Followers

Monday, July 5, 2010

Selamat Pagi Isnin

Tajuk sangat boring. Seboring hari isnin. Eh, tengok mentor akhir semalam? Mohd Menang mentor yek? Aku tak tengok pun. Baru pagi ni tau bila baca blog orang..huhu. Ntah kenape aku rasa Mentor kali ni tak best langsung. Mintak maap kate la, semua peserta dia aku tak berkenan suara dia.

Alah memang la suara diorang lagi best dari suara aku, tapi bagi aku persaingan tidak la sengit dan tak boleh nak teka sapa yang akan menang sebab semuanye biasa-biasa ajer. Yang aku rasa paling best si Ila Damia anak didik Joe Fizzlow tu.

Tapi Ila Damia tak dapat masuk final kan? Aku pelik bin ajaib. Eh kau, tak payah la nak pelik, ko tak undi dia cam ne dia nak menang. Tak kose senah nak perabih kredit. Baik sms untuk rancangan Bersamamu TV 3 tu, dapat jugak pahala.. =)

Hurm.. Suara si nani mentor Azmer tu unik. Tapi cara dia menyanyi tu macam pelik-pelik dan tak sedap di dengar oleh telingaku ini. Macam-macam kau kan aini, mengulas mengalahkan Ajai.. Hurm..ape pun aku rasa Mentor masa Black mas Idayu tu ada yang paling best...

Ok dah.. Setakat ini bebelan pagi senin yang lemau =)

Friday, July 2, 2010

Nuffnang cheque is on the way!


Hihihihihihihiiiiiiiiiiii..... My first Nuffnang cheque is on the way.. Senyum sampai telinga bila baca email dari Nuffnang pagi tadi. Sengih-sengih, senyum-senyum macam ade orang masuk meminang...haha.

Haruslah teruja dan terlebih excited kan sebab cek pertama, hasil pertama, bayaran terkumpul pertama dah nak sampai ke tangan.. Blogger lama yang dah merasa berkeping-keping cek nuffnang mesti dah tak berapa nak teruja cam aku ni kot..hehe

Jumlah terkumpul boleh tahan la bagi aku, tapi tak sampai beribu okeh. Alhamdullilah dapat juga hasil sampingan dari berblog ni kan. Cett.. bercerita macam cek tu dah sampai kat tangan jek... Haha..terlebih excited punye pasal kan..

Nuffnang, sila la sedekahkan buffered earning banyak skit lepas ni kat blog ceriteras tentang hidup ni buleh dak? =)



Video Penampakan Hantu Real

Selamat pagi Jumaat kawan-kawan. Tajuk atas ni guna bahasa ape? Macam bahasa Indonesia pun ade ni...hehe. Ape saje lah kan. Pagi hari ni, nak share satu video yang aku jumpe kat facebook tadi. Yang ta kuat semangat, agak-agak memang tak boleh tidor malam kalau tengok hantu-hantu macam ni, tak payah tengok ok...



Amacam. Seram tak? Aku rasa yang paling seram hantu budak yang kat cermin tu. Seriau nak tengok cermin di buatnye lepas ni. Seram wooo....

Thursday, July 1, 2010

KFC Toasted Pocketful - Ini Bukan Iklan, Cuma Tayangan Gambar Mengiurkan Sahaje =)

Nyum-nyum... Balik keje nak ke kfc sambar KFC Toasted Pocketful! Sodap. Hari tu kat Angsana duk tengok mai makan sodap bebonar gayanye... hehe. Kepada yang berpuasa hari ni, mintak maap kerana saya menyiarkan gambar yang menggiurkan di petang hari begini =)

Kesayangan Aini =)

Hai susah betul nak cari cara- cara jaga kura-kura keil cinonet aku ni. Bila search kat google lain yang keluar. Cerpen Sang kura-kura dan arnab lumba lari pun kuar same.. Gelak dekah-dekah aku bace.. Kan dah terhilang fokus sekejap..haha

Aku ni konfius ni.. Cik kura-kura ni aku bela dari saiz die sebesar syiling 50 sen dan sekarang dah besar tapak tangan dah. Yang aku konfius ni, paras air dalam akuarium rumah cik kura-kura ni la. Nak letak sampai penuh kasi dia menyelam habis habisan atau separuh jek.

Bukan pe, adik ngan abang aku suka penuhkan air dalam akuarium tu. Diorang kata memang kura-kura hidup dalam air. Tapi aku ni kesian tengok cik kura-kura ni kena berenang jek 24 jam bila air banyak macam tu. Penat dia weh.

Kadang-kadang time aku basuh akuarium tu, aku letak dia kat lantai, kemain suke lagi dia berlari. Kemain laju lagik ni. Aku rasa dia sangat enjoy bila dapat keluar daripada air tu. Tu yang over excited tu berlarik-larik.

Aku ni yang risau bila tengok dia sakan berlari tu. Pasal kucing-kucing aku 2 ekor tu bersedia jek nak menerkam cik kura-kura yang tergedik-gedik berlari tu. Okeh terlanjur bercakap pasal kura-kura ngan kucing ni, meh la aku perkenalkan korang dengan kesanyangan - kesanyangan aku ni..


Baik kita mulakan dengan nini. Nini ni kucing yang sopan dan sangat menjaga tatasusila. Tengok, sopan je muka kan? Nak dengar suara sepatah pun susah.

Seterusnya ialah Si Bulat. Bulat merupakan sekor kucing gemuk yang masa kecik sangat bulat. Dia sangat agresif dan bising. Tengok muka pun bleh tau la..
Seterusnya cik kura-kura. Ni gambar dia masa aku lepaskan kat lantai. petang tadi. Tengok, kemain laju dia lari weh.. Excited sungguh.

Oleh kerana cik kura-kura terlalu menarik perhatian si Bulat dan Nini, aku letak dia dalam bekas supaya dia tak kena terkam..huhu.

Tengok, betul kan aku cakap si Bulat ni agresif sikit. Nini cool je duduk situ. Si bulat? Dah mulakan aksi nak menerkam cik kura-kura.

Tengok.. Dah makin dekat.. Kalau tak di luku kepala si Bulat ni, memang arwah la cik kura-kura aku tu. Nini tetap cool memandang bulan yang semakin muncul

Haaaa..itu dia cerita kesayangan hamba.. Nini, Bulat & Cik kura-kura

Wednesday, June 30, 2010

Aku Mintak Maap Sang Kura-kura =(

Beliau

Selepas melihat gambar penyu kat blog kak noj, tiba-tiba aku teringat kura-kura peliharaan aku kat rumah tu. Baru aku teringat dah berapa minggu aku tak tukar air dan basuh akuarium habitat beliau itu.

Oleh kerana habitat beliau itu letaknye di depan pintu rumah, maka setiap kali pulang dari kerja aku memang tak lupa bagi dia makan cekedis kegemaran beliau. Namun begitu, oleh kerana aku keluar pagi dan balik dah maghrib, selalu lah terlupa nak bersihkan habitat beliau yang sudah bertukar hijau itu.

Sekarang, aku dah mula risau. Adekah hidup lagi kau sang kura-kura di rumah sana? Aku mintak maaf kerana mengabaikan kau.. Kesiannye kau. Walaupun aku pernah tuduh kau makan anak ikan adik aku, tapi aku tak pernah benci kau tau. Cuma kebizian aku buat kau sedikit terabai sampai ayah suruh buang kau kat sungai je.

Aku janji balik kerja ni aku terus bersihkan akuarium itu okeh.. <--terus setting reminder kat henset =)

Oh ye, kat sini gambar beliau masa kecil. Dan ini pula entri aku menuduh dia makan anak ikan adik aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails