Pengaruh anak-anak ni kuat betul. Selain lagu favourite dia dalam semua cerita Didi and Friends tu, lagu Aida Jebat pon dia suka jugak. Duk ulang ulang dengar, sampai aku pun hafal dan naik suka. Lagu Aida jebat semua dia suka sebab lagu dia rancak dan muzik dia comel comel gitu. Kalau tengok video klip aida jebat ni joget joget lagi la dia suka. Eh mak dia pun suka jugak. Comel je dak Aida Jebat ni nyanyi.
Love me love love love Ooo ooo Oooo Aaaaa Aaaaaa
Love me love love love Ooo ooo Oooo Aaaaa Aaaaaa
Love me love love love Ooo ooo Oooo Aaaaa Aaaaaa
Ni je la pon lirik yang Intan tu hafal tapi dalam versi pelat dia la. Lagu penuh ikut lirik betul kat bawah ni ha
Comel kan? Dulu zaman anak dara, rajin mak ko ni menari buat senaman aerobik kat rumah. Kadang dengan budak budak rumah, dan selalunya hari hari sorang sorang buat (kes budak budak rumah tak larat dah nak join). Macam macam lagu aku buat. Dari zumba, jai ho, zapin semua pun aku bantai. Seronok senam keluarkan peluh sambil menari dan dengar muzik kuat kuat. Ni duduk rumah mertua ko jangan nak buang tebiat berjoget pulak kan. Kang lain jadinya. Rumah pulak jauh dari bandar, kalau tak boleh juga join erobik kat gym.
Sekarang ni mampu senam mulut je la...hahaha.. Sabar je laaaa..
Monday, June 13, 2016
Tuesday, June 7, 2016
Aku Dengan Sekeping Hati
Aku sedih. Sedih teramat. Tapi tak semua benda aku boleh share kepada umum.
Jadi biarlah aku simpan cerita sedih tu. Untuk kebaikan lebih banyak hati, aku korbankan rasa hati aku. Ye la, apa lah sangat dengan SEKEPING HATI aku ni.
Orang bebas buat andaian, orang bebas menyalahkan, orang bebas berkata-kata. Tak pandang kiri kanan, Hanya kerana aku ni HANYA SEKEPING HATI. Yang tak perlu di jaga.
Redha kah aku?
Ye Aku redha dan aku mohon Allah berikan balasan kekuatan untuk aku hadapi jalan hidup ini atas keredhaan aku menghadapi semua ini.
Jujur aku tak sekuat dulu.
Menu Sahur Untuk Breasfeeding Mommy
Alhamdullilah dah masuk hari kedua berpuasa. Sebagai ibu yang fully breasfeeding anak, agak risau jugak lah takut tak larat puasa sampai maghrib. Alang ganti puasa seminggu sekali pun rasa lembik, lemah longlai seluruh badan kan. So sebelum start puasa semalam, aku pun google la dulu tips-tips berpuasa untuk breasfeed mommy. Penting kot, kalau tak kena gaya, alamat lingkup la puasa tahun ni kan. Adam pulak sekarang memang kuat sangat menyusu, dan dah tumbuh gigi pulak, ngeri sangat sakit dia ye tiap kali dia menyusu.
Antara tips penting untuk ibu menyusu ketika bulan puasa ialah menjaga makan sahur. Mesti sahur. Waktu sahur yang selokknya ialah melewatkan sahur, di hujung-hujung waktu sebelum imsyak. Supaya kita pun tak cepat lapar. Ye la lama kot nak tunggu maghrib nanti baru boleh makan. Kalau sahur tengah malam, kan ke lagi lama rasa dia. Mula la siang nanti cepat lapar. Biasanya aku bangun sahur pukul 4.45 pagi.
Yang kedua ialah menu sahur mestilah terdiri daripada karbohidrat, protien segala bagai yang lengkap. Tak payah acah-acah nak diet sangat. So menu wajib mesti nasi dengan lauk pauk. Lepas makan nasi bawa bertenang kejap pastu aku minum milo panas pulak untuk pastikan susu lancar je sepanjang hari. Memang rasa mengah perut ko lepas makan nasi sumbat milo panas pulak, tapi nak buat macam mana, demi anak, demi tenaga aku gagahi jua.
Tips berpuasa untuk ibu menyusu yang ketiga ialah minum air masak yang mencukupi. Tapi masa sahur jangan minum terlalu banyak sgt air, cukup 1-2 gelas saja. Sebab kalau banyak sangat, lebih banyak air akan di flush dari badan sepanjang hari nanti. Mulalah bertambah dahaga.
Tips lain pulak, tok sahlah banyak sangat buat kerja berat. Buat rileks buat peace sudah. Agak2 nak jemur kain tu, jemur la lepas sahur, jangan matahari dah tinggi baru nak jemur, kekeringan ko nanti macam di padang pasir hausnya.
Ok itu je lah tips berpuasa untuk ibu menyusu dari aku yang setakat ni rasa berkesan.
Daaaa..
Diiii
Duuu..

Hadiah Annyversary
Yeay tahun ni dapat hadiah annyversary. Setelah last year kelam kabut sambut sambil ulang alik hospital nak bersalinkan Adam dum dedak, hadiah pun tadak.
Thank You husband
Love u so much..
=)
Saturday, June 4, 2016
Breasfeed ,Jerawat & Buncit
Arggh.. Stress tahap gaban. Adam dah setahun dah umur. Dan mak dia ni dah setahun 9 bulan tak datang haid. Ye. Tahu, faktor terbesar dia ialah sebab aku fully breasfeed Adam dari lahir sampai sekarang. Tapi bila aku tanya orang sekeliling yang fully breasfeed baby diorang mostly datang haid lepas baby 8 bulan. Aku ni dah setahun masih tak kunjung tiba.
Bila tak period ni, perut makin membuncit, jerawat naik mencanak canak. Sesuatu yang tak pernah jadi seumur hidup aku sebelum ni. Aku agak ni semua sebab masalah hormon dalam badan. nak kata pregnant, dah 2 kali buat UPT (Pregnancy test) tapi hasilnya negatif. Diet pun sudah, air bergelen minum tiap hari, tetap tak nak turun perut ni. Haish stress sungguh. Jerawat pun tak sudah sudah mencabar kesabaran. Patah tumbuh hilang berganti. Hilang satu, tumbuh 3 pulak. Macam tu la macam tak ada sudahnya.
Stress tengok keadaan diri sendiri. Rasa nak ke spa buat facial tapi apakan daya, masa nak berak dengan tenang pun jarang dapat apetah lagi nak ber spa macam zaman bujang. Sekarang ni tengah berusaha untuk pulihkan kulit muka yang teruk berjerawat dan kusam ni dengan vitamin C. Harap harap berkesan la. Tang perut ni tak tau nak buat cam na hai. Rasanya lepas period datang baru nak kempis balik kot.
Hai la badan, hai la nasib..
Wednesday, June 1, 2016
Zaman Kanak-Kanak
Ini zaman kanak-kanak untuk anak aku. Dunia Intan dan dunia aku zaman kanak-kanak berbeza. Intan Membesar sebagai budak kampung, membesar dikelilingi rapat dengan Mak-mak saudara, ye la duduk pun dekat rumah tok Mama dan Tok Abah dia kan. So dia tak berapa takut orang, mudah rapat dengan orang sebab dah biasa berkawan dengan orang dewasa (Tok mama, Tok abah, bibik & mak cik - mak cik saudara dia).
Berbeza dengan aku, masa aku sebaya Intan (3 Tahun), duduk kat JB, Mak ayah aku duduk sendiri lepas kahwin, tak duduk dengan parents diorang. So hidup aku memang rapat dengan Mak Ayah saja, dan jiran aku ialah keluarga Mek Tam aku beserta anak-anak dia yang lebih kurang sebaya aku. so aku berkawan dengan sepupu sepupu yang lebih kurang sebaya aku je la. Jadi bila sesekali balik kampung atau pergi kenduri, memang akan melekat je, takut ngan orang luar.
Kawan - kawan baik aku masa tu tak lain tak bukan sepupu aku Kak Ham & Selly. Main sama-sama, gaduh sama-sama. Kak Ham ni la orang pertama ajar aku melukis. Aku ingat lagi. Kami beza 2 tahun. First dia ajar aku lukis orang muka petak. Sejak tu aku memang minat melukis dan mewarna.
Masa aku umur 6 tahun, family aku pindah ke Skudai. Aku masih rapat dengan kak ham. Setiap kali cuti sekolah mesti pakat sama-sama nak duduk kampung, rumah arwah atok. Calling-calling la kami set hari apa nak balik kampung. Excited sangat kalau balik kampung sama-sama. Biasanya mak aku akan tinggalkan aku kat kampung seminggu. Budak bandar bila dapat balik kampung, bukan main la seronok. Dapat tengok sungai belakang rumah atok, makan buah-buahan masa musim buah, panjat pokok, buat pondok kat belakang rumah atok, siap masak megi lagi. Semua tu mana lah dapat nak buat kat bandar, kat kawasan perumahan. Tu yang seronok sangat dapat balik kampung lama-lama.
Tapi Intan, tiap hari pun dia duduk kampung, Tengok sungai hari-hari, makan durian sepuasnya tiap kali musim buah, main basikal keliling rumah, semuanya dia dapat buat hari-hari. Tapi dia tak dapat tengok bas hari-hari, mungkin dia terbalik dari aku, rindu pulak nak balik rumah tok mak tok ayah dia kat JB, boleh pergi shopping mall selalu, main playground hari-hari, nak pergi mana-mana dekat dan cepat, dan lain-lain lagi.
Gitu lah beza nya Intan dan aku.. Tak ada pulak gambar aku kecik kecik nak tepek kat sini. Huhu.. Next time maybe
Labels:
zaman kanak-kanak
Subscribe to:
Posts (Atom)