Followers

Showing posts with label Nurhanim. Show all posts
Showing posts with label Nurhanim. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Syafiah Humairah,Semoga Kau Tenang Di Syurga


Banyak dah blogger cerita pasal adik Syafiah Humairah yang mati di dera oleh teman lelaki mak dia. Sebelum ni aku cuma mampu baca dan melahirkan rasa simpati. Semakin hari makin banyak isu yang dibongkar dan timbul dari kes kematian Syafiah Humairah ni buat aku rasa marah, sedih, kecewa dengan apa yang terjadi pada Syafiah Humairah ni.

Kasihan kerana dilahirkan dalam keluarga yang sebegitu. Aku ikut kisah arwah Syafiah kat blog Mazidul. Macam-macam yang terbongkar. Dari kisah ibunya yang 6 tahun bersekedudukan dengan pembunuh bodoh lagi bangsat tu tanpa nikah, kisah anak haram yang tak berdosa hasil hubungan tu dan terbaru pekerjaan si mak Syafiah ni iaitu Nurhanim.

Kenapa kau pilih cara hidup mcam tu? Cara hidup yang akhirnya membunuh anak kau sendiri, cara hidup yang akhirnya mengaibkan keluarga dan saudara-mara kau sekali. Kalau tak kerana kes Syafiah Humairah mati kena dera dengan teman lelaki kau, mungkin sampai sekarang kau masih dapat tipu masyarakat. Ini semua kuasa Tuhan kau tahu?

Menitik air mata bila baca Safiah di sepak macam bola, di pijak. sebelum-sebelum ni tak tahu la ape lagi penderaan yang Syafiah hadapi. Ape bodoh kau binatang buat budak kecil 3 tahun macam tu? Sudahlah buat hubungan 6 tahun dengan bini orang. Anak kecil macam tu kau sanggup seksa macam tu sekali. Memang kau bodoh!

Kasihan Syafiah... Mungkin ini memang ketentuan Allah. Mahu Syafiah meninggalkan keluarga itu. Mungkin Syafiah akan lebih tenang dan bahagia di SANA disamping NYA yang maha ESA..

Al-Fatihah untuk Syafiah Humairah.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails