Followers

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, July 15, 2022

Raya Aidilfitri 2022 after 2 Tahun Raya PKP

Alhamdullilah after 2 tahun raya pkp tak dapat balik JB, tahun ni dapat beraya bersama family kat JB. Raya terkejut ok. Pertama kali seumur hidup bila dah besar ni pengumuman raya tak sama dengan tarikh kat kalendar. Kelam kabut satu Malaysia! Hahaha.. Lawak sungguh tragedi malam raya 2022. Akan ku cerita ke anak cucu cicit nanti. 


Alhamdullilah ini saja yang ada di pagi raya. Family abang turn beraya rumah mertua. Dayat pulak tak dapat cuti raya. Kesiaaaaannnnnnnn. 



Kami repeat baju raya emerlard green tahun lepas yang baru pakai sekali. Hahaha.. PKP kate kan, mana ada beraya, mana ada kenduri. So let jimat jangan membazir. 



Syurga saya, mak dan ayah yang melahirkan, membesarkan dan berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Lately ni rasa sedih amat bila teringat semua pengorbanan mak ayah ni. Aku cuba sedaya upaya untuk balas walau aku tau tak kan mungkin terbalas semuanya. 



Syurga saya juga. Suami tercinta. 



Me, mak dan adik. 




Raya kedua melaram baju raya 3 tahun lepas. Mak ai, sesak tang lengan sado. Tapi aku suka sungguh lah baju kurung moden kak jue jahit ni. Cantik nau cutting dia. Terus rasa slim melim. Tu yang gigih pakai tu walau berat mata memandang..hahaha 


Melaram raya ke 3. Yang ni baju tahun lepas juga. Alhamdullilah masih boleh bernafas lengan dan perut. Masih ada shape ye walau aku rasa berat dan cecah 80kg dah. Serius dah lama tak pijak mesin penimbang sebab takut nak tengok angka.  Ko tengok pipi ngan perut sendiri ko boleh agak dah berat sendiri. 


Itu lah kisah Raya tahun 2022 aku. Hmmm, niat nak rajiin update blog lepas ni. Walau dah tak ada follower yang baca, walau blog dah ketinggalan sebab sekarang zaman ig, zaman tiktok, acik tetap gigih akan update blog ni untuk kenangan acik di masa depan. Ko tau dik, kadang acik boring2 acik tengok post acik yang 10 tahun lepas, rasa nak mengalir air mata bersyukur sebab acik ada kenangan untuk di baca. So masih relevan blog ini untuk acik. 

Sekian. 

 

Thursday, August 1, 2019

Keletah Comel Anak - Anak Aidilfiri 2019

Love sangat dengan gambar gambar ni semua. Anak anak sis yang comel (Masa ni comel la sebelum mak kau bertukar jadi rimau). Nanti nak cuci semua gambar ni simpan dalam album. 














Friday, August 5, 2011

Lala Cadar Raya Kononnya...

Biasa la i kan, suka nau usha usha kedai online kat blog, kat facebook. Nak dijadikan cerita, hari tu terjumpa la kedai cadar online ni.. Mak hai, murah - murah cadar dia. Cute pulak tu. Geram menengok nye.. Lantas sepantas kilat terus tanya pada tokey kedai tu masih avaiable tak? Gembira bukan kepalang bila tau masih ada. Terus transfer duit pastu goyang kaki tunggu cadar sampai rumah...

Jeng jeng jeng.... Sehari selepas dia pos kan cadar, teruslah cadar sampai rumah. Pantas dan tuntas sungguh. Ni la rupanya cadar yang di beli. Cantik tak? Cantik gila babas bagi aku..huhu. Untuk set cadar queen ni lengkap dengan 4 sarung bantal, 1 sarung bantal peluk, 1 cadar queen dan 1 comforter. Tau tak berapa harga dia 1 set ni? Tau tak? Hanyalah RM 50 sahaja okeh.. Berbaloi tak berbaloi? Berbaloi baloi bagi aku.

Berbaloi coz cantik, comel, kain dia pun sedap ooo... Lembut je... Memang puas ati la...hehe. Tengok la, kemain matching lagi dengan bunga-bunga kat dinding tu kan..hehe suka i..huhu.. Oh, kat sini la terpesongnye. Mula-mula konon nak buat cadar raya, tetiba bila sampai tak sabar pulak nak pakai, terus jadi cadar puasa...huhu.

Ops.. sebelum aku merasmikan tidur kat cadar baru, budak 2 ekor ni dah rasmikan dulu. Melampau kan? Huhu... Ok, kalau ada yang nak tengok usha-usha cadar bleh la tengok kat facebook Cadar Collection. Dia buat promosi raya ni. Apa lagi, pergi la tengok.. =)

Thursday, October 15, 2009

Suka Suki Hari Raya

Aku suka hari raya.. sangat suka! Wajah ceria sumua orang, pakaian cantik-cantik, makanan sedap-sedap, semua tentang itu aku suka.. 11 hb(sabtu) lepas open house kat rumah kak mizah, my cousin. Sangat meriah dengan keletah anak-anak sepupu aku.. Aku tak makan sangat sebab lebih excited snap gambar kanak-kanak riang ni sume.. so sweet n so cute la! Suke!


Kikam and Pika pose 1

Kikam and Pika pose 2

Kikam and Pika pose 3





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails