Followers

Friday, January 10, 2014

Cuti-Cuti Johor Bahru Dah Masuk 2 Minggu

Actually ni dah masuk dua minggu dah aku dan intan cuti-cuti Malaysia kat JB ni. Balik bandar katenye. Dah lama tak balik kan, sekali balik harus lah lama-lama-lama-lama-lama.. Hai berapa punya lama dah.. Best dan tenang sangat rasa balik rumah sendiri. Oh ye, suami tidak la stay jb sampai 2 minggu. Dia hantar, stay 3 hari da balik pahang emula. Ni la untungnya aku kerja sendiri, ko nak balik umah mak, nak bercuti setahun pun tak kisah.. Tak payah nak apply annual leave bagai...haha..

Banyak aktiviti yang kami buat sepanjang kat jb ni. Masa krismast hari tu pergi birthday Fira anak Zahara. Best uollsss dah macam reunion hah.. Ramai member-member sekolah yang kamceng datang... Kakcik ada, mai ada, ain ada, nana ada..Bukan senang nak jumpa reramai macam ni. Lepas balik birthday party tu, hantar intan balik rumah, mandikan dia, tidorkan dia, pastu tinggalkan dia ngan tok mak dia..haaahaaa.. Ibu dia pergi sambung enjoy ngan bff zaman sekolah... 


Birthday Fira

Lepas tu masa weekend, aku n family pergi picnic kat Batu Layar. Family aku memang suka picnic. Memamg aktiviti  dikala cuti. Jeles papa Intan tak dapat join. Intan pulak bukan main suka la jalan. Tak tahu takut langsung dengan laut. Tapi ngan Pak Long dia takut pulak! Haish... 



Kat rumah mak pulak, selalu petang-petang aku akan bawak intan pergi playgroud tepi rumah. Jalan kaki je pun. Intan masih belum biasa lagi. Dia macam terkedu gitu..haha..  Tapi bia tengok budak2 main bola, main basikal kat situ, terteleng teleng kepala dia tau tengok excited. 


Paling suka main jongkang jongkit ni.. Comel je.. Geram ibu tengok.. Seronok je dia.. Macam dah tau-tau je, bangun tido pukul 5 petang ibu siap-siapkan dia, terus pergi taman.. 

Before ni aku tengok Intan ni makin lam makin takut orang, tak nak dengan orang lain selain aku. Sebab bila kat pahang 24 jam melekat dengan aku je dalam rumah. Jarang keluar, keluar pun dengan papa bila papa tak kerja. Bila sampai Jb hari tu, 3 hari jugak dia takut dengan tok mak n tok ayah dia. Langsung tak nak. Nak ngan ibu je. Tapi lepas tu, bila selalu aku bawak keluar jalan-jalan, jumpa kawan-kawan aku, jumpa ramai budak-budak kat playground, tengok orang ramai kat shoppng complex, kat kipmart, dia terus ok je. Aku tinggalkan dia ngan tok mak dia kat rumah pun ok je.. Tak da masalah dah. Ligat je ibu pergi salon, pergi shopping, pergi setelkan hal printing sorang-sorang macam anak dara lepas tu..muahahahaaaa..

Memang berkesan la yang aku baca tu Cara - cara Membiasakan Anak Dengan Orang, Cara Mengatasi Anak Takut Dengan Orang.  Point dia ialah, kita kena expose baby dengan suasana yang ramai orang, macam kat shopping comple.x, playground, so dia tak la nak melekap sangat ngan kita je.

Ok la, sambung next entry la, nak mandi...daaaaa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails