Followers

Wednesday, May 3, 2023

Dalam Perut Ada Budak Lagi

31 March 2023
.
.
.
Melangkah masuk Klinik Zara dengan 1001 rasa dan perasaan.  

Doktor, sy buat upt pagi ni, naik 2 line. Last period saya Januari, tp sy mmg biasa period 2 bulan sekali kadang2. Maksudnya saya pregnant dalam masa yg sama sy still makan perancang sebab saya tak sedar 😭. Aku cerita kat doktor dengan tersekat sekat sebab air mata dah mula merembes. Ye risau. Aku risau. Affect pada baby. 

Its ok. Its ok. Sabar puan. Puan ambil Pil Yasmin kan? InsyaAllah tak ada effect pada baby. Pil ni function mencegah pengeluaran telur dari ovari dan menebalkan dinding servik.  Jom kita scan. 

Hasil scan, nah baby dah masuk 3 bulan! Macam tak percaya dah ada manusia dalam perut ini selama 3 bulan. Allah. Ketakutan tadi berkurang sedikit walau masih sedikit pusing nak ekspresikan emosi yang bagaimana.  Jelas nampak kepala, badan, kaki dan tangan! Juga denyutan jantung anak ku yang kencang.

Aku keluar dari klinik dengan sekeping gambar scan baby dan sebotol ubat tambah darah yang juga multivitamin untuk pregnancy mommy.

Next perlu cepat buat buku merah, minggu ke 16 Dr Zara Suggest buat detail scan untuk check sebarang ke abnormalan dan sebagainya. Jika perlu, dr akan refer pakar memandangkan aku dah consume pil perancang sepanjang 3 bulan mengandung. 

Semoga anak ibu baik baik sahaja di dalam, sihat sempurna fizikal mental rohani dam jasmani.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails