Followers

Saturday, May 3, 2014

Birthday Intan @ Pahang

Meriah uolls.. First birthday intan sampai 4 kek.. 1 kek ibu tempah, 2 kek jiran kasi, 1 kek lg sponsored by family husband.. 2 kali celebrate lagi.. Layankan je lagambar birthday intan masa kat Pahang hari tu..


The cutest girl!



Macam anak tiga dah yek?


She soooo happy!


Sepu-sepupu Intan



Makcik-makcik Intan


Kek Ke 4 untuk birthday Intan tahun ni


Potong kek dengan Tok Cik

Thursday, May 1, 2014

Genting Highland Kita!


Akhirnya papa tunaikan juga kata katanya nak bawak kami ke Genting Highland.  Masa first time pergi Ibu pergi ngan officemate ibu, masa tu baru bertunang... Punya la jeles papa tu..Bergaduh besar lepas tu.. Papa memang kaki jeles! 



Untuk kali ni kami pergi bertiga.. Happy sangat weekend kali ni... Intan teruja sanagt tengok banyak permainan-permainan yang colourful dan berlampu lampu kat dalam indoor game tu.


Ibu sebenarnya ingt ingat lupa kawasan dalam Indoor game ni. Kita park kereta kat free paring Hotel First World, lepas tu naik lift terus ke lobi hotel. Sebab plan last minit kan, jadi kitorg just survey harga je, biasa la bila walk in checkin in harga memang berlipat ganda mahal.. Tengok online RM88 je, bila tanya kaunter terus RM178 engko... Tak termasuk breakfast plak tu.. So terus tak jadi nak tdo sana, tido kl lagi baik, panjang lagi lagkah kami..hehe


Suka tengok Intan teruja. Tapi kesian Intan, papa tak kasi turun, takut dia ligat sangat, kang hilang tak pasal.. Gagah tak ibu kendong budak 10.7kg sepanjang kat Genting tu? Hahaaa... Memang la aku tak da pakai kasut heel, wedges segala.. Kasut aku sekarng flat je... Sebab tau kena kendong anak comel debab kami tu..  



Lepas dah puas berjalan kat First World Plaza dan Indoor tu kitorang turun balik tapi berhenti kat stesen cable car sbb lakiku mahu menikmati pemandangan naik cable car. Mula2 risau jugak takut Intan takut ke apa kan.. Ibu kan memang selalu over takut..


Tapi Intan Steady je.. Masa naik tu orang tak ramai sebab dah petang kan.. So kami bertiga je dalam Cable Car tu.. Best sanagt.. Intan siap landing menyusu.. Sempat buat kueh lagi dalam pampers...haha.. 2 kali pulak tu, masa naik dan turun.. Sabor je laaaa...


Posing Cantik dulu Intan...


Bestnya menyusu sambil mengadap memandangan gunugn ganang yang cantik sangat.


Oh la la la... 


Dah puas menyusu tak mo duduk kat kerusi, seronok bye bye kereta cble lain


View Cable Car Genting Highland

Thanks papa bawak kami jenjalan.. We love u so much... !

Monday, April 28, 2014

Bini Yang Kuat Berjalan

Aku kan memang jenis tak sabar, lagi-lagi bab jalan-jalan, memang tak sabar... Semalam kan rasa teruja sangat nak pergi melaka dengan tiba-tiba... Lalu, bila husband balik kerja je terus buat suara manja sikit, buat-buat tanya dia cuti ke hari ni? Jom pergi Melaka...  Macam Melaka tu 2 jam setengah je dari sini. Macam jb - Melaka je aku rasa.

Takyah la syg. Kite kena simpan duit.. Kita kan nak ada  rumah.. Nanti nak kene beli perabut serba putih, sayang kan nak perabut warna putih.. Pastu nanti nak pergi shopping kat Ikea beli barang rumah, syg kan nak pergi Ikea nanti.. Pastu nak cat bilik Intan warna pink lagi, banyak tau nanti nak pakai duit...

Sajaaaaaaaaaaaaaa je... Saja je cakap benda-benda yang aku memang nak, memang impian, yang tiap hari aku zikir kat telinga dia... Motip, nak suruh jimat cermat lalu tidak payah pergi holiday... Amboi sangat, kalau bab buat kereta tak pulak dia sebut semua semua tu... Sesuatu sangat kan orang lelaki ni kalau berkata-kata..

Tapi tak peduli tetap aku zikirkan di telinganya .. Nak pergi Melaka.. Jom Pergi Melaka... Jom abg... Jom Melaka.. Jom la pegi Melaka... Nak di marah, bini ni mood baru nak baik dari merajuk, kang di marah takut merajuk lagi.. Lalu dia pasrah dan berkata.. Kita pergi Genting je la.. Dekat sikit.. Jauh la Melaka tu....

Yeay!!!

Sunday, April 27, 2014

Mood Nak Bercuti

Seriously.. Memang mood menggila nak bercuti.. Tapi tak tau la bila dapatnya...Nak Pergi Melaka Please... 

Nak stay kat hotel yg ade water theme park tu, tak ingat namanya.. 
Pastu nak naik beca hello kitty kt bandar hilir, 
Nak pergi muzium dan nak pergi zoo.. 
Oh tak lupa nak makan ikan bakar juga..


Thursday, April 24, 2014

Ajaibnya Seorang Emak


Saya Mak Intan
Minggu ni aku sangat emosi. Emosi sangat-sangat. Selain faktor datang bulan, mungkin sebab banyak sangat pikir buat aku sensitif dan emosi sangat.. Sampai satu tahap,ada satu hari tu, tengah tengah malam, duk kelip kelip mata sorang-sorang pikir itu ini lepas tu stress gila sorang-sorang sampai rasa tak boleh tahan sangat stressnya lalu menangis teresak-esak, tersedu sedu. Rasa tak boleh kawal sangat perasaan sampai kejut suami pagi pagi buta.. Terkejut dia tengok aku menangis macam nak apa.. Dia tanya kenapa menagis pagi-pagi buta ni sayang oii, abang nak kerja esok pagi ni... 

 "Nak Pindah..."
"Sayang nak pindah.."

Sambil menangis tersedu sedu macam budak kecik kena cubit ngan bapak dia..  Tebiat ape pagi pagi buta nak pindah kan?? 

Tak tau la pasal pe emosi sangat. Suami keluar kejap pun merajuk, nasib baik la dia macam faham situasi aku yg emosi menggila sekarang ni, tetap sabar pujuk.. 

Eh jap, rasanya aku tau kot pasal emosi sangat, sebab aku cepat rasa lonely,terutama bila husband pergi kerja, bila dia tidur pun aku rasa sunyi..melampau sangat kan ko aini. Aku tak ada kawan beb kat sini. Tak da kawan mcam dulu boleh ajak keluar bila boring, atau boleh ajak lepak bila stress. Paling teruk, tak mampu nak drive bawak diri kemana mana sendirian untuk happykan diri macam dulu sebab segalanya jauh!  Now, bila stress, boring, ko hadap la sorang, suami ada kat rumah baru kurang rasa sunyi. 

Can you feel what I feel?? 
hurmmm...

Lantak kau la Aini, ko punya hidup <------------- font="" kata="" korang="">

Bagitu la... Eh sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ni, tajuk aku ialah pasal Mak. Ajaibnya seorang mak ni, bila kita rasa down, stress, sedih sangat dan tak de siapa di sisi kita waktu tu (suami pergi kerja), tiba-tiba je Mak call.. Walaupun Mak sekadar nak tanya pasal baju raya yang aku tempah nak buat kain duyung ke kain lipat depan, hahaha.. tapi dengar suara dia dah cukup buat kita senyum balik! seriously..  

Sejak bujang lagi sebenarnya.. Sejak duduk jauh dari famly, aku pindah KL kadang ada masalah ke, stress kerja ke kan, tiba-tiba je mak call, tanya khabar, macam tau-tau je kan.. Walaupun aku jarang share masalah aku pada mak sebab aku nak mak anggap aku dalam keadaan baik-baik sahaja sentiasa, tapi bila berbual dengan dia rasa separuh dari masalah atau stress tu hilang...

Ajaibkan seorang emak??? 



Sunday, April 20, 2014

Promosi Harga RUntuh Personalized Buku Doa & Surah Yassin !!


Nak iklan sekejap ye. Bulan ni ahkak berbesar hati membuat promosi HARGA RUNTUH, JATUH TERGOLEK untuk Buku Doa Amalan Harian Version 2 dan juga Surah Yasin. Harga memang jatuh habis. Saja ahkak buat promosi khas untuk bakal bakal pengan tin musim perkahwinan pertengahan tahun 2014 ni.

Spesifikasi Buku Doa Amalan Harian & Surah Yasin Masih sama ye walaupun harga murah dari biasa;
- Saiz A6 iaitu 10.5cm x 14cm.
- Mengandungi 46 Doa Amalan Harian.
- Cover : Gloddy Art Card 230gsm
- Content : Glossy Art Paper 100 gsm


Penurunan Harga Buku Doa Amalan Harian & Surah Yassin Doorgift untuk promosi ini ;
800keping = RM 1.30
1000 keping = RM 1.10
1500 keping = RM 0.90
2000 keping = RM 0.80

Lagi best, Untuk promosi ni, anda dapat;
- Free Postage ke semenanjung Malaysia
- Free of charge jika nak request new design!

Apa tunggu lagi,bagitau adik abang kakak, pakcik makcik semua pakai ramai2 tempah sekarang sebab;

PROMOSI INI AKAN TAMAT PADA 30 APRIL 2014!

Selepas dari tu jangan tanya nak harga promosi lagi sebab nanti akak yang nangis dik non memanjang nak promosi... Sekali sekala buat harga promosi ni x pa, sepanjang tahun, nayaaaaa...hehe  =) So, sila tempah sebelum terlambat;

Sms/whatapps  - 0127164176
email - cccdoorgift@gmail.com


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails