Followers

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Wednesday, May 4, 2016

Zaman Dating

Sempena bulan Annyversary ni KekNi nak mengimbau nostalgia la sikit sikit. Kenangan zaman dating dulu. KekNi kenal Bf KekNi ni masa belajar kat Matrikulasi Penang, dia kat Melaka tahun 2005. Bukan berkapel terus pon, masa tu masing masing ada  kapel dah. Kawan saja saja. Pastu lama menyepi. Tup contact semula bila masing-masing dah single. Pastu dari kawan tak tau bila declare jadi kapel ntah..haha.. Tahun 2006 la. Sampai sekarang dah kahwin ada anak 2. Serius memang tak ad declare, mula engko jeles, aku jeles terus sanyang menyayangi gituw..haha


Zaman dating kat City Square Jb. Gila lama tak pergi CS. Ensem ok pakwe KekNi dulu. Masa ni dah nampak kegilaan dia kat kereta. 


Gila tak ensem? Paling suka rambut dia style macam ni. Sekrang, bila suruh buat rambut camni, dia juih bibir je tak nak. 


KekNi. Jangan ingat KekNi tak pernah kurus ya. Zaman berat 53kg ni. Size seluar 26 je. Baju size M. Ko mampu? Sekarang? Kau jangan tanya.  Biarlah rahsia sahaja.


Couple of the year. Lokasi Dating ialah Danga Bay. 

Dulu danga bay cantik banyak tempat boleh jalan jalan, tepi laut, taman, shopping mall semua lengkap. Sekarang dah haru biru dek pembangunan. Yang kekal cuma funfair tu aje. Nyampah sangat , musnah dah tempat kenangan.

KekNi dulu cinta jarak jauh. Jumpa 1-2 bulan sekali je, kene tengok kewangan. Almaklumlah student lagi. Sorang kat Melaka, Sorang kat JB. 3 tahun belajar kat UTM memang setia dengan dia je la walaupun jauh. Kadang habis kelas pergi Jusco taman u tu nak beli barang, stok megi segala. Pastu tengah nak ambil megi kat rak tu ade pulak kapel ni duk bergurau senda bercengkerama sambil pilih megi. Eh panas pulak hati kita, kita ni dah cinta jarak jauh, pakwe jauh nun di Melaka, tak leh teman beli megi,kahkah.. Diorang boleh pulak nak sweet sweet depan KekNi. Jeles sangat ni. Tapi redho je la kan, nama pun jodoh. 

Dating kadang pakwe KekNi ni datang Jb, kadang KekNi turun melaka. Balik hari je uolls, gigih naik bas ekspress kau. Cinta punya pasal. Ada sekali je la pakwe KekNi ni datang Jb naik motor dari Melaka.  Ye la, student lagi, mana ada kereta. Tapi KekNi punya risau jangan cakap la. Tu je la sekali dia bawak motor, lepas tu tak kasi lagi dah. 

Aktiviti dating biasalah, Makan Kfc @ Mcd, tak mampu lagi nak makan Pizza hut, kenny rogers segalah bagai, student katekan. Pastu tengok wayang, karokea. Amboi lama sangat dah sejak kahwin tak pernah tengok wayang ni.  Teringin gak nak dating berdua lagi macam zaman bercinta, tapi sedar diri anak dah dua..huhu

Lepas habis belajar, tahun 2009 pakwe KekNi balik Pahang. Lama gila la tak jumpa. ada 3 bulan kot. Sedih sangat. Rindu gila ok. Jauh kot nak datang Jb dari Pahang. Sabar je la kan. Dan akhirnya dia dapat kerja, beli kereta, dapat kereta terus datang JB jumpa KekNi.. Peh baru la bermula drama cinta sebenar. Zaman masing masing dah bekerjaya, Tak da dah deting naik bas, naik moto segala. Naik kereta pesona dia je dah. 

Pastu tahun 2011, dah kumpul duit sikit kitorang pun bertunang. 2012 pulak bernikah.. Alhamdulilah zaman dating 2005 - 2012 bercinta. Tahun ni 2016, maka genap 10 tahun kami berkenalan.. Semoga hubungan ni sampai ker Syurga InsyaAllah.. =) 








Friday, February 26, 2016

Kenangan : KekNi Zaman Sekolah Menengah Rendah

Tiba tiba KekNi teringat zaman sekolah menengah rendah form 1 sampai form 3 kat sek Men Tmn Skudai Baru. Walaupun 3 tahun je sekolah kat sini, dah cukup banyak kenangan dengan kawan-kawan yang sampai sekarang kami masih bersahabat. Sekolah KekNi ni jauh jugak dari rumah kalau menapak. KekNi biasanya jalan kaki, Kadang kadang kalau malas, naik bas tambang. 60sen je tambang masa tu. Kalau jalan kaki tu biasa dengan Kakcik la my BFF merangkap jiran, merangkap officemate masa zaman kerja dulu. Menyampahnye Kakcik ni selalu je siap lambat, KekNi selalu kene tunggu dia siap kalau nak pergi sekolah pagi-pagi tu.






Gambar atas ni kita snap masa on the way nak pergi sekolah pagi pagi buta. Nikmatlah menapak pagi pagi buta, tak panas kan. Balik sekolah, tengahari terik, macam nak ape kan. Ko tengok je la, bukan main rentung KekNi masa ni. Tengok pulak tudung tu, bukan main cantik keras terletak je kan? Masa ni Iolls gigih ye iron tudung siap gelek lilin kat bahagian atas tu nak bagi keras cantik terletak bila pakai. Memang pesen budak sekolah masa tu guna lilin.Hehe.. kelakor pulak bila ingat. Budak budak sekrang ape tau? 

Ni masa form 2 tak silap. KekNi punya la tangkap cintun dengan Cikgu Zaid ni dulu. Dia ni guru kelas kami. Cikgu bujang, kurus tinggu, pergi sekolah naik superbike. Tak ke cair ko tengok? Haha.. Bila ambil gambar kena duduk sebelah cikgu (KekNi Penolong ketua kelas masa ni) Terus tersipu sipu malu kegedikan. Sebelah KekNi tu Maisarah anuar, BFF jugak sampai sekarang. Geng gosip dalam kelas. Sekolaj KekNi memang ramai cina ye. Masa form 1 lagi sadis, dalam kelas KekNi 5 ketul je pompuan melayu. Huhu. 

Sahabat. Rindunya kat semua dalam gambar ni. Ni la BFF Kekni kat skudai. Mai je tak ada dalam gambar ni, mesti dia ponteng tak sekolah masa kita bergambar time ni. Rasanya ni lepas PMR. Duk ambil gambar kat kawasan sekolah. Zara, KekNi, Ain, John, Kakcik, Lily. Rindu sangat. Ape citer ye Lily? Masa KekNi kat UTM, Lily ada masalah family dan bawa diri ke Amsterdarm. Pernah chat sekali ngan dia kat FB masa dia kat sana, lepas tu FB dia terus lenyap.  Yang lain-lain dalam gambar ni kami still contact each other. Walaupun susah jumpa, still connect guna whatapps dan FB.


Tolong perhatikan KekNi yang kat depan sekali tu. Bukan main, kasut nak cantik aje. Tak nak biasa-biasa yang bertali tu. Baju tu bukan main lagi iron siap tajam je lengan baju tu. Memang ye. Zaman ni, KekNi memang obses sangat dengan kekemasan. Sanggup tak sekolah kalau baju tak iron (kes tetiba time nak pergi sekolah eletrik tak ade pulak). Sanggup nila baju 2,3 kali sampai dapat warna putih biru yang betul betul cantik. Tudung kene Iron bersama lilin nak kasi kemas dan cantik.  Kain sekolah pun tak pakai cotton biasa, pakai kain yang buat seluar dan baju kot tu, jenis keras dan kilat. Huu.. Penat mak aku nak layan aku punya demand masa ni. Hehe 
Dengan kakcik lagi kat sekolah. Memang best friend sangat, Tapi selalu gaduh jugak. Selalu pergi pasar malam selesa jaya sama sama demi untuk tengok Kakcik punya secret lover masa tu. Haha.. Dia punya sanggup keluar masuk pasar malam tu sampai 3 kali ok untuk kasi terserempak dengan orang tu. Padahal kat sekolah hari hari pon boleh terserempak kalau ko lalu depan kelas budak tu. Haha.. ape punya perangai masa tu. 

KekNi dulu kat sekolah ni memang jenis budak rajin belajar. Betul. Menang target nak berjaya dalam PMR gitu. Pagi pagi sampai sekolah terus lepas kantin bukak buku. Orang lain dok cotcet cotcet menyembang, aku mengadap buku. Memang perangai jenis tak boleh tengok orang lain study, aku pun nak jugak study tak nak kalah. Selalu dapat no 2-3 untuk keseluruhan tingkatan.  No 1 tu memang budak cina yang pegang. So selalu berusaha nak kalahkan anak cina tu.  Study macam budak skema. Lalu depan budak-budak nakal, diorang bahankan KekNi 'Oi ni budak bakal 8A ni, budah bakal 8A ni'.. Jahat sangat dak2 ni. Tapi geng -geng nakal ni, Alhamdullilah sekarang, dah jadi pramugari berjaya dah memasing..hehe.

Tu je la sikit kisah kenangan masa sekolah menengah dulu. Nanti i storry later ok pasal zaman lain pulak..hehe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails