dalam hati rasa nak cabut dari KL ni, duduk terus bawah ketiak suami. Tapi masih kena sabar. Perancangan perlu ada. Lakukan satu persatu aini. Sabar dan terus bersabar.... Sabar dengan perasaan rindu, sabar dengan tekanan kerja dan sabar dengan orang sekitar yang merobek hati. 

Sabar... 

Wednesday, June 27, 2012

Honeymoon @ Langkawi Day 1

Ikut hati malas la nak pecah-pecahkan cerita ni kepada bab bab tau. Nak je letak semua gambar dalam 1 entri. Tapi disebabkan banyak nau gambar sampai tak terkira, so biarlah di ceritakan ikut kronologi okeh. Hei, gambar kawin tak upload lagi dah sibuk cerita pasal honeymoon kan? Ala rilek la, gambar tak dapat lagi dari photographer... =)

Baik, cerita dimulai.. Kami bertolak dari Pahang hari selasa petang. Tapi tak direct ke Langkawi terus. Kitorang singgah Pulau Pinang dulu, sebab dah malam kan, so stay la sana dulu. lagi pun ade orang tu teringin sangat nak naik jambatan pulau Pinang tu. So pagi rabu kitorang gerak ke Kuala Kedah dari penang. 

Aku dari dulu memang suka negeri negeri belah utara ni. Pasal pe? Pasal kalau dari highway kan, view die sangat la menenangkan, kampung, sawah padi... Aku suka sangat. Since aku belajar kat Matrik Penang dulu la. Pernah dulu masa berkawan lagi dengan husband aku ni, aku cakap kalau bleh nak cari bakal suami orang penang. Best. Nanti ade kampung yang ade sawah...hehe. Die still ingat lagi aku pernah cakap macam tu...


Kitorang sampai Jeti Kuala Kedah dalah pukul 12 tengahari. sampai je terus cari feri. Sekali feri yang ada pukul 1.30 petang. Hadoyai.. Masa tu rasa nak marah je. Sebab dah membazir setengah hari tau sebelum sampai langkawi. Patutnya dalam plan pukul 12 tengahari tu dah sampai langkawi dah, maksudnya kena sampai jeti pagi la dalam pukul 9. Ni la gamaknye teruja sangat nak nek jambatan pulau pinang, sampai lambat bertolak dari sane.. Tapi kakak redho.. Mane bleh marah2 pergi honeymoon..huhu.


Masa ni tengah beratur nak naik feri ni. Excited sangat cik abang saye. Die first time pergi langkawi dan first time jugak ye nak naik pengangkutan air...hahahahahaha. Gelak berlagak sebab ini kali ketiga aku pergi Langkawi dan tak terkira banyaknye kali aku naik feri atau bot... So boleh tunjuk eksen sikit kat die. Kebanyakkan aktiviti kat Langkawi aku dah plan siap-siap dah. Sampai nak pergi mana, lepas tu nak pergi mana, nak makan kat mane..


Ok akhirnya ade gak ga,bar aku kan. Seriously dalam camera memang banyak gambar die je. Aku kurang la. Sebab dah boring amik gambar kat Langkawi.. Hahahaha.. .berlagak lagi kan. Tapi sebenarnya aku teruja nak pergi Langkawi lagi sebab nak sangat naik cable car tau. Tu yang buat aku eager sangat nak pergi sana lagi.

Ok dalam pukul 3 macam tu kitorang pun sampai la kat Langkawi tu. Sampai-sampai terus makan tengahari kat Jeti Kuah tu. Punya la kebulur sebab pagi cuma saarapan roti sorang sekeping je. Dah petang baru sempat nak makan kan... Lepas makan maka bergerak la kami ke hotel. Dah siap booking awal-awal dah. Kitorang stay kat Bella Vista Resort and Spa. Dekat je ngan pekan Kuah. 


Nah, ni view aku snap masa nak naik lif dari lobi hotel.. Mengadap laut. Santek kan? Tenang gila rasa. Seronok sangat-sangat.  Tak percaya? Tengok la betapa serononnya encik abang saya kat bawah ni ha.. Gambar bawah ni view kat tingkat 3. Bilik kami la.. Gembira sangat sampai macam tu gayanye. Tepuk dahi je la binik dia. =)





Konsep macam istana kan? Macam istana pasir pun ada. Oh lupa, lepas makan kat jetty Kuah tu, kitorang pergi cari kereta sewa pulak. Untuk pusing-pusing Langkawi. Hey, dari sebelum nikah lagi selaku ketua rombongan, aku plan nak sewa viva je tau. Ye la, nak jimat kan. Lagipun berdua je kan. Tapi tapi tapi tapi.... Encik abang saya tu kata, kalau amek kereta kecil, dia malas nak bawak jalan-jalan, duduk je hotel. Kalau kereta best, baru la best nak bawak jalan-jalan. Geram sangat! Boleh main ugut-ugut kan..


Dan akhirnya dia ambil Honda City dengan gembiranye. Pastu aku pulak ugut dia, malam nanti abang tidor je la dalam kereta... Ok lepas berehat kejap pas check in tu kan, petang kitorang keluar la sekejap. Pendek je masa kan. So petang tu sempat pergi cari agen untuk buat Island Hopping esok pagi. Alhamdullilah memang senang je nak cari. Berlambak kat Jetty Kuah tu. Tapi kena pandai pilih la, harga beza-beza. Ade mintak RM40, RM35. Aku dapat yang RM 30.


Lepas tu kitorang pergi dataran helang. Macam biasa lah, siapa lagi yang teruja nak ambil gambar kalau bukan dia kan..hehe =). Maghrib kami balik hotel semula. Mandi, smeyang siap-siap dan malam kitorang pergi pekan Kuah pulak. Shopping cokelat siap-siap malam tu. Kat Haji Ismail Group. Dah habis shopping, masuk kedai depan Haji Ismail group, rupanya cokelat kat sna lagi murah tau. Terus menyesal kejap..huhu. 

Lepas shopping kat pekan Kuah, kitorang ke pantai Chenang pulak. Cita-cita pergi sana nak makan seafood fresh la katanye. Ramainye la umat manusia kat pantai chenang tu kan. Cari cari kedai, akhirnya, jumpa la satu kedai ni yang dekat ngan laut. Tapi tak nampak pun lautnye sebab malam dan kat laut tak de lampu. dengar bunyi angin laut je la.. Dan ini je la yg kitorang makan. Ikan kerapu sweet sour dan tomyam seafood. Ya Ampun mahal kau. Total RM 76.50. Gembira sakan membayarnye....hauhauhauahau...


Lepas makan tu gerak la semula ke hotel... Dan tido... krohkroh...huhu.... Habis la cerita hari pertama, tak tau la bile pulak nak sambung cerita hari kedua.... =)

Tuesday, June 19, 2012

My Wedding ~ Orang Kuat Di Sebalik Majlis


Ha.. Ni gambar lepas nikah ni. Baru nak hilang berdebar you... Dah nak maghrib rasanya ni. Lepas nikah ada majlis makan sikit untuk semua yang hadir masa nikah tu. Tapi  pengantin tak makan pun. Masa ni aku segan lagi, rasa tebal gila make up aku. Haha.. Ok masa orang sibuk makan kat dalam dewan, aku lari la pergi tempat orang merewang. 

Kat sini la orang orang kuat majlis aku berkampung. Sibuk semuanya. Sepupu sepupu aku yang sangat sangat banyak membantu dari awal sampai la akhir majlis. Anak-anak diorang pun bersemangat sama. Tengok la tu, ade yang terlentang tidur kepenatan. Seriously aku sangat la suka gambar ni. Suka sangat-sangat. Gambar candid yang menjadi..hehe

Thank you so much cousins!!!

Eh, suka sangat veil tu.. Menjadi jugak hasil DIY pengantin..huhu... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails