Ohoohoooooi..... Kan sebelum ni aku kata cerita hujung minggu aku kali ni tak best tanpa gambar kan? Of course lah.. Penat I snap-snap gambar kalau tak masuk dalam blog apekah faedahnye kan? Jadik harus la tunggu gambar baru boleh membebel kat entri baru.
Ceritanya, sabtu ahad lepas sangat la bizi tahap diva. Diva la sangat. Bizi meggila la. Non stop. Sampai nak masuk kerja pagi Isnin sangat la tak laratnye. Mana taknye, hari sabtu dah la kerja half day kan. Balik kerja terus pergi Perling cari barang nak buat hantaran.
Ha.. Gini la rupanya. Besar kan? Bukan aku je excited, mak aku pun sampai pening-pening kepala memilih barang.. Berpinar mata dik ooi... Itu cantik, ini cantik..huhu.. Paling tak boleh belah ialah adik lelaki aku la. Bosan gila babas dia kat situ. Mau taknye, 2 jam setengah aku, mak ngan adik perempuan aku membelek barang dalam kedai tu..haha.
Ni kaunter bahagian hantaran. Banyak gila pilihan. Sampai nak gado-gado ngan mak pilih riben..huhu. Masa pilih bakul lagi la, amik, letak, amik, letak. kejap kata nak yang ni, kejap kata nak yang ni pulak. Padahal dah set nak buat macam mana, nak kena beli apa tapi bila dah sampai sana masing-masing rambang mata pulok...huhu
Aku tak kisah tau kalau ada pekerja kedai yang follow time aku cari barang tapi muka dia manis, dan sambil follow tu dia suggest yang best2 kat aku. Macam peramah la gitu, baru best nak memilih kan. Tapi kalau follow dengan muka kerek yang mintak penampar, memang aku pun akan buat muka balik la... Buat muka sampai dia tak tahan dan blah..haha..
Balik dari kedai tu singgah kip mart cari barang masakan, lepas tu singgah pulak rumah sepupu beraya. Balik rumah , lepas maghrib keluar lagi beraya rumah makcik. Kul 10 lebih baru sampai rumah. Oleh sebab excited, terus start buat hantaran sampai tak sedar dah pukul 4 pagi. Maut kan? Haha..terlebih excited punya pasal..
Gitu la kisah hari sabtu. Hari Ahad aku tak cerita lagi ni. Next entri la pulak yek. Eh, korang tau ke ni persiapan bertunang siapa? Tahu ke tak tahu? Tauhu? Tauhu tak pe, tempe tak nak... =)
5 comments:
gud luck beb:)..lawa warna biru tue:)
sapekah yg nk btunang nie?
aini ke??hehehe..jgn lupe jmput2~=P
wow..nice blue =)
cantik sgt warna biru tue.. like
wah noi pandai wat gubahan eh...
leh tempah nnti :)
Post a Comment