Followers

Sunday, March 3, 2024

Welcome 2024. Tamat Sesi Sekolah 2023/2024 Anak Anak.

 Kita mulakan post pertama di tahun 2024 dengan gambar kenangan anak anak masa sesi sekolah 2023/2024. Masa ni Intan darjah 4, Adam darjah 2, Aisyah Pra Sekolah.



Alhamdullilah akhir sesi persekolahan Adam dapat 4 anugerah iaitu Cemerlang No 2 di dalam kelas, Cemerlang Subjek Sains, Kehadiran Terbaik dan Terbaik Kafa No 3. 


Alhamdullilah Intan pun dapat Anugerah Terbaik Matapelajaran Bahasa Melayu.


Aisyah pun dapat, Anugerah Cemerlang Pra Sekolah Sahsiah Terpuji. 


Ini pula masa hari sukan sekolah. Intan dapat kumpul 3 medal! 


Aisyah yang dah kurang malu malu, boleh join semua acara. 

Adam dapat 1 medal. 





Sempena bulan kemerdekaan, Aisyah tetap princess 


Ibu gigih belikan baju pilot kat Adam. 


Terima kasih anak anak ibu atas kejayaan masing masing yg membanggakan ibu. Semoga kejayaan dan kecemerlangan sentiasa mengiringi hidup kalian. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails