Followers

Wednesday, March 19, 2014

Kesabaran yang Sampai Ke Penghujungnya

Kesabaran aku diuji lagi..
Tak cukup dengan beralah ku..
Tak cukup dengan lembut hati ku..
Tak cukup dengan pengorbanan ku..

Sampai satu tahap..
Aku rasa tak dapat bersabar lagi..
Sampai satu tahap..
Aku rasa penghujungnya dah semakin dekat..
Biar sakit.. Biar pedih pada penghujungnya..
Asal kau dapat apa yang kau mahu..
Dan aku bebas dari segalanya..

Aku sakit..

Friday, March 14, 2014

Kejap Je Nak Setahun Dah Anak Ibu

Pejam celik pejam celik bulan depan dah April.. Maksudnya bulan depan Intan setahun dah umur dia..  Alhamdullilah, sekarang dah pandai jalan walaupun masih terhuyung hayang... Selain padai berjalan, dia jugak dah pandai..


Pantang tengok orang keluar mesti nak ikut sampai pintu.. Kalau nampak Ibu dia pakai tudung lagi la.. Melalak tak hingat dunia.. Takut Ibu tinggal dia la tu keluar..


Buat operasi senyap-senyap time ibu tengah tidor... 


Berkawan baik dengan kucing. Suka sangat main dengan kucing kecik. Kalau kita ambil dia bawa masuk time sakan main macam ni, confirm mejerit jerit nangis!

Intan.. Intan.. Next month kita sambut birthday Intan kt Jb ok.. =)

Saturday, March 1, 2014

Intan is My Everything!

Hai.. Dah like Fb Page ahkak? Kalau belum, sila pergi like dulu kat sini https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation  pastu baru sambung baca blog okey.. Alhamdulliah la bisnes makin hari makin meningkat. Tengah duk pikir apa lagi strategi yang boleh buat aku bertambah kaya dengan bisnes ni dalam masa setahun... Ceeewahh sangat! Dah la kerja tak sampai 4 jam sehari pun. Tu 4 jam pun termasuk mendesign, membaca email, memprint, mengiklan, mempromo.. Tu paling lama la tu 4 jam.. Kadang 0 jam sehari.. Average 2 jam je sehari... Ada hati nak kaya cepat... Orang kalau nak cepat kaya, kene kerja keras sikit dik non!

Tapi apa nak buat kan, pelan pelan kayuh dulu la... Anak kecil lagi  ni dan sedang ligat membesar depan mata. Kena pentingkan dia dulu.. Tak boleh la nak mengadap kerja 24 jam..  Semoga Allah memberkati usaha dan niat aku dan melimpahkan rahmat yang melimpah ruah...Amin.. Bercerita pasal kerja tak sampai 2 jam sehari ni jangan la kate amboi bestnye rilek naaa duduk rumah... Haip.. Ko ingat jadi surirumah + online bisnes ni rilek sangat ke? Lagi-lagi time anak dah makin melasak ni.. Tapi sebenarnya memang best pun..haahahaaa.. 

Boleh ikut suka ko nak buat kerja bila, berapa lama.. Dulu masa kerja KL,mengangis ko siapkan kerja sampai 4 pagi sebab esoknya nak jumpa client. Buat kerja sambil sumpah seranah orang atasan yang tak manage masa dengan betul.. Asyik la push push buat kerja last minit macam nak gila aku dan kawan-kawan. Stress melampau sangat. Laa ni, kerja sendiri, tak de la stress macam tu dah.. Anak ada 24 jam ngan kita, sedap cium2, peluk dia selalu... Paling best cubit bontot dia masa dia tidur..haha.. Best sangat.. Oh baby sangat lembut kan kulit dia.. geram sangat ibu dia!

Oh jom tengok sisi muka nakal2 comel  Intan yang comel ini.. Heee.. Geram sangat ibu!

Mempomen mesin jahit Tok Mak

Berusaha nak masuk dalam walker melalui jalan bawah

Aksi combat baru keluar dari bawah meja

Memusnahkan Coklat ibu

Merampas dan mengunyah tembikai susu ibu!

Geram tak?? Geram sangat dengan aksi comel dia... Intan la intan... Ibu sayang intan sangat nih!
 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails