Followers

Sunday, September 23, 2012

Tutorial DIY Veil Nikah

Hai, hari ni kakak nak bagi tutorial untuk buat Veil Nikah kepada adik-adik bakal pengantin, bakal tunangan orang sekalian yang teruja nak tau dan mempunyai semangat dan iktizam yang tinggi untuk men DIY sendiri Veil korang..hehehe.. Kepada yang malas dan kaya, boleh beli je terus kan..  Tak payah susah-susah dik non.

Ok first, kena niat nak buat DIY ni dulu...huhu. Serius ok. Kena niat dulu, moga di permudahkan.. Sebenarnya aku buat Veil ni sendri selain sebab tak mampu nak beli sendri(beratus-ratuskot harga kalau yang macam ni kat kedai), nak pakai sekali je kot. Satu lagi sebab nak buat sendiri sebab nak menjadikannya satu kenangan terindah dalam hidup. Actually persalinan untuk majlis nikah semuanya buat sendiri, tak ada yang sewa. Daripada Veil, Tudung Nikah, Baju Nikah, sampai la kasut nikah semua aku DIY sendiri. Tapi kasut aku beli yang kosong la pastu aku hias sendri. Gila nak buat kasut sendri, tahap jimmy choo kot dah tu...hah. Jadi sepasang persalinan dari hujung kepala ke kaki aku simpan elok2 sebagai kenangan hari nikah aku. Baru la rasa ade something special yang aku bleh simpan sampai ke anak cucu gitu.


Ok let start. Untuk buat Veil gojes ala-ala fasha sandha ni, kena la ada bahan-bahannya. marilah akak tunjukkan bahan-bahan, tempat untuk mendapatkannya beserta harganya sekali ye.

1.KAIN NET LEMBUT
- Kain net lembut ok, bukan kain net buat bunga telur yang kejung itu. Boleh didapati kat kedai 
  kain la kan. Aku beli kat kedai kain kat Jalan Tar, nama kedai tu Osman tak silap aku. Please 
  mention KAIN NET LEMBUT ok masa nak beli. Kalau tak nanti die bagi kain net biasa yang 
  keras. Biasanya kain net lembut harga dia mahal sket, tapi x sampai pun rm 20 semeter. Belas-
  belas je gitu. Aku guna 1.5 Meter kain net warna putih.

2.BORDER LACE
- Border lace ade macam-macam. Kalau kat jakel dan gulatis tak ade harga puluh-puluh, ratus-ratus je yang aku jumpa. Aku beli kat kedai kain Osman kat jalan TAR jugak dengan harga RM 35 semeter. Aku guna 1.5 Meter jugak. Oh ye. border lace ni, dia kan boleh guna atas bawah, kita kena gunting dia, so kalau kita beli 1.5 meter, lepas kita gunting nanti, hasilnya jadi lah 3 meter. Cukup-cukup untuk keliling Veil tu.

3. MANIK MUTIARA
- Ni kat kedai barang hantaran pun banyak jual. Aku pakai saiz sedang je. Manik ni untuk kite jahit atas veil tu supaya veil jadi berat sikit dan cantik terletak bila pakai. Selain tu manik tu jugak buat veil kite nampak lagi gojes meletop.


Cara-cara buatnye pulak, first potong kain net jadi bentuk D macam gambar bawah ni. Panjang depan korang kena ukur la ikut kesukaan korang. Aku suka kiri kanan hujung panjangnya sampai ke siku. 

Kemudian, potong pulak border lace ikut bentuk, pastu jahit kat keliling kain net tadi. Tapi sebelum jahit, Korang kena ukur la ye supaya border lace tu cukup-cukup untuk keliling veil tu. Kalau tak cukup, selain kena beli border lace tambahan, untuk jimat, korang jugak boleh potong border lace tu ikut bentuk sebiji sebiji, maksudnye pecah-pecahkan dia, so nanti pada kain lace, korang boleh susun semula bagi cukup. Tapi mak sure la potong elok-elok ikut corak lace tu ye.


Tadaaaa... siap dah jahit keliling dengan border lace. Setelah dijahit keliling border lace tu kepada kain net, maka boleh lah korang hias pulak dengan manik. Oleh kerana tema nikah aku putih salju gitu, maka manik mutiara pun warna putih la. 



Hias la ikut kreativiti anda...huhu... Dan lebihkan pada ekor hujung supaya veil kite nampak berat sikit kan... Bila dah siap, gantung la depan almari dengan bangga sambil tunggu hari nikah dengan excitednye....wawawa....


Bila sampai harinya, bergaya sakan la dengan veil buatan sendiri itu sepuasnya.. Ye la kan, penat penat buat, kali tu je la nak pakai kan... So pakai puas-puas...ngeh ngeh... 

Friday, September 21, 2012

~ My Wedding ~ Aksi-Aksi Selepas Nikah

Kalau masa nak nikah tu berdebor yang amat kan sampai nak senyum pun x mampu... Lepas nikah, lepas je family aku, family suami pergi ke dewan untuk jamuan makan, maka berlaku lah aksi-aksi gembira aku, suami dan kawan-kawan rapat kami.. Seriously, dalam banyak-banyak gambar kawin kami, gambar-gambar ni la yang paling aku suka sekali. Sweet memori.. =)


Rakus kan mereka, semua nak caras ros merah dari perantin.. Namun perantin tetap cuba mempertahankan ros merah itu dari tangannya..hew... Ape pun, sangat suka dengan gambar ni sebab semua anak dara dalam gambar ni muka gembira sesangat.. 


Sebab diorang sudi eman aku masa nikah dan muka gembira diorang buat gambar aku jadi cantik, maka dengan rela hati nak mencampakkan ros merah kepada mereka dengan niat di hati, siapa dapat, lepas ni memang turn ko la pulak jadi perantin...hehe.


1..2..3... Naaaahhhh... Macam macam aksi kan.. Macam main volleyball pun ade. Suka sangat gambar ni. Kawan-kawan, i love u all so much la! Huhu..


Kawan kawan saya ni memang hebat dalam berposing. Tak rugi buat diorang jadi hiasan gambar..huhu. Rasa nak buat frame besor besor je gambar ni. Eh kawan-kawan, korang sume comel sangat dalam gambar ni!


Lastly gambar bersama kawan-kawan suami pulak.. Diorang ni dari masa bertunang sampai lah nikah memang setia jadi bodyguard kami.. Semua masih bujang trang trang trang, sila isi borang kalau berminat... =)

Thursday, September 20, 2012

~ My Wedding ~ Pernikahan 26 Mei 2012


Finally, dapat jugak gambar dari potographer..haha ketawa puas. Baiklah, hari ni kite cerita pasal nikah la ye. Masa make up nikah tu, gila la putih melepak sesuci lebaran muka akak ni mak andam make up. First time tengok, rasa nak nanges, tapi dipujuk pujuk oleh mak andam, jiran rumah, anak buah maka kakak redho..huhu

Masa nikah ni, perasaan memang la berdebar, pucat muka lah kan. Tapi nasib baik la tok kadi tu ok, everything berjalan dengan lancar dan laju pantas dan tuntas. Dengan dua kali lafaz, akhirnya aku selamat menjadi isteri yang sah kepada Mohd Norhilmi Mohd Nor. Dua kali lafaz tu, pasal ape? Pasal abang Hilmi kite nak cepat habis agaknye sampai lupa nak sebut ringgit masa sebut mas kahwin tu, dah tok kadi tanya, 25 ape? Rupiah ke? Ketawa seisi masjid...huhu... For the second time, Alhamdullilah, perfect dan sempurna.


Minit pertama bergelar isteri. Tangan rasa terketar-ketar. Muka tak tau nak cover macam mana. Pandang si ain, ateq ngan azie, sibuk diorg suruh aku senyum. Serious ok, tak tahu macam mana muka masa tu, nak senyum pun macam alahai...rasa berdebar masih tak hilang...


Sesungguhnya ini adalah kenangan terindah dalam hidup. Alhamdullilah. Terima kasih ya Allah kerana beri kesempatan untuk aku merasa detik itu. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan suami terbaik untuk aku. Terima kasih ya Allah... Alhamdullilah...


Wednesday, September 12, 2012

Stress Gaban

please jangan berlegar legar kat depan balakang kiri kanan aku

please jangan membebel kuat kuat tepat kat telinga aku

please jangan push aku wat itu ini dalam tempoh masa yang tak logik dek akal

please please please. ibu mengandung ni dah rimas, lemas, stress, bingit semua ada...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 10, 2012

8 Weeks Pregnant


Dari minggu lepas hati ni gundah gulana pikir nak pergi klinik ke tak. Risau sebenarnye dah masuk 8 minggu pregnant tapi tak ade muntah-muntah macam orang mengandung yang lain. Sampai tahap dalam hati kate, betul ke aku ni pregnant? Muntah, loya langsung tak ada kecuali rasa penat, letih lemah badan sangat. Kalau boleh tiap masa nak berehat.

Tapi pagi tadi, akhirnya buat keputusan pegi Pusrawi la nak scan. Alhamdullilah, baby sihat dalam perut ni. Happy sangat and rasa lega macam bebean atas kepala dah hilang habis..huhu.. Tu gambar yang Dr bulatkan pakai pen la baby. Tak nampak jelas lagi, kecil je lagi cuma nampak kantung. Tapi tu pun syukur Alhamdullilah dah nampak. Semoga anak ibu sihat-sihat saja dan membesar bagai juara kat dalam ok...

Thursday, September 6, 2012

Baby Dalam Perut Ibu



Baby dalam perut ibu, semoga awak sihat-sihat saja kat dalam perut ibu okey... Tak sabar ibu nak jumpa awak.... =) 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails