Followers

Tuesday, June 7, 2016

Hadiah Annyversary


Yeay tahun ni dapat hadiah annyversary. Setelah last year kelam kabut sambut sambil  ulang alik hospital nak bersalinkan Adam dum dedak, hadiah pun tadak. 

Thank You husband

Love u so much..


=) 

Saturday, June 4, 2016

Breasfeed ,Jerawat & Buncit

Arggh.. Stress tahap gaban. Adam dah setahun dah umur. Dan mak dia ni dah setahun 9 bulan tak datang haid. Ye. Tahu, faktor terbesar dia ialah sebab aku fully breasfeed Adam dari lahir sampai sekarang. Tapi bila aku tanya orang sekeliling yang fully breasfeed baby diorang mostly datang haid lepas baby 8 bulan. Aku ni dah setahun masih tak kunjung tiba. 

Bila tak period ni, perut makin membuncit, jerawat naik mencanak canak. Sesuatu yang tak pernah jadi seumur hidup aku sebelum ni. Aku agak ni semua sebab masalah hormon dalam badan.  nak kata pregnant, dah 2 kali buat UPT (Pregnancy test) tapi hasilnya negatif. Diet pun sudah, air bergelen minum tiap hari, tetap tak nak turun perut ni. Haish stress sungguh. Jerawat pun tak sudah sudah mencabar kesabaran.  Patah tumbuh hilang berganti. Hilang satu, tumbuh 3 pulak. Macam tu la macam tak ada sudahnya.

Stress tengok keadaan diri sendiri. Rasa nak ke spa buat facial tapi apakan daya, masa nak berak dengan tenang pun jarang dapat apetah lagi nak ber spa macam zaman bujang. Sekarang ni tengah berusaha untuk pulihkan kulit muka yang teruk berjerawat dan kusam ni dengan vitamin C. Harap harap berkesan la. Tang perut ni tak tau nak buat cam na hai. Rasanya lepas period datang baru nak kempis balik kot. 

Hai la badan, hai la nasib..

Wednesday, June 1, 2016

Zaman Kanak-Kanak


Ini zaman kanak-kanak untuk anak aku. Dunia Intan dan dunia aku zaman kanak-kanak berbeza. Intan Membesar sebagai budak kampung, membesar dikelilingi rapat dengan Mak-mak saudara, ye la duduk pun dekat rumah tok Mama dan Tok Abah dia kan. So dia tak berapa takut orang, mudah rapat dengan orang sebab dah biasa berkawan dengan orang dewasa (Tok mama, Tok abah, bibik & mak cik - mak cik saudara dia). 

Berbeza dengan aku, masa aku sebaya Intan (3 Tahun), duduk kat JB, Mak ayah aku duduk sendiri lepas kahwin, tak duduk dengan parents diorang. So hidup aku memang rapat dengan Mak Ayah saja, dan jiran aku ialah keluarga Mek Tam aku beserta anak-anak dia yang lebih kurang sebaya aku. so aku berkawan dengan sepupu sepupu yang lebih kurang sebaya aku je la. Jadi bila sesekali balik kampung atau pergi kenduri, memang akan melekat je, takut ngan orang luar. 

Kawan - kawan baik aku masa tu tak lain tak bukan sepupu aku Kak Ham &  Selly. Main sama-sama, gaduh sama-sama. Kak Ham ni la orang pertama ajar aku melukis. Aku ingat lagi. Kami beza 2 tahun. First dia ajar aku lukis orang muka petak. Sejak tu aku memang minat melukis dan mewarna. 

Masa aku umur 6  tahun, family aku pindah ke Skudai. Aku masih rapat dengan kak ham. Setiap kali cuti sekolah mesti pakat sama-sama nak duduk kampung, rumah arwah atok. Calling-calling la kami set hari apa nak balik kampung. Excited sangat kalau balik kampung sama-sama. Biasanya mak aku akan tinggalkan aku kat kampung seminggu. Budak bandar bila dapat balik kampung, bukan main la seronok. Dapat tengok sungai belakang rumah atok, makan buah-buahan masa musim buah, panjat pokok, buat pondok kat belakang rumah atok, siap masak megi lagi. Semua tu mana lah dapat nak buat kat bandar, kat kawasan perumahan. Tu yang seronok sangat dapat balik kampung lama-lama. 

Tapi Intan, tiap hari pun dia duduk kampung, Tengok sungai hari-hari, makan durian sepuasnya tiap kali musim buah, main basikal keliling rumah, semuanya dia dapat buat hari-hari.  Tapi dia tak dapat tengok bas hari-hari, mungkin dia terbalik dari aku, rindu pulak nak balik rumah tok mak tok ayah dia kat JB, boleh pergi shopping mall selalu, main playground hari-hari, nak pergi mana-mana dekat dan cepat, dan lain-lain lagi. 

Gitu lah beza nya Intan dan aku.. Tak ada pulak gambar aku kecik kecik nak tepek kat sini. Huhu.. Next time maybe

Saturday, May 28, 2016

Cuti - Cuti De Rhu Beach Resort Cherating

Dah plan lama dah nak holiday bulan mei ni kan. Hajat nak ke Langkawi tak kesampaian, tapi sebab nak laut juga makan pergi lah Cherating. Pilih punya pilih, kita decide De Rhu Beach Resot je la. Percutian kali macam lemau sikit, mood macam tak berapa nak happy walaupun tujuan asal adalah nak celebrate Birthday husband, annyversary kami dan birthday Adam. Semuanya dalam bulan Mei. Mood tak berapa nak happy pasal banyak benda antaranya Intan yang tak habis-habis buat perangai out of control dia, husband pun macam tak berapa ada mood, nampak penat tak cukup rehat dan percutian yang sekejap sangat. 

Hurmmm... Jom la layan je gambar masa kat De Rhu beach resort tu. Review aku pasal hotel ni yang paling aku suka ialah katil dia besar gila. Puas tidor 4 beranak 1 katil. Aku amik bilik super duluxe dengan sea view tapi tak sea view sangat pun pasal pantai jauh sangat, sayup mata memandang aje. Ni pun antara sebab percutian ni rasa hambar sikit sebab masa booking aku ingat bilik dengan sea view ni, indah la pemandangan nampak laut jelas, tapi non hado. 


Ni gambar last day. Adam tak takut langsung main pasir, pijak pasir. Siap makan pasir lagi. Nyum nyum sangat sedap agaknye kat dia



Kakak Intan yang Always suka main pasir. Bingit telinga dari dalam hotel asyik ajak main pasir. Siap pesan awal -awal nak mainan korek pasir yang baru, yang besar. Haih. 


Gambar memang tak ikut turutan. Ni gambar fist day. Mandi kolam. Kolam dia banyak ye. Dari secetek cetek sampai dalam tenggelam. Sila awasi anak anda.  Budak budak suka la kan swimming pool macam ni.


Petang tu mandi kolam air dia panas ye. Haaa.. x shuke.


Tenang je pergi time weekdays. Tak ramai orang. 


Kakak Intan dengan tagline 'tak over tak sah'


My encem boy, birthday boy Adam dum de dak.  Suka sangat dia tawaf satu kolam tu dengan pelampung ni. Aku tengokkan je dari tepi kolam. Elok ye beli pelampung gini kat baby. Selamat, tak mudah terbalik sebab dia lebar, baby pun bebas walk around the kolam tanpa kita pegang. 


Gambar pantai lagi. Sekali lagi Kakak intan dengan tagline dia 'tak over tak sah'


Cubaan adik mengimbangi badan dalam air laut 


Yeay berjaya. kacak sangat gaya dia macam dah besar sangat padahal berat baru 7.9kg saja.


Main pasir lagi, Ibu yang excited buat istana pasir





Memandang pantai. Air laut pun seram nak mandi. Cuma main pasir je kat tepi pantai. 


Ok tu je la cerita holiday kat de rhu beach resort cherating.  KekNi bagi 3 bintang je la kar Resort ni..huhu. Tak berapa nak enjoy.

Ok daaaa..







Thursday, May 19, 2016

Tindakan Jika Tertipu Dengan Astro Go Shop

Finally,  aku berjaya dapat balik RM148 dari Go Shop setelah 8 minggu. 
Kes Go Shop menipu aku untuk refund duit aku dalam masa 2 minggu boleh baca kat link berikut:


Dan kes Go Shop penipu ni kemuncak klimaks dia adalah apabila pihak Go Shop gagal menunaikan janji palsu dia pada aku yang ke 3 kali bahawa aku akan dapat duit aku pada sekian-sekian tarikh (Ni tak termasuk janji palsu nak call aku balik lepas siasatan taik kucing dia setiap kali aku call tanya status). Kali ketiga diorang dengan confident berjanji aku akan dapat duit refund aku pada atau sebelum 13 Mei 2016. So petang 13 Mei tu aku call go shop lagi bertanyakan tentang duit aku yang masih belum ada bayang pun dalam akaun aku.  Dan diorang boleh kata pula proses refund aku sedang tunggu tindakan daripada bank. Kebabian apakah itu?? Aku hilang sabar sangat hari tu, kurang ajar sangat kau nak menipu aku banyak banyak kali. Setiap kali aku call kau bagi alasan taik 2 minggu, 2 minggu, 2 minggu sampai nak masuk 8 minggu. Dah la langsung tak call aku sebagai customer ni untuk update status refund tu, aku ni la yang macam nak gila call diorang banyak kali dan end up dengan sakit jiwa dan sakit hati asyik kena tipu dengan janji palsu.

Aku memang hilang sabar, dari sorang staff ke sorang staff diorang pass kan call aku. Memang syaiton sangat diorang ni aku rasa masa tu. Bila aku cakap nak buat report, dengan berlagaknya staff yang bernama PREMA cakap, kalau nak report, tu hak puan. Bengang sangat aku. Masa tu aku simpulkan memang tak ada sudahnya aku minta dengan go shop ni, diorang hanya boleh bagi janji palsu dan menaikan darah aku je. So aku terus tekad report terus ke KPDNKK.  Nak pergi pejabat KPDNKK tu rasa macam jauh je, aku try je la buat report online Jumaat tu.  Dan tak sangka pegawai KPDNKK sepantas kilat, Jumaat tu email kat aku report aku telah diterima dan sedang dalam siasatan.  Isnin aku dapat email Surat Akuan Terima dari KPDNKK



Isnin tu juga KPDNKK cc kat aku email yang mereka hantar pada  pegawai Go Shop tentang aduan aku dan Go Shop perlu repons kepada KPDNKK. Dan dan petang tu juga Go Shop call aku beritahu KHAMIS (hari ni) aku akan dapat duit aku.  Motif?  Lepas KPDNKK email terus senang nak bayar duit aku kan? 


Email yang di cc kan kepada aku oleh kpdnkk


So kesimpulannya, sebagai customer, bila kau rasa teraniaya terus la report KPDNKK. Macam dalam kes aku, aku diberi janji palsu banyak kali, asal janji, tipu, asal janji, tipu sampai aku rasa tak ada sudahnya  aku call, email  go shop ni untuk dapatkan refund aku, diorang cuma mampu berjanji tapi tak tepati. Lepa buat report dengan Kdpnkk paal Go Shop ni, Kpdnkk punya respon sangat pantas gila ok. Salute la kat pegawai-pegawai diorang. Kpdnkk sebagai orang tengah yang berkuasa. Kalau customer kecil macam kita ni Go Shop pandang sebelah mata, masalah kita dia acuh tak acuh, tapi kalau arahan dari Kpdnkk diorang tak boleh lawan.

Dan dengan ini aku boikot Go Shop. After sales service go shop teruk gila babi ye.  Paling teruk selama aku hidup dengan online shopping. SERIK. Sebenarnya produk produk yang Go Shop jual ni banyak je ada kat Lazada tu semua. Aku pun baru tau bila google pasal produk tu. Lagi murah kat Lazada lagi tau. So, lepas ni memang aku haramkan lah Go Shop ni dari senarai online shopping aku. 

Good bye forever GoShop and please Go die.. Haha. 



Wednesday, May 18, 2016

Happy Belated Birthday Intan Darina

Sorry Intan, ibu lupa nak cerita bierthday Intan yang ke 3 kali ni. Selalu banyak tahun bukan main excited ibu cerita. Baru dapat anak kedua dah cepat lupa.  Maafkan ibu ok

13 April 2016 hari tu genaplah intan 3 tahun walaupun saiz baju dia pakai 4-5 tahun punya size. On that day kita tak celebrate, CikInah cuma belikan kek slice kat pasar malam je suprisekan dia. Tapi tu pun dia dah cukup happy.


Thank you Cik Inah belikan kek. 


Birthday dia kita sambut 16 hb April masa tu ramai sedara mara papa dia kat rumah sebab ada mesyuarat UMNO. So meriah la sikit. Buat simple-simple je. Menu macam biasa, soto, kek, nugget sosej dan gitu gitu saja. 

Tahun ni tak buat kat rumah tok mak kat JB.  Tak kena tarikh. Kalau tak confirm meriah macam tahun tahun lepas jugak. 


Birthday kali tema Robocar Poli. Kemain kek anak ibu harga dia. Sayang anak punya pasal. Kalah kek Secret recipe. 


Kawan-kawan Intan kat Kampung ni. Membesar sebagai anak kampung nampaknya anak aku ni. Punah harapan nak masukkan dia ke Smart Reader Kids. Dah duduk kampung, sekolah tadika kampung je la jawabnya. Tak pe lah Intan, ibu doa kan Intan berjaya dunia akhirat. 

Ada rezeki kita pindah rumah sendiri, pindah JB terus  lagi Alhamdullilah sangat-sangat. Semoga Allah dengar doa ibu setiap hari.

Amin. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails