Followers

Showing posts with label UTM skudai. Show all posts
Showing posts with label UTM skudai. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

UTM Dalam Kenangan

Mak aih.. Sekali gua teringat pulak.. Teringat zaman UTM, zaman bersuka ria bersama kakak-kakak yang kurang matang ini. Ok lah aku tak pernah atau tak banyak cerita pasal diri aku kat blog ni kan. Ni nak citer la ni. Actually aku study kat UTM dari tahun 2006-2009.

Alia, Izah, Aku ngan Fana @ Jusco Taman U

Masa first year tu, aku ngan roomate ni macam kesesatan la di campak ke blog hostel yang mana kat blok tu, kami berjiran dengan bilik akak-akak direct entry dari diploma. Diorang sama batch la jugak ngan kitorang masuk UTM time tu, cuma diorg kat UTM nanti 2 tahun je, kitorang 3 tahun.

Maka dengan itu, kami pun jadi geng la berlima. Aku, Didi, Fana, Iza dan Alia. Berhuha huha bersama. Tak ade dah istilah kakak-kakak ni sebab diorang perasan muda sentiasa.. Asal hujung minggu je merayap tengok wayang, makan-makan semua.. Tu memang kerja wajib.

Izah, Fana, Didi n Aku. masa ni plan nak g pasar malam, bila semua dah siap baru perasan semua baju merah..haha

Kitorang pun rajin gak masak kat hostel. Selalu bilik si Izah la jadi dapor sebab dia tak ade roomate. Roomate dia silih berganti dan tak pernah kekal. Kitorang rasa bilik diorang ade badi gitu. Tu pasal roomate tak kekal..haha.

Jusco Tebrau.. Aktiviti hujung minggu yg harus. Izah ko memang ske nak manje2 ngan aku kan..

Tasik UTM. Asal ke tasik je bergambor. Asal bergambor je ke tasik..

Berholiday ke Singapore sampai melecet kaki..haha

Akhirnya.. Ada jugak gambar berlima

Maka setelah 2 tahun bersama. Didi, Fana dan Izah pun konvo dulu. Tinggal lah aku ngan Alia je. Lepas tu setahun la macam sunyi jek.. Aku pun tiap minggu balik rumah. Dah la final year kan. Jadual aku plak masa final year tu, selasa rabu khamis je ade kelas. Tapi padat gila lah jadual aku setiap 3 hari tu. Dari pagi sampai petang. Malam pun ade kelas weh.

Bijak aku menyusun jadual. Khamis petang je aku balik rumah. Lepas tu isnin baru aku balik hostel semula. Ate.. dah umah sekangkang monyet je dari UTM tu, harus lah kan..haha. Tapi kadang-kadang bila bizi kena siapkan group project aku balik awal la..


Bukan pe, sebelum tu dah biasa ngan diorang je hujung minggu, bila diorang dah tak de, bosan gilak. Tu yang aku balik rumah layan kucing lagi best dari duk melanguk kat hostel..huhu. Ok, tujuan entri ni memang saje nak mengimbau nostalgia... Rindu korang sume.. Sekian =(

Sekian.

p/s; Kenapa aku rasa ayat berterabur macam keli** je ni? Alaa.. nanti la aku susun ayat balik ek.. Ade kerja ni. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails