Followers

Showing posts with label air mata lelaki. Show all posts
Showing posts with label air mata lelaki. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Aku Sedih Melihat Adegan Putus Cinta


Hari ini ada orang putus cinta. Bukan aku. Serius bukan aku.

Kasihan.. Aku kasihan pada lelaki yang ditinggalkan. Lelaki yang serius sudah merancang perkahwinan mereka. Kasihan.. Aku juga kasihan kepada perempuan yang meninggalkan. Kerana dia terlalu muda dan mungkin tidak tahu menghargai apa yang ada di depan mata. Aku pikir, dua tiga hari lagi pasti si perempuan akan terasa kehilangan lelaki itu..

Si lelaki.. Remuk sudah hatinya. Separuh gila melayan perasaan kecewa. Betapa dia sayang perempuan itu. Merayu-rayu minta diberi peluang.. Mengalir air matanya...

Aku... Turut sedih melihat orang kecewa..

Hari ini aku dapat lihat betapa seriusnya kasih dan sayang seorang lelaki kepada perempuan itu. Hari ini aku dapat lihat betapa susahnya untuk lelaki itu menerima kenyataan. Kecewa bila dibuang begitu..

Uhh..hati aku suda tersentuh.. =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails