Followers

Tuesday, June 3, 2014

Bila Intan Dan Ibu Tak Sihat

Minggu lepas intan berapa hari tak sihat, asal malam je batuk, muntah.. Sian dia.. Sian jugak ibu tak cukup tidur jaga dia.. Pergi klinik 2 kali dh.. Sekali pasal demam sekali lagi pasal batuk kuat..
Dan minggu ni pulak aku yang tak sihat.. Maybe sebab tak cukup tidur, penat dan stress la kot.. Dan seingat aku, sejak kahwin ni, ni la first time aku rasa tak sihat dan tak larat sangat... 


Gaya Intan Kat klinik.. Ko bosan nak?? Ibu lagi bosan nak tunggu giliran ni.. dengan badan ibu tak sedapnye.. Rasa nak baring atas lantai klinik tu...


Gaya Intan sopan skit lepas ibu tegur tak alluuuu ek??  Asal cakap tak alluu je tutup etek dia... Yang bawah tu x peduli, ibu yang kene tutupkan... Anak.. lah anak... =)

Syukur la masa aku tak sihat, Intan pulak sihat dah.. Dan papa pun tengah cuti masa tu.. Papa la tukang basuh tilam Intan malam2 lepas Intan muntah... Boleh harap juge rupenyeeeeeeeeeee..haha..

Tapi esoknya kan, lepas pergi klinik, aku makan ubat dan tak larat sangat nak bangun, so suruh la papa take over tengok Intan main dalm bilik je pun... Ye ye, abg tengok... Katanyaaaaaaaaaaa.. Aku baring atas katil, dia ngan intan kat bawah.  Tengok la sangat kann.. Sekali aku bangun, tgok papa dia tengah sedap mentido kat bawah tu, Intan pulak sangat BIZI MENGEMAS!!! Macam tongkang pecah bilik... Habis Intan kembur baju dia semua keluar dari bakul... Ya Ampun.. Makin pening ibu...

Gitu la kalau tinggal anak suruh laki jagaaaaa... Hazabbbbbb...haha =)


Saturday, May 31, 2014

Melaka Intan Datang!!!!

Gituu kan tajuk.. Macam tajuk filem. Masa on d way nak balik Pahang dari Jb hari tu singgah la Melaka..Singgah je... Tak tidur sana pun... Dapat lah lepaskan hajat naik Beca Hello Kitty.. Kebetulan masa balik tu 26 Hb kan, anniversary kami ke 2 tahun.. So celebrate sekali la...

Sebenarnya hati macam berbelah bagi nak rasa happy ke idok.. Pasalnya papa janji boleh stay Jb lama-lama sampai sebulan, tapi baru seminggu dah datang nak bawak balik Pahang... Papa selalu macam tu... Hurmmm..

Tapi dapat pergi melaka tu Happy la jugak... Naik beca pusing-pusing melaka.. First time tu naik beca dan abang beca pun sporting sangat.. Macam pemandu pelancong.. Semua sejarah dia tau..
Eh layankan gambar je la, mak sebenarnya bizi ni, banyak benau kerja nak kena buat...




Friday, May 23, 2014

Kembali Ke Johor Bahru Yang Sangat Dirindui

Actually dah nak dekat seminggu dah ni aku ngan Intan kat Jb. Happy sangat. Hari tu papa janji Ibu bleh stay lama sebulan pun tak pe kat Jb ni.. Tup tup tak sampai seminggu dah call cakap nak ambil Sabtu ni.. Bosan katanya anak bini tak da kat rumah.. Eh tau bosan pulak kennn.. Slalu kat rumah sana balik keje mengadap hp je kan, ingat macam tak de effect je bila anak bini tak da, ada effect rupanya...hikhikhik.. Baru dia tau apa itu bosan..

Intan adalah sangat seronok duduk jb... Ibu? tentulah yang paling seronok kann... Kalau tak hujan dan kalau ibu tak penat, memang la bawak Intan Jalan kaki pergi playground sebelah rumah... Intan suka yang amat.. Dia kan suka bola.. Kat playground tu bila tengok abang2 main bole, boleh selamba derk je dia lari nak join... terpaksa abang-abnag berhenti main bola kejap bila dia menyibuk kat tengah-tengah..


Macam samseng je gayanya nak merampas bola dari budak2 lelaki kan? Tak padan dengan gigirl tu perangai...


Abang-abang pujuk.. Adik tak leh dik, ni mainan orang lelaki, adik sila tepi sikit ok..



I dont care! Nak main bola jugak!

Gitu... Suka sangat dengan bola.. Bawak pergi shopping pun, bukan dia pandang anak patung semua, bola juga dia teruja.. Kat rumah tok ma kat pahang tu penuh bilik dengan bola.. Bola saja di mana2..


Di hari lainnya, dah pandai main gelongsor.. Sangat happy.. 

Memang happy sangat la yek bila balik johor... Rasa nak cari kerja kt Jb la, bleh la duk sini lepas tu... Amacam papa? Ada boley ka???

Friday, May 9, 2014

Bulan Cinta Cinta


Hai, ni bulan anniversary kitorang.. Feel romantik2 gitu.. Plannya nak honeymoon kat Melaka nanti.. Gitu.. Honeymoon anak dah satu.. 

Please papa............ Please make my dream come true... =)


Tuesday, May 6, 2014

Aziz Satar Meninggal Dunia

Terkejut sangat bila baca berita Berita Harian Online yang seniman Aziz Satar meninggal dunia pukul 2 pagi ni. Sebab baru beberapa minit aku terbaca Pak Ajis ni masuk hospital sebab sakit jantung.

"Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu"


Pukul 3 bagi aku baca berita ni sebab tak boleh tidur. Macam tak percaya berakhirnya hayat 3 hero filem Bujang Lapok ni selepas P Ramli dan S Samsuddin.  Semoga arwah datuk Aziz Satar atau lebih dilenali dengan watak ajis dalam filem filem lama dahulu di tempatkan dilalangan orang orang soleh.
.

Saturday, May 3, 2014

Birthday Intan @ Pahang

Meriah uolls.. First birthday intan sampai 4 kek.. 1 kek ibu tempah, 2 kek jiran kasi, 1 kek lg sponsored by family husband.. 2 kali celebrate lagi.. Layankan je lagambar birthday intan masa kat Pahang hari tu..


The cutest girl!



Macam anak tiga dah yek?


She soooo happy!


Sepu-sepupu Intan



Makcik-makcik Intan


Kek Ke 4 untuk birthday Intan tahun ni


Potong kek dengan Tok Cik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails