Followers

Thursday, June 27, 2019

Intan Warded Kerana Jangkitan Kuman Pada Paru-paru


Masa kat klinik kesihatan 

This is my first time. First time pengalaman anak masuk wad. Berapa hari sebelum tu memang Intan batuk kuat, batuk sampai muntah.  Dan nafas dia laju sangat. Batuk memang biasa, tapi bila nafas laju, aku memang seram dan takut. Sebab pernafasan dia nampak tak normal dan dia lemah. Jadi kami ke Klinik Kesihatan. Mula-mula ingat bila dapat Neb, dia akan ok. Sebab beberapa bulan sebelum ni pun pernah jadi macam ni. Tapi malangnya lepas 2 kali neb pun nafas dan jantung dia masih laju. Bacaan oksigen masuk pun amat rendah. Jadi terus kena naik ambulans ke Hospital Lipis.

Serius memang tak jangka sampai nak kena warded. Aku pulak pagi tu sebenarnya ada urusan kerja nak kene siapkan kat raub. Kusut kepada kejap pikir. Tapi apa-apa pun kene utamakan kesihatan anak dulu. Aku ikut naik ambulans. Aisyah dan Adam papa diaorg uruskan dulu kat rumah. Sampai hospital terus masuk kecemasan. Dr xtray dan resultnya paru-paru sah ada kuman. As a mother confirmlah aku melalak kat situ jugak kan. Lagi pulk tengok dia nangis kena cucuk banyak kali. Cucuk ambik darah, cucuk masuk ubat semua.  Walaupun cover sikit-sikit.  Kat kecemacan pun kena neb untuk kali ke3 dan sambung dengan masuk oksigen ikut hidung. First time tengok anak kena macam ni, of course sedih amat.

Kecemasan 
Dalam 4 petang, kena hantar masuk wad kanak-kanak. Wad kanak-kanak ni penuh dengan budak-budak dengan sakit yang sama. Batuk, jangkitan kuman. Tak ada sakit lain. Dr sendiri cakap lepas raya ni, memang banyak kes serius asma dan batuk kanak-kanak. So dekat wad intan kena neb 3 jam sekali. Aku lah jaga, time malam pun kena bangun 3 jam sekali neb. Antibiotik masuk ikut cucuk kat tangan dan juga antibiotik makan.  Oh ya, intan demam juga. Ubat demam pun makan.


Wad 


Hari kedua demam kebah. Dia pun nampak sihat sikit, jantung kurang laju tapi pernafasan masih berbunyi. Baru sihat sikti terus protes tak nak makan ubat.  Ubat antibiotok lah paling dia tak gemar. Jenuh nak bg makan ubat.  Hari kedua masih tak boleh keluar lagi. Neb masih diteruskan 3 jam sekali.  Aku lari kejap g raub selesaikan kerja. Mak su dia jaga kejap. Terpaksa. Kerja kena buat sebab tanggungjawab juga orang nak pakai untuk majlis Ahad.

Hari ke 3, alhamdullilah bertambah sihat. Oksigen dah tak payah pakai. Neb pun 4 jam sekali. Paru paru pun dah tak bunyi. Sebab banyak kahak dia keluar masa dia nangis kuat aku paksa makan ubat pagi tu. Ubat tak makan, tapi berjaya keluarkan kahak yang banyak..huhu. Ok la kan. Mula-mula Dr cakap tak boleh keluar sebab Intan tak nak makan ubat, jadi dos tak cukup untuk bunuh kuman habis habisan kat paru-paru. Then aku yakin kan dr, aku tak bolah paksa intan makan ubat kat sini (hospital) sebab dia tau ramai orang, bila aku paksa, dia nangis kuat kuat, aku tak boleh paksa dia.  Jadi aku cakpa kat dr, kalau kat rumah memang confirm dia akan makan ubat sebab kat rumah aku boleh paksa dia betul2.

So petang tu boleh discaj. Siaplah balik rumah time makan ubat, kami laki bini paksa dia. Kejap je pun kalau paksa. Papa dia pengang dia, aku picit ubat. Siap. Tak sampai 5 minit. Kalau kat hospital, uabat 6 pagi sampai 9 pagi pujuk pun tak dapat gak masukkan ubat kat mulut dia. So antibiotik continue 6 hari. Alhamdullilah makin sihat dah tak batuk lagi.

Itulah pengalaman anak warded sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Semoga tak dadatang lagi penyakit ni kat dia. Dan anak-anak aku yang lain. 

1 comment:

Jaja Zaleha said...

Alhamdulillah... mujur cepat pulih ya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails