Followers

Friday, August 4, 2023

Anak Syurgaku Luqman Hakimi Bin Mohd Norhilmi

Muhammad Luqman Hakimi Bin Mohd Norhilmi. Nama yang dah lama ibu simpan untuk anak lelaki ibu. Tapi kehendak Allah, tak sempat adik Luqman Hakimi lahir ke dunia, Allah ambil adik dari dalam perut ibu lagi. Anak ke empat ini meninggal dalam perut kerana terbelit tali pusat di usia 5 bulan dalam perut. 


Kisah sedih bermula dengan perasaan excied kegembiraan masa kami buat appoiment detail scan kat KL masa 20weeks. Sepatutnya hari tu kita akan tahu jantina adik, keadaan adik secara detail. Tapi alakah terkejutnya kami bila sonographer beritahu baby tak ada heart beat lagi. Maksudnya nyata dah tidak berdegup. Luluh hati ibu, gelap kejap dunia. 

\

Gambar scan dari Sonovision Sentul KL. No Heart Beat Seen.  Terus suami pecut balik ke Lipis, siap2 untuk ke Hospital Besar Kuala Lipis untuk check sekali lagi. Ya betul. Baby memang dah tak ada. Masa ni bila scan pun dah tak berapa nampak apa-apa sebab air ketuban dah berkurang sangat.  Dr decide untuk induce dan keluarkan secara normal. 


Bersalin anak keempat walaupun bayi dah tak bernyawa dalam perut, sakitnya sikit pun tak ada beza dengan sakit bersalinkan 3 anak sebelum ni. Walau nampak kuat aku ni, tapi percayalah bab tahan sakit, cucuk2, darah2 aku memang kalah, memang tak tahan. Even cucuk bronula kat tangan pun dah mengalir air mata. Sebab baby dah 5 bulan ++ , perlu induce untuk  bersalin cara normal. Macam beranak kan si sulong Intan Darina, induce 3  kali baru baby keluar. 

Start 8 pagi melayan contraction sikit2 kat wad. Mula 8 malam baru la contraction yg kuat gila bermula. Masa tu dh suruh husband balik rumah.. Menahan contraction kat wad bukan labour room, tanpa suami pulak tu sbb kesian nak suruh dia patah balik masa tu.So no drama, kene control diri, malu lah nak nangis or jerit kat wad kan. Diam diam la peluk besi katil layan contraction sorang2. Alhamdullilah sbnarnya bila ko boleh control dari menangis beria, ko boleh control nafas masa contraction datang, mengurangkan sakit dan mempercepatkan bukaan.  

Papa sempat azankan beberapa minit selepas awak lahir. 


Dalam 11 malam selamat  melahirkan Luqman Haqimi yang dah tak bernyawa dgn sekali push. Rupanya dia terbelit tali pusat sebanyak 4 kali kat leher, punca dia meninggal dalam perut. Dalam sejam juga aku dapat pegang, belek tubuh dia dalam pangkuan sebelum forensik ambil untuk simpan di bilik mayat untuk proses mandi, kafan dan kebumi pagi esoknya.


Memori ibu dengan baby Hakimi yang ibu ada. Sejam je masa kita bersama, bersentuh kulit dalam dakapan ibu walau awak dah tak bernyawa. Masih teringat ingat awak punya aktif bergerak masa kita scan 3 bulan, macam3 pose awak dalam perut masa tu. Ibu yakin kalau awak survive sampai 9bulan dan lahir hidup mesti perangai sama macam abang Adam yang tak reti diam tu. 


Ciuman pertama dan terakhir untuk anak syurga ibu. 








No caption for this, sbb aku masih di hospital. Papa uruskan kebumi. Kakak Intan. Abang Adam, Kakaak Aisyah pun ada masa kebumikan awak. 




4 nyawa ibu. Intan, Adam, Aisyah dan Hakimi di dalam sana. 


Semoga segala yang terjadi ada hikmah yang tidak terbanding Allah ganti kepada keluarga kita.  Nanti kita jumpa lagi di taman syurga adik Hakimi. Actually sepanjang mengandung 5 bulan, aku mimpi 2 kali baby boy yang putih melepak tengah main-main kat taman yg bersih. Mukanya mirip Hud, anak sedara husband. Mengandung sebelum2 ni tak pernah mimpi baby dengan jelas macam tu dan masa tu aku pun tak tahu mengandung anak lelaki. Now aku yakin yg aku jumpa dalam mimpi tu ialah Hakimi. Mungkin Allah beri aku jumpa dia sebelum dia lahir dan pergi.

Wallahualam. 














 

Thursday, June 1, 2023

Cipta Kenangan Lagi~ Terengganu Cuti Sekolah 2023

Tempat healing paling suka memang Terengganu. Sutra Beach Resort tentunya. Sebab resort dia senang sangat nal ke pantai, dari depan bilik dah boleh nampak lait membiru tanpa halangan apa-apa. Tak perlu turun lift, tak ada banyak bangunna yang menghalang view pantai. Swimming pool dia pun teramat suka, cantik, selesa, dgn view owesome. 


Cuti sekolah pertengahan tahun kali ni ke sini lagi kami. Cuma kali ni agak teruk ye Sutra Beach Resort punya servis.  Telefon bilik rosak,  nak extra bed, nak iron semua kene menapak ke lobby bagitau. Pulak tu dah beritahu sekali tak hantar hantar,  kene pegi lagi tanya.  Mampus penat. 


Nasib la pool masih cantik, laut masih indah. Maka bersabar lah mak buyung. Aku tak kan lupa seronoknya aku mandi pool sini sebab pool dia open, bukan dikelilingi bilik bilik yang kalau ko berenang ramai cuci mata tengok. 


Infinity pool. With great view. Pagi petang kita mndi pool dan pantai. 


View dari atas katil kat bilik. 


Acara biasa, makan celup tepung kat pok nong. Tapi kali ni tekak aku tak sedap, semua makanan rasa hambar. 


Papa sempat mancing malam tu, siap dapat ikan duri lagi. Simpan sinilah buat kenangan. 


View malam pum camtik sekitar resort. Kali ni kita tak banyak keluar, malam pun order grab je.

Breakfast hari last, aku minta scramble egg, boleh budak telur tu dengan muka sombong cakap tak boleh. Dia buat ommelete  je. Kecewa ibu mengandung. Tak dapat tu tak pe la, aku boleh jevbuat sendiri kat rumah, lagi sedap. Tapi  hati sakit dgn cara sombong budak telur tu. Antara salah 1 sebab aku cakap servis sutra beach resort mengecewakan kali ni.

Mungkin next , pikir banyak kali la nak stay sini lagi. 






Wednesday, May 3, 2023

Dalam Perut Ada Budak Lagi

31 March 2023
.
.
.
Melangkah masuk Klinik Zara dengan 1001 rasa dan perasaan.  

Doktor, sy buat upt pagi ni, naik 2 line. Last period saya Januari, tp sy mmg biasa period 2 bulan sekali kadang2. Maksudnya saya pregnant dalam masa yg sama sy still makan perancang sebab saya tak sedar 😭. Aku cerita kat doktor dengan tersekat sekat sebab air mata dah mula merembes. Ye risau. Aku risau. Affect pada baby. 

Its ok. Its ok. Sabar puan. Puan ambil Pil Yasmin kan? InsyaAllah tak ada effect pada baby. Pil ni function mencegah pengeluaran telur dari ovari dan menebalkan dinding servik.  Jom kita scan. 

Hasil scan, nah baby dah masuk 3 bulan! Macam tak percaya dah ada manusia dalam perut ini selama 3 bulan. Allah. Ketakutan tadi berkurang sedikit walau masih sedikit pusing nak ekspresikan emosi yang bagaimana.  Jelas nampak kepala, badan, kaki dan tangan! Juga denyutan jantung anak ku yang kencang.

Aku keluar dari klinik dengan sekeping gambar scan baby dan sebotol ubat tambah darah yang juga multivitamin untuk pregnancy mommy.

Next perlu cepat buat buku merah, minggu ke 16 Dr Zara Suggest buat detail scan untuk check sebarang ke abnormalan dan sebagainya. Jika perlu, dr akan refer pakar memandangkan aku dah consume pil perancang sepanjang 3 bulan mengandung. 

Semoga anak ibu baik baik sahaja di dalam, sihat sempurna fizikal mental rohani dam jasmani.

Friday, July 15, 2022

Cuti - Cuti Langkawi di Bulan Februari

Ni kali ke 5 aku sampai ke Langkawi but first time by Flight.  Puasnye pujuk laki nak pergi Langkawi. 5 tahun dah tak jejak Langkawi. Kali ni kami pergi naik flight. Malam gerak ke KL, stay hotel bajet kat area Park and Ride Sepang. Kami parking kat situ pagi esoknya flight pukul 9 Pagi. Naik ERL sampaki KLIa2. Jimat. 

 

Berpagi pagian dalam ERL. 

 

Ya Allah seronoknya sampai Langkawi lagi! Seronok tak tau nak habbbbbbbbbbbaq!

Tq husband merealisasikan impian isterimu ini nak ke Langkawi lagi. 



2 malam pertama kami stay dekat Dayang Bay Langkawi. Aku pilih bilik Deluxe Sea View. Ya Allah cantik gila ok view dia. Seluas mata memandang sea view dia. Bilik pun luas. Ada 1 katil Queen dalam bilik, 1 lagi sofa bed size queen juga kat hall. Aku stay sini terus teringat mak ayah, kalau bawak diorg best ni. Ayah tak lemas sangat duk bilik, boleh santai2 smoking kat beranda. Beranda luas gila ok. Siap ada dapur kecil, peti ais semua. View memang superb. 


Masuk-masuk bilik ada suprise belated birthday pulak untuk sis by suami. Hahaha.. dia ni pandai nau buat suprise. Mak suka, anak-anak pun suka la punya banyak belon dalam bilik tu. Birthday paling indah di Langkawi gitu...


Siap ada angsa ok. 


Day 2 kami mulakan dengan Island Hopping. Nak menggembirakan anak-anak. Ya memang seronok. Alhamdullilah cuaca pun baik sangat, Tak panas sangat. Masa hari first tu hujan lebat. Takut jugak tau. Siap kecoh dalam berita ada bot terbalik dekat langkawi. Hampir-hampir aku nak cancle. Nasib abang bot tu yakin aku kawasan island hopping selamat. Yang bot terbalik ombak kuat tu kat area menuju ke laut lepas.


First stop, Tasik Dayang Bunting. Tenfok gambar blog orang lain, cantik nau ambil gambar berlatarbelakangkan bukit belakang ni dari jeti Dayang Bunting, so let bergambar. 


Last pergi Island hopping is 10 tahun lalu masa honeymoon. Sekarang after 10 tahun kami bawak 3 anak pulak.  


Pantai Beras Basah. Putih kemain pasir pantai sini ya Allah. Aku macam biasa, memang mandi pantai all out la. Laki ku je tak berapa nak mandi pandai. Masa honeymoon dlu pun sama. Hish tak faham sungguh. 


Habis Island Hopping dalam 2 petang. Naik je kat Jeti terus makan  kat ada gerai area jeti tu. Melantak lauk udng, ayam goreng, ikan, ayam , air macam-macam 5 beranak yang kelaparan lepas Island Hopping tu, sekali mak cik kedai kira cuma RM32 je. Terkejut beruk sister. Murah benau.Dah la sedap semua lauknya.  

Lepas siap makan, dengan baju basah2 masuk kereta husband ajak pusing chenang. Sebab kami Island hopping dekat jeti chenang. Alang alang semua dengan baju mandi, husband ajak main JetSki terus kat Chenang. Aje la kul 4 petang panas tu dia ajak main jetski. Layankan je lah. Dah tu minat dia kan.  



Nasib la cuaca tak terik sangat. Tak ramai orang. Anak main pasir kat situ sambil kitorang main jetski. Seronok juga hai. 


Day 3 lepas breakfast, mandi pool kami pun check out. Cuaca hari ke 3 ni panas amat. Tapi bila panas sangat, view laut memang jadi bertambah la superb. Tengok la, biru sungguh kan lautnya. Tenang sangat tengoknya. 


Lobby area Dayang Bay Langkawi. Cantik. 

Lepas check out kita naik Cable Car. Oii tobat la aku naik cable car ni. Bukan tobat sebab takut, tapi tobat la hai dia punya beratur tu. Macam ape ok. Nak naik cable car beratur. Pastu nak naik Sky Bridge pun beratur lagi. Nak turun Sky Bridge kene beratur lagi. Mati la haiiii.. Penat beratur je. Terus kami cakap, pasni mai langkawi tak naik cable car pun tak pe la hai. Tobat. 


Nasib la view lawa. 


Muka penat nak terberak berator.



Pkul 2 naik Cable car, pukul 6 check in Camar Hotel pulak. Camr Hotel ni kami pilih sebab nak direct main pantai. Best juga hotel ni. Direct pantai. Seronok anak-anak main pasir. 





First time tengok real tapak sulaiman. Hehe. Pantai Langkawi ada.



Hari check out, Bergambar depan Villa. 


Breakfast tepi pantai sebelum berkejaran ke airport. 


Alhamdullilah seronok trip ke Langkawi kali ni. Semoga ada rezeki dapat pergi lagi tahun depan. 
Amin. 











Raya Aidilfitri 2022 after 2 Tahun Raya PKP

Alhamdullilah after 2 tahun raya pkp tak dapat balik JB, tahun ni dapat beraya bersama family kat JB. Raya terkejut ok. Pertama kali seumur hidup bila dah besar ni pengumuman raya tak sama dengan tarikh kat kalendar. Kelam kabut satu Malaysia! Hahaha.. Lawak sungguh tragedi malam raya 2022. Akan ku cerita ke anak cucu cicit nanti. 


Alhamdullilah ini saja yang ada di pagi raya. Family abang turn beraya rumah mertua. Dayat pulak tak dapat cuti raya. Kesiaaaaannnnnnnn. 



Kami repeat baju raya emerlard green tahun lepas yang baru pakai sekali. Hahaha.. PKP kate kan, mana ada beraya, mana ada kenduri. So let jimat jangan membazir. 



Syurga saya, mak dan ayah yang melahirkan, membesarkan dan berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Lately ni rasa sedih amat bila teringat semua pengorbanan mak ayah ni. Aku cuba sedaya upaya untuk balas walau aku tau tak kan mungkin terbalas semuanya. 



Syurga saya juga. Suami tercinta. 



Me, mak dan adik. 




Raya kedua melaram baju raya 3 tahun lepas. Mak ai, sesak tang lengan sado. Tapi aku suka sungguh lah baju kurung moden kak jue jahit ni. Cantik nau cutting dia. Terus rasa slim melim. Tu yang gigih pakai tu walau berat mata memandang..hahaha 


Melaram raya ke 3. Yang ni baju tahun lepas juga. Alhamdullilah masih boleh bernafas lengan dan perut. Masih ada shape ye walau aku rasa berat dan cecah 80kg dah. Serius dah lama tak pijak mesin penimbang sebab takut nak tengok angka.  Ko tengok pipi ngan perut sendiri ko boleh agak dah berat sendiri. 


Itu lah kisah Raya tahun 2022 aku. Hmmm, niat nak rajiin update blog lepas ni. Walau dah tak ada follower yang baca, walau blog dah ketinggalan sebab sekarang zaman ig, zaman tiktok, acik tetap gigih akan update blog ni untuk kenangan acik di masa depan. Ko tau dik, kadang acik boring2 acik tengok post acik yang 10 tahun lepas, rasa nak mengalir air mata bersyukur sebab acik ada kenangan untuk di baca. So masih relevan blog ini untuk acik. 

Sekian. 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails