Followers

Wednesday, February 21, 2018

Sambutan Birthday ke 31 part II


Part ii kita celebrate kat rumah mertua. Huhu. Suprise dari husband dan ipar duai. Ingatkan tak de ape2 hari tu kan sebab husband kerja siang. Sekali diorang dah plan baik buat makan2 kat sini. 

Rosak teruk lah diet ahkak hari tu. Macam macam makanan ada. Satay, kek, domino pizza,  spaghetti, otak-otak. Peh.. Sampai tapau balik rumah buat makan esoknya. Memang ke laut dalam la diet akak minggu birthday ni.. Hahaha


Resepi Kerang Sambal Cili Padi


Love sangat. Selalu kerang aku masak sup atau rebus mcm tu je. Tapi semalam husband beli kerang size besar dari biasa, terus google resepi kerang lalu terjumpa resepi ni. Aku derhaka sikit sbb tak letak serai macam resepi asal

RESEPI KERANG SAMBAL CILI PADI

Bahan-bahannya
---------------------------
Kerang yg direbus dan kopek separuh kulit
Cili padi 
Bawang merah
Bawang putih
Halia sikit
Daun Limau purut
Sos tiram

Cara caranya
--------------------

1. Kisar kasar cili padi, bawang merah, bawang putih dan halia
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk
3. Masukkan daun limau
4. Masukkan sos tiram
5. Tambah air bagi basah2
6. Masukkan kerang.
7. Gaul sebati.

Siap! Senang dan cepat je kan? Sedap amat. 



MENU DIET SUKU SUKU SEPARUH LAGI

Mempersembahkan mnu diet suku suku separuh ahkak lagi.  Diet lebih kepada diet kalori yang mana kita kontrol kuantiti kalori yang masuk dalam badan kite. Tapi tak ade lah aku nak kira kalori tepat2. Just agak agak berdasarkan portion yang aku makan lah. Portion yang terbaik adalah Suku Nasi, Suku Protien dan Separuh Sayur sayuran. Gitu. Dan ahkak dah berjaya Lost 3Kg sejak 3 minggu amalkan diet ni. Sikit ke 3 kg? Ok la bag aku sebab minggu ke3 diet ni banyak sangat cobaa. My birthday kan, harus lah makan macam ape. Kek la, family belanja pizza la, husband hadiahkan cokelat stok sebulan la. Kan?? Kalau istiqomah tanpa gagal ni, aku percaya boleh lost 5 kg sebulan minima. 





Ni bubur ayam. Buat masa anak anak demam.  Kita join sekali makan sama. 


Pastu ada hari kita rasa muak (padahal lebih kepada malas) nak makan nasi lauk lauk ni, so kita balum telur rebus tiga biji terus untuk dinner. Kenyang weh.

Ok tu je la, yang penting air manis hapuskan terus. Confirm makin senang turun berat. 

Monday, February 19, 2018

Birthday Suprise! Yihuuuuu

Sepanjang nak masuk 6 tahun kahwin ni, tak pernah lah husband buat suprise. Memang dia dia tak reti kot. Jenis stright foward orang nya. Kita ngendeng2 perli perli bagi hint pun tak de dia nak buat suprise nya.. Sentap ahkak. But fot this year punya birthday, terkejut beruk sangat ahkak bangun bangun pagi dapat suprise jambangan cokelat n belon birthday ni. Hehehe.


Ceritanya macam ni. Laki ahkak kerja siang menjelang birthday hkak ni. So mintak la dia cuti sempena hari hol kelahiran ahkak (melampau nak ada hari hol sendiri..haha) Tapi dia tak boleh cuti, ape ko ingat tu company ko ada share suka suka hati nak cuti sempena birthday bini? So tak pe la, ahkak redha je la. Tengah malam birthday akak tu tepat 12 tengahmalam dapat wish je la. Aku siap tanya wish je ke, hadiah, kek tak de ker? Alaa nanti nanti lah kate dia pastu terus tidur. 
SENTAP AHKAK!  Dah la tak dapat celebrate esok siang kan, pastu tak de pepe pun malam tu,  Pukul 3 pagi aku bangun nak minum air siap check dalam aisbox mana tau ade suprise kek ke kan tapi hampeh je tak de.


Pastu sambung tidor dengan perasaan nak nangis.haha. Bangun bangun pagi tengok husband dah pergi kerja. Toleh tepi katil.. Taraaaaaa... Ade suprise la. Haha.. Terus bersemangat bangun pagi 18 Februari tu. 


Siap mandi akan anak2 semua, balun la makan cokelat sorang sikit. Sikit sikit je makan. Sayang woo nak habiskan. Pulak tu mak ko on diet, so makan pun berpada pada gitu..

Ok tu la kisah pagi Birthday ahkak pagi semalam. TU baru kisah pagi, kisah tengahri, petang dan malam to be continue di lain entri..

Apa pun. Tq husband for the suprise =)



Wednesday, January 31, 2018

Menu Diet Suku Suku Separuh Ahkak Lagi


Gigih aku upload gambar menu diet aku kali ni. Diet sebelum sebelum ni tak pernah pon. Tapi sebab keazaman, KU Gagajkan jua


Lunch


Lunch


Minum petang


Dinner (tak habis pun ayam)



Breakfast


Tu je la antara menu minggu ni. Kita tengok la berapa total turun minggu ni. Air manis memang tak ambik langsung. Teh hijau sehari 2 @ 3 cawan juga.

Huhu. Moga istiqomah..

Tuesday, January 30, 2018

Dah Kurus Ke?


My latest picture taken during Majlis Aqiqah Puteri bongsu ku Aisyah Medina. Kurus ke ahkak?? Ye Kurus pada muke saja ya. Badan masih over weight sangat ya. Tu tak berani up gambar penuh..haha. Gila low confident sangat nih. 

Ayuh terus berjuang Aini!
Terus Diet!
Terus !
Terus !


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails