Followers

Wednesday, April 6, 2016

Mengapa Perempuan Berubah Lepas Kahwin

Aku jumpa post ni kat fb tadi, orang share. Aku malas nak share tag2 suami ni, aku nak tepek kat blog saje. Mohon suami-suami harap baca dan hadam betul betul mengapa, kenapa, bagaimana, punca sebab asbab Isteri korang berubah perangai lepas kahwin. Semua yang ustaz ni tulis aku setuju 100%. Tak ramai lelaki yang faham hati Isteri macam ustaz ni. 
=======================================================================
Saya pergi bank tadi. Jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.

Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.


Dia sibuk kerja dan urus anak-anak. 

Dia tak pedulikan saya. 
Kuat marah jer. Jerit-jerit. 
Dia asyik menolak jika ajak bersama. 
Dia macam tak suka untuk bersama. 
Dia suka minta yang bukan-bukan. 
Dia kuat merajuk 24 jam. 
Tak reti urus diri..

akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..


Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu.


Saya diam...dia tanya lagi kenapa ya ustaz?


Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer..


Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.


Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.


Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget. 


Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja. 


Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..


Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita. 


Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka. 


Mereka salah dan berdosa. Kita ketua keluarga 2 kali salah dam berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.


Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dengan rasa. Bila dah suka semuanya mereka korbankan. Dah sakit hati semua jadi tak kena. Hati ni raja. Tawan disitu segalanya jadi manis. 


Maafkan saya, bila seseorang cuma sebut buruk pasangan itu maknanya kita yang tak baik. Orang baik selalu nampak dirinya salah. Itulah Islam. Bila kita rasa diri kita betul dan orang lain salah itu tandanya hati kita kena barah.


Itu hati yang bersih. Ini semua salah saya. 


Masa bila mereka nak layan atau cantikkan diri. Masa ke tandas pun tak sempat-sempat. Urus diri pun takde masa. 


Kita bantu beri mereka rehat dan waktu berjalan. Kita tolong jaga anak. Sekali sekala berdating berdua.


Kita harap mereka senyum dan sambut kita. Kita tak pernah beri kejutan hadiah dan lafazkan kata cinta pada mereka.


Kita tak bahagiakan hati mereka dengan Nur Al-Quran dan hadis Nabi saw. 


Tidak bawa ke majlis Ta'lim. 


Tidak bawa berdakwah dan belajar iman. 


Bagaimana mereka nak bahagia dan sentiasa senyum tanpa hati tenang. Jaga solat bersama. Buat Ta'lim bersama.


Jaga solat awal waktu berjemaah. Minta pertolongan Allah. Kita perlu bantuannya dalam membimbing isteri dan anak-anak.


Malam-malam ada tak sebut nama pasangan kita. Menangis doakan keampunan buat mereka. Itu cara bercinta sehidup semati


Mereka perlukan rehat dan diisi rohani dengan Islam. 


Abang tadi sebak kata bagaimana ustaz boleh sebut semua ini dengan banyak.


Kata saya sebab mak saya selalu pesan sayangi wanita dalam hidup ini. Kerana dengan itu kita disayangi di langit. Kita disayangi oleh Allah..


Abang tadi sebak dan kata betul kata ustaz. InsyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik. Saya rasa nak balik sekarang dan menjadi suami yang baik-ebit lew


#www.keluargasunnah.com

========================================================================


Tuesday, April 5, 2016

Tudung Fareeda Viral Sebab Tiru Corak Lama

mawar fareeda penipu

Kecoh kat Facebook hari ni pasal Tudung Fareeda yang dikatakan meniru corak patern shawl yang dah lama orang pakai sejak 2-3 tahun lepas.  Gila la. Tudung Fareeda ni ratus ratus kot harga, katanya ekslusif, siap nak saman mana mana penjual tudung lain yang tiru patern tudung Fareeda ni tapi last-lat, latest scarft collection Fareeda ni rupanya corak dia dah lama ada kat pasaran dan orang pakai. Lagi haru diorang beli shawl tu dengan harga RM10 ke RM20 je. Berganda ganda murah dari harga yang butik tudung fareeda jual. 

Lagi gila sejak awal minggu ni viral video orang berebut berasak asak nak beli tudung ni kat butik sampai jadi isu besar. Ye la, aku tengok video berebut nak ambil nombor kat butik fareeda tu macam hape, berhimpit tekepit lelaki perempuan. Amboi bukan main tersengih-sengih yang lelaki dihimpithimpit perempuan. Gila apa? Tak malu? Konon berebut nak dapatkan collection terbaru tudung fareeda ni, last-last rupanya corak collection terbaru tudung Fareeda yang orang duk bergasak nak beli tu dah lama ada, dah lama orang pakai dan beli RM10 pun dapat. Haru sungguh.

Sama sebijik pulak tu. Ye la shwal corak sweet sweet love, riben ni kan biasa orang pakai. Tapi kenapa ye sebab dah letak jenama Fareeda harga dia terus jadi mahal? Aku agak jawapan Mawar Fareeda pasal isu ni mungkin corak sama tapi kualiti kain berbeza kot. Mungkin la.  Ke sebab upah jahit tudung jadi bertingkat tingkat tu yang mahal? Eh tak tau la.

Aku tak pernah pon ada tudung Fareeda. Tak mampu la. Sebab sekarang selesa pakai tudung atau shawl yang labuh sampai tutup perut aku yang makin boncit ni. Fareeda pon ada tudung labuh paras tu, tapi kalau tudung singkat paras atas dada dia je dah beratus, ko agak tudung yang sampai tutup perut jenama fareeda ni harga berapa pulak kan? Lalu, setia la aku dengan wide shawl yang harga RM10- RM15  tu. Dan sekarang dah suka tudung jenis instant dua muka, harga up sikit dari RM35- RM59. Takat tu je la tudung paling mahal yang mampu iolss beli..Muehehe..



Baby 11 Bulan Tak Nak Makan



Aku muskil kenapa Adam ni susah benar nak makan. Masa 6 - 8 bulan, ok la boleh terima bubur nasi blend dengan sayur, kentang semua tu walaupun tak banyak mana makan. Tapi masuk 9 bulan sampai nak masuk 11 bulan ni, terus tolak bubur. Tak nak langsung dah. Dia tutup mulut dia rapat-rapat macam ni kalau kita nak suap bubur. Geram je tengok. Tapi kalau sumbat roti ke, buah ke, yang pejal-pejal sikit tu dia nak. So sejak beberapa minggu ni memang aku bagi dia roti je la. Potong kecil-kecil masuk dalam tupparware, buat kudap kudapan dia. Dah tu je dia nak makan kan. Kalau tak, kesian macam lapar je nak mengaruk. Kalau makan roti tu, tidur pun lena sikit kekenyangan,

Tu aku cakap Adam ni lain sikit manja dia. Tak macam kakak Intan. Ko tengok aksi kakak Intan kalau makan masa first time makan solid food time 6bulan dulu.. Kus semangat, memang bersemangat gila makan.





Sampai juling-juling tengok makanan. Pastu makan dengan rakus. Bila makanan habis, siap gigit mangkuk. Haaaa.. Ngeri tak? Sampai sekarang Intan tak da masalah nak makan. Sekarang ni, siap berebut dengan aku kalau masak udang. Tetiba dah suka udang. Habis semua udang dalam pinggan aku dikutipnya.. Sedih mak kau. Haha..

Adam? Nampak mangkuk bubur terus tolak. Umur 11 bulan, berat 8 kg. Huhi.

Tapi aku baca, normal je budak 8-11 bulan tak berapa suka makan sebab mybe sakit nak tumbuh gigi,  Ye ke Adam? Tapi Adam nape gigi tak tumbuh-tumbuh?

Tak pe la Asalkan Adam membesar dengan sihat sudah la. 

Ye tak?



Monday, April 4, 2016

Adam Manja



Adam the cheeky boy

Pantas gila masa berlalu. Rasa macam baru je aku gelabah bila tau pregnantkan Adam. Gelabah sebab tak plan pon nak mengandung kali kedua sebelum Intan umur 3 tahun.  Tup tup next month Adam dah nak sambut first birthday dah.  

Sebelum pregnant naluri aku kuatkata second baby aku nanti mesti girl jugak. Tapi masa pregnant je, terus yakin baby boy sebab perangai dan aku punya mood lain macam. Antaranya aku tak suka gila tengok beberapa artis lelaki dalam tv. Kalau nampak je mesti terus alih channel. Tak pun kalau terpkasa tengok dengan family pon sampai senget-senget muka aku menjuih tak suka.  Memang ketara sangat la.  Paling tak suka masa tu Ray, Hanif, Abam bocey. Pehh.. memang alergik gila dulu..haha

Nasib baik lahir lahir Adam tak de terkenan kat diorang sume.  Now Adam nak masuk 11 bulan. Gigi 1 pon tak tumbuh lagi. Makanan utama tetap susu Ibu, Tak suka bubur, tak suka nasi. Jalan pon tak reti lagi. Very very manja yang amatttttttt.. Haila.. Sampai aku payah ninak buat kerja, sales jatuh sebab tak dan nak buat marketing uolls. Asyek nak menggentel dia je.  

Dah la manja pastu comel pulak tu. Suka buat muka cheeky macam tu. Dengan gigi tak ada tu, geram betul tengok. Menjerit no 1. Pandai panggil Abah dan Papa je. Ibu belum lagi. Kalau nak susu baru dengar dia panggil emmak.. emmak.. 

Semoga Adam membesar dengan sihat dan kuat. Anak kedua ni biasanya sensitif, macam ibu ni. Tapi Adam boboi. Kena kuat sikit ye. Jangan gembeng sangat macam ibu ni. Hehe.

Mohon Jaga Perasan Aku

Keserabutan kepala otak tahap yang tertinggi. Sedih, kecewa, stress, buntu. Terlalu banyak benda yang dipikirkan. Terlalu banyak perkara yang menimpa. Terlalu banyak ujian yang Allah duga. 

Rasa nak pergi jauh bawa diri. Tapi kena sedar diri ada 2 budak kecil yang seminit pun tak boleh berenggang dengan aku.

Sejak jadi ibu aku tak pernah biarkan emosi aku melebih lebih melayan perasaan aku. Terlalu banyak benda, perkara yang perlu aku uruskan daripada melayan perasaan. Tapi kali ini aku tewas dengan peraasaan. Tembok air mata aku pecah. Pecah yang tak dapat ditahan tahan. Lama sebenarnya ditahan. Tapi kali ni memang tak boleh ditahan lagi. Kalau yang melibatkan keluarga, mak ayah, memang aku akan kalah dengan perasaan. 

Setiap manusia ada tahap kesabaran. Walau kau nampak dia redha dengan semua keterpaksaan yang dia terpaksa terima,dengan senyum dan ketawa dia, ape kau tahu isi hati dia? Jangan dipijak pijak hati orang. 

Mohon jaga perasaan aku. Sebelum aku hilang terus rasa berperasaan itu. 

2.12 am. Aku nak tidur.  Kalau Esok aku masih diizinkan Allah untuk hidup, aku bangun masih dengan perasaan sebal. 

Friday, April 1, 2016

Nasi Kerabu Stesen Keretapi Kuala Lipis


Hey dari dulu aku bukan penggemar nasi kerabu. Dulu masa kat UTM, pelik sungguh bila Didi & Izah tu suka sangat makan nasi kerabu. Asal pergi pasal malam ke, pasar ramadhan ke, mesti nak cari nasi kerabu. Aku tak suka lah masa tu. Ye lah, dah la nasi dia warna biru, pastu penuh dengan ulam-ulam dan togeh mentah bagai. Memang tak pernah rasa nak makan pun la. Aku memang tak boleh ye kunyah togeh mentah, Terus putus selera. Togeh masak lemak, masak air, goreng ke boleh lagi. 

Tapi tu dulu la. Sejak kahwin dengan orang pahang ni, aku pun terpaksa la belajar makan makanan orang pantai timur ni. Husband I tu dah la suka paksa paksa makan. Masa first time makan dulu, dia order nasi kerabu ni aku dah cakap awal-awal, tak nak la, nak nasi biasa je. Eh dia tak peduli, nak jugak aku rasa signature yang popular kat Lipis ni. Bila dapat je nasi kerabu ni, terus jatuh cinta dengan Ayam bakar dia. Sedap nak arwah ye. Fist time makan tu, siap tambah ayam lagi..Gagaga.. Pastu yang peliknya, aku boleh telan semua ulam-ulam tu. Mybe sebab nasi kerabu ni dia tak campur dengan togeh kot. So ulam dia rasa sedap sangat. 

Sejak tu, aku pun mula la suka makan nasi kerabu. Tapi setakat ni, cuma nasi kerabu Kedai kat stesen keretapi Kuala Lipis ni je la yang aku makan. Yang jual kat pasar malam, warna biru semua tu aku tak lalu lagi. Hee.. Gambar nasi kerabu kat atas ni latest aku makan last week. Pukul 11 lebih macam tu makan kat situ, dapat la request ayam peha. Kalau pukul 1 ptg baru kau datang, redho je la dapat bahagian isi-isi je pasal dah habis orang lain ambil. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails