Tau tak membazir tu amalan syaiton?? Ni kisah malam tadi. Lepas kerja, nak balik rumah tu, my adik yang kat rumah call. Die suroh singgah mana-mana belikan makanan bawak balik sebab tak ade benda nak makan kat rumah. Okeh. sebagai kakak yang baik, aku pun terus singgah Jusco, cari-cari la ape-ape yang best untuk di bawa balik.
Oleh kerana si budak suka makan ayam, aku pun beli la sekor ayam golek kat jusco tu. Dan balik la aku dengan girang gumbira. Sampai-sampai kat rumah, tengok semua orang tengah kekenyangan makan KFC... Apakah?? Tadi kate tak ade makanan, ni siap ade KFC bagai. Rupenye si budak ni bukan je call aku suro beli makanan, die jugak suro my abang belikan makanan. Dan hambik, sepantas kilat die tapau KFC.
Akibat suda kekenyangan maka semua orang pun tak sentuh la ayam golek ku itu kecuali si budak yang memaksakan dirinya makan seketul dua ayam golek itu selepas mendapat satu jelingan maut dari si kakak tukang beli ayam golek. Si budak kemudian tersenggih-senggih di tepi dinding melihat ayam golek bergolek-golek atas meja tak siapa makan.
Pagi tadi, sebelum pergi kerja, jenguk-jenguk bawah tudung saji atas meja. Ye, ayam golek tetap tergolek di situ. Pembaziran sudah berlaku.. Bertambahlah kawan syaitan..huuuu..
