Followers

Showing posts with label adegan dalam bas. Show all posts
Showing posts with label adegan dalam bas. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Adegan Panas Dalam Bas Semalam

Selamat pagi semua... Ape citer hot untuk pagi senin yang lemau ni? Aku ade citer hot. Gila hot. Semalam kan keluar dengan member-member. Balik tu macam biase la orang tidak berkereta seperti aku naek bus je kan.

Masa duk pung pang pung pang berborak dalam bas tu ngan mai, tetiba ade sorang mamat ni tumbang dan mengeletik ke mengelupur kat tengah-tengah bas tu. Gilak weh. Meh sini aku lukis kedudukan aku masa tu untuk keterangan lanjut.

Halloh halloh santeknye aku lukih =)

Dasat punye mengelupur ni. Macam ayam lepas kena sembelih ni. Pulak tu mengelupur betul-betul kat sebelah seat kitorang. Bas terus berhenti, orang-orang yang berdiri kat depan tu semua lari ke bahagian driver, yang dekat ngan pintu plak terus turun weh. Takut punye pasal ni.

Habis aku tak turun tak takot ke? Gilak! Aku ngan mai dah terperangkap kat celah tu cam ne nak keluar. Aku punya himpit ke tingkap, kaki dah naik atas kerusi bila tengok orang tu mengelupur dengan tangan dan kaki mengetik-ngetik. Mai pulak dah habis menghimpit aku dah. Matik kamik!

Siyes ketakutan tahap dewa masa ni. Mulut orang tu berbuih-buih la pulak. Pakcik dalam bus tu cakap sawan budak ni! ya Allah gitu ke rupa sawan, aku memang pertama kali la tengok. Alah alah macam mane ni, aku dah semakin cuak bila dalam menggelupur tu dia mengelungsur makiin ketepi kat seat kitorang..

Dah berapa minit huru hara dalam bas tu, baru la ade suara yang cakap suro angkat mamat nih. Mula-mula semua cam takut nak angkat, pastu bila dia cam dah tak mengelupur tu, sorang uncle cina ni pun angkat die dan barulah beberapa lelaki lain tolong angkat dan duduk kan dia atas kerusi.

Pastu die okeh terus weh. Duduk, pakai spek hitam, dan buat macam tak ade ape berlaku. Bas kembali aman dan driver meneruskan perjalanan. Lalalala~ macam tu jek. Apekah. Dan aku terpinga-pinga sampailah turun ke destinasi.

p/s : Masa ketakutan tu aku peluk mai. Mai cakap, "sabar, sabar, rilek" untuk menenangkan aku padahal dia sendrik cuak tak hingat sampai tak sedar dah menghimpit sampai duduk atas riba aku mase tu..hahaha =)



Wednesday, April 28, 2010

Adegan Dalam Bas


Entri ini aku nak cerita pasal adegan dalam bas semalam time balik kerja. Petang semalam macam biasa lah time orang balik kerja bas memang sesak nih. Mula-mula aku pun berdiri sebab bus memang full kan. Aku berdiri betul-betul depan seorang akak yang tengah duduk dukung baby.

Baby ni punye la buas, mengelasor ke sane sini bak kate orang Johor. Mak aih, penat betul jadi mak aku tengok akak tu. Pastu untuk menenangkan si baby ni, akak ni pun selamber badak je selak baju pastu kasi anak dia tu menyusu.


Masa tu aku memang berdiri betul - betul depan die ni, sebelah kiri kanan aku mamat-mamat dan jugak sorang budak sekolah lelaki jugak berdiri. Mak aih.. Terbeliak mate memasing ye.. Cucuk ngan garpu baru tau. Aku jeling sorang-sorang baru tau nak buat-buat pandang tempat len.

Akak ni pun satu, tak reti nak cover-cover. Kalau aku yang pompuan ni terkejut beruk, yang lelaki plak comfirm lah teruja punya kan. Lepas anak die puas menyusu, keadaan pun kembali normal..hehe. Aku masih berdiri terhuyung hayang.

Then bas berenti kat satu bus stop, perempuan yang duduk sebelah akak ni turun, so aku pun cecepat duduk sebelah akak tu.. Pantas dan tuntas. Selepas melabuhkan punggung aku pun tersenyum puas. Dalam hati berkata, yea yea dapat duduk sambil buat muke berlagak kat diorang-diorang yang masih berdiri..haha.

Tapi belum sempat bas berjalan, naik pulak sorang nyonya.. Alamak.. Tak panas lagi buntut duduk. Terus la bagun kasi nyonya tu duduk. Sangat kurang hajar dan memalukan ye kalau kau buat bodoh duduk dalam bas walaupun nampak orang tua berdiri depan kau. Memang sangat kurang hajar berkelakuan begitu.

Gambar kredit to google

So aku pun bagun kasi nyonya tu duduk. Dan aku berdiri depan dia. Mesti diorang yang tengah berdiri tu ketawakan aku dalam hati. "Tu lah ko tadi dapat duduk berlagak sangat, padan muke ko..hahaa.." Kata mereka dalam hati <------aku agak je la =)

Bila akak yg ngan baby nye turun, cepat-cepat nyonya tu tarik aku duduk sebelah dia. Nyonya tu peramah. Risau benor die tengok aku berdiri terhuyung - hayang. Dia cakap, lain kali amoi, jgan pakai kasut tinggi ini macam. Pakai selipar. Saya susah hati tengok lu berdiri... Haha..

Aku dah biase sebenarnye. Bukan setakat terhuyung- hayang, terpelecok dan hampir tumbang balam bus pun pernah. Tapi tetap wat muke maintain..haha. Adat lah kan naik pengangkutan awam. Nak selesa bawak kereta sendrik. Persoalan nye bukan tak ade kereta atau tak ade lesen tapi ade berani bawak kereta?? Lu pikir la sendrik aini oiiiii.

Adios...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails