Intan Darina anak pertama saya. Masa kat Labour Room saat bertarung nyawa nak keluarkan dia, sempat terlintas dalam otak yang aku tak nak dan tak akan cerita pengalaman bersalin ni kat blog. Huhu.. Pasal masa tu kesakitan yang aku rasa tak tertahan dan tak nak aku ulang atau ingat. Tapi hari ni, selepas 21 hari lahirkan Intan Darina, tiba tiba aku rasa nak bercerita pasal pengalaman bersalin kat sini.
10 hb 4 2013, hari Rabu aku kena di paksa oleh suami pergi klinik kesihatan sebab aku mengadu baby kurang gerak malam tu. Mulanya memang tak nak pergi sebab takut nanti kena tahan wad lagi. I Is penat okeh duduk wad 6 hari minggu sebelumnya sebab air ketuban banyak tu. Tapi atas desakan suami dan risau jugak dengan baby, pegi jugak menyerah diri kat klinik kesihatan. Seperti yang dijangka, Nurse, doktor sangat la ambil serius hal baby kurang gerak ni. Walaupun Dr dah check semua ok, scan baby ok, tapi dia tetap nak refer aku ke hospital pasal nak buat CTG. Aku memang serius dah penat gila duduk hospital lama lama, kalau masuk hospital boleh terus bersalin aku tak kisah.. So aku ckp kat Dr, biar la aku berehat kat rumah je. Pastu Dr klinik kesihatan tu cakap dia kena Call Dr pakar kat hospital dulu bincang. Oleh kerana aku datang time dah nak lunch, Dr suruh balik rumah dulu, nanti lepas lunch dia Call samada perlu Admit hospital atau tak.
Balik la aku ke rumah mertua dengan muka berkerut. dalam pukul 3 lebih dr call bgtau memang kena masuk hospital petang tu juga. Aku cakap sekali lagi, Kalau tak nak tak boleh ke, tak sakit pun lagi, baby gerak pun dah ok dah . Hambik kau, aku kena marah..huu.. Dr cakap aku dah 38 minggu, dh boleh bersalin, jadi kena pergi hospital, tak payah tunggu 17 hb untuk induce, esok dah boleh induce. Hambik, nak sangat bersalin awal Kan. Terus betul2 awal. Masa tu memang tak bersedia fizikal mental langsung. Apekah? Esok aku kena bersalin? Dengan mak mertua sekali kelam kabut mengemas barang. Oh ye, dengan keadaan yang tak sakit apa pun tu Kan, aku kena naik ambulans okeh.. Dari tak sakit terus rasa sakit kepala naik ambulan yang panas dan bergoncang itu. Sampai hospital je Nurse kebanyakkan dah kenal, huhu.. Maklumlah, dah pernah check In 6 hari kat situ Kan..heh
Esok paginya bermula la proses induce kali pertama. Masuk ubat melalui bawah tu. Sepanjang harri tu tak rasa sakit pun.. Pagi ke malam tak ingat la, dr check bukaan, still 1 cm..huh. So esok harinya Kena masuk buat dos KEdua. Masuk dos Kedua ni Aku mula rasa SAKIT SAKIT macam senggugut gitu. Masih boleh ketawa, makan dengan penuh selera dan berjalan jalan. Petang tu Dr check lagi bukaan, still 1 cm. Maka Dr decide nak masukkan belon Pulak. Belon? Apakah? Hahahaha..jenis induce jugak. Aku pun pelik mula2, sebab masa Dr masukkan tu, tak nampak rupa belon pun. Yang nampak cuma tiub je. Tapi sejam lepas masuk belon je terus la rasa sakit teramat. Start 4 petang tu dah sakit gila sampai nangis2 dah. Tak lalu makan, ketawa apatah lagi. Masa petang tu time melawat tu mak, mak mertua ayah mertua dan suami Ada pun aku tak dapat tahan nangis dah. Sakit Woo penangan induce. Mak urut2 belakang aku. Suami dah tak senang duduk dah tengok aku sakit Macam tu..
Malam tu sakit makin mencucuk cucuk. Memang tak boleh tidur la. Tiap kali sakit tu datang, aku gigit tuala. Suami duk la Call ckp kalau sakit panggil Nurse, panggil Nurse. Ye aku tau. Tapi tak nak panggil lagi sebab takut kena cek bukaan. Sakit tu.. Nak tunggu sakit kuat lagi dengan harapan bila check bukaan terus 4. Cm dan ke atas dan boleh masuk LABOUR Room terus. Suami punya risau sampai berapa kali ceroboh masuk wad malam tu tengok aku. Siap kena marah ngan Nurse ko.. Sian dia .. Tak sanggup tinggal aku tengah sakit macam tu. Lepas kena marah tu, die duk je la dalam kereta tunggu aku. Pukul 1 pagi aku memang tak tahan dah sakit, sampai nak bergerak pergi toilet pun tunggu time Contraction hilang baru boleh gerak. Masa kat toilet tu lepas je buang hajat, tetiba ade belon kecil keluar dengan darah.. Oh gitu rupanya belon..huhu.. Masa tu memang tengah sakit sangat, terus aku tekan button panggil Nurse. Ok dia check bukaan dah 4 cm 'maka mari kite ke LABOUR Room..
Call husband dh nak masuk LABOUR Room, tapi husband belum boleh masuk lagi, dah bukak 8 cm baru husband boleh teman. Masuk je LABOUR Room kena seluk lagi dengan Dr.. Adoi la mak sakitnye! Dr pecahkan air ketuban dan masukkan ubat melalui drip kat tangan. Mak aih, bertambah lagi sakit. MasyaAllah, memang sakit nak melahirkan tu tiada tandingan Ya Allah. Besar sangat pengorbanan mak kita dulu lahirkan kita tau.. Dari pukul 1 pagi tu aku menahan sakit yang amat sangat. Sedut gas sampai lalok pun tak hilangkan kesakitan tu. Sakit sangat. Aku asyik cakap, tolong saya Nurse, sakit sangat.. Saya sakit sangat.. Habis semua benda aku gigit. Aku tak ingat berapa kali Nurse tu check bukaan aku, dalam pukul 4 pagi tu bukaan dah 6cm dan sakit tu tak tertanggung lagi. Aku dah Macam orang tak betul, Mintak operate je. Memang tak tahan dah. Dr datang, nasihat kat aku, dia kata ingat senang2 je ke saya nak bedah awak? Awak bersalin sulungni, cukup ke 3 anak je kalau bedah? Sempat aku jawab dengan kesakitan tu, tak sanggup, nak satu ni je dr, tak nak bersalin lagi dah...sakit sanat... Serius, masa tu memang aku tobat nak anak satu ni je, tak nak dah bersalin lagi..huhu..
Dr dan Nurse terus bagi semangat kat aku bersalin normal.. Ye saya tau awak sakit, bersalin memang macam ni, sabar.. Huu.. ya Allah punya la azab nak tunggu bukaan penuh untuk teran. Pukul 6 pagi baru la bukaan 8 cm. Masa ni husband aku dah dipanggil masuk. Sakit bukan main. Aku nangis, dia pun nangis tengok aku sakit macam tu. Macam2dia bacakan kat telinga ni. Pukul 7 dah buka 9 cm, tapi still Nurse tak kasi teran, menangisi la aku di situ menahan sakit. Kaki dah mengigil gigil dah kesejukan, muntah 2 kali kesan sedut gas tu. Suami tak tahan tengok aku macam tu, dua naik pitam, sebelum dia tumbang, Nurse suruh dia keluar kalau tak larat.. Nangis2 aku tak kasi dia keluar, tapi die keluar jugak sebab memang dah nak tumbang..
Tak ingat pukul berapa datang Nurse lain take over sebab Nurse yang jaga aku dari kul 1 pagi tu dah nak tukar Shift dah.. Sempat lagi aku merayu kat die jangan balik dulu, tunggu aku..huhu.. Sebab dia baik sangat jaga aku masa menanggung sakit tu.. Lepas tu Nurse dah suruh teran. Tak ingat dh berapa kali teran tetap baby tak nak keluar. Aku letih sangat, tak berdaya dah.. Lama sangat menanggung sakit. Aku sedar Ada 3 orang Dr dan beberapa Nurse yang tengah tolong aku push baby keluar. Sangat2 la supportive. Tapi aku tak berdaya dah, aku cakap, aku tak larat dah.. Terus Dr suruh guna vakum.. 2 kali sedup tapi Fail.. Last di org guna forcep Pulak..masa ni aku memang tak da tenaga dah. Aku biar je di org buat ape kat aku, aku dengar di orang gunting bawah tu, tap tap tap..Tapi aku tak rasa sakit dah.. Tak rasa apa dh, nak push apatah lagi.. Seorang Dr duk tekan tekan perut aku, aku memang tak De usaha dah ..tak tau berapa lama, tetiba je diorg letak intan kat atas perut aku. Ya Allah... Hilang terus semua rasa sakit. Aku sempat sentuh kaki intan je. Tak nampak muka dia, sebab aku dah lalok campur letih tak berdaya.
Lepas intan keluar, semua proses termasuk keluarkan uri, jahit, aku tak rasa dah.. Aku sedap menidurkan diri... Pukul 11 macam tu Nurse kejut, alihkan aku ke katil lain dan tolak aku masuk wad semula.. Nurse cakap jahit aku banyak, kena jaga betul2. Memang aku tak daya nak bergerak sangat . first day tu. Makan pun bersuap. Macam tu la proses melahirkan intan darina yang tak akan ibu,u ini lupa sampai bila bila. Semoga Intan jadi anak yang baik dan Solehah..
Showing posts with label bersalin induce. Show all posts
Showing posts with label bersalin induce. Show all posts
Saturday, May 4, 2013
Tuesday, April 9, 2013
Cerita 6 Hari 5 Malam @ Hospital Kuala Lipis
Hambik... Penginapan 6 hari 5 malam kat Hospital Kuala Lipis katanya.. Ni kira praktis warded nak bersalin nanti la...huuu.. Ceritanya macam ni, kan Jumaat tu aku ada buat entry dengan ending, KUALA LIPIS...AKU DAH READY..... Kan? Kan? Entry cerita pasal last day aku kerja Jumaat tu dan nak balik kampung suami kat Kuala Lipis untu cuti bersalin. Sebelum sapai rumah, husband terus bawak ke hospital Kuala Lipis sebab kan dah dapat surat dari KK suruh refer Hospital pasal kes air ketuban aku yang banyak tu kannn....
Sesungguhnya mak hincik sangat la tidak pernah pergi hospital pasal sakit tau. Sebelum2 ni pergi melawat orang sakit je.. So petang tu sampai je Hospital, pergi kaunter dia,tunjuk surat dari KK terus dia suruh pergi ke wad bersalin okehhhh... Mak is takut... Sampai kat wad bersalin, nurse bertugas tu tengok buku merah dan surat dari KK.. Pastu terus buat interview itu ini, timbang berat, check air kencing. Eh macam check up biasa kat KK plak kan?? Pastu dia panggil my husband suruh isi borang, katanya kena tahan wad, nak tunggu Dr check. Wahhhh... tak bersedia fizikal dan mental punn lagi. Husband dengan excitednye isi borang, pastu pergi ambil beg hospital yang memang dah ready kat kereta..
Pastu kena buat CTG pulak. Pastu Dr scan pulak.. Dia kata tak banyak sangat pulak air ketuban. So aku dah gembira sikit la, ingat boleh balik. Tapi Dr sambung pulak ayat.. "Tak pe, kita tunggu Dr Sakit Puan periksa awak pulak esok ye." Dan aku pun diberi uniform wad warna pink yang comel tu dan dibawa masuk ke wad. Siap tukar baju je tengok-tengok husband dah siap tapaukan KFC Okeh... Wah bersedia sangat dia bila aku masuk wad kan....
Hari Kedua ~ 30 Mac 2013
Aku bajet lepas Dr pakar check hari kedua tu dah boleh la keluar hospital. Pagi-pagi tu husband call sebelum nak datang hospital dia anya nak bawak apa-apa tak? ada lagi tak barang tak cukup? Nak abang beli selipar tak? Pasal malam tadi dia ketawa tak hingat okeh bila tengok bini dia pakai baju wad tu dengan kasut cantik. I is marah okeh.... Ape ni, ape ni.. Datang je la sini terus, kan nak ambil biniknye ni bawak balik rumah... Biar la pakai kasut cantik ni kat wad, dah nak balik dah hari ni lepas Dr check nanti.. Confident je cakap...


Kasut Chanteq itu
Pagi tu Dr pun datang check.. Dr ni kata ye air ketuban memang banyak pulak.. So dia decide nak buat test kencing manis esoknya sebab tu maybe punca air ketuban banyak... JADI TIDAK BOLEH BALIK!!! Malam kena puasa start 12 tengah malam. Call husband cakap tak boleh balik, beliau kata padan mukaaaaaaaa... Rasakan duduk wad, selalu degil suka sangat makan cokelat, air manis...
Hari Ketiga ~ 31 Mac 2013
Subuh hari dalam pukul 6 pagi nurse datang ambil darah.. Bacaan 4.5 macam tu. pastu kena minum air gula. Mak hai, berbau air gula hospital ni.. Taka tahan den. Dulu masa minum kat KK tak de la bau. Tak tau kenapa kali berbau pulak. memang nak muntah gila masa tu.. Tak tahan sangat. Lepas tu dalam pukul 8 nurse datang lgi ambil lagi darah. aku harap masa tu result okeh la supaya boleh balik rumah..Yiiihuuu...
Tengahari bila nurse datang check lagi, aku pun excited la tanya result.. Nurse cakap bacaan lepas minum air gula 8.6. Tinggi sangat katanya. Habis tu tak boleh balik ke??????? Yeeee... tunggu Dr cakap apa dulu ye... Nurse tanya makan apa semalam sampai tinggi sangat bacaan? Aku cakap makan macam biasa, cuma husband bawak buah mangga yang masak ranum sedap gila babas beberapa biji... Huh terkejut nurse, dia kata buah mangga manis sangt, tak boleh makan banyak. Terus rasa nak tumbuk husband sebb ia yang suruh makan buah bnyak, bagus untuk kesihatan katenyeeeeee...huwaaaaaaaaaa... Maka tak boleh jugak la balik hari ketiga tu...
ORang yang bertanggungjawab membawa pelam manis yang enak itu. Bersenang lenang dia di situ ketika istrinya merengek nak balik rumah.
Dr datang, dia kata dia nak buat BSP test pulak nanti 3 hb. So boleh sy balik Dr? Tak boleh... Nanti sy bincang dengan Dr pakar dulu ye. tunggu awak Dan baby betul2 sihat baru boleh.
Hari Keempat ~ 1 April 2013
Pagi pagi dah kena ambil darah. lengan mak dah mula lebam.. adoi mak sakitnye.. Dalam pukul 9 Dr semalam darang bersama sorang Dr pakar. Dia tengok rekod aku, then kata nak scan lagi petang ni.. okkkkkkkkkk.. Semua Dr pun nak scan perut muncit ku ini.. Petang plak tu, memang tak balik laa aku hari tu kan... call husband dengan sebaknye... Tak de mood dah mase tu.. duk baring je kat katil bermalas malasan sambil baca majalah, tengok movie... Ok kuota internet habis di hari kelima kat wad sebab siang malam layan movie.. Lain kali hospital sediakan la wifi, mesti saya gembira duduk wad lama-lama =)
Kasut Chanteq telah digantikan dengan selipar baru pilihan husband sebab I adalah tidak dibenarkan keluar kan....
Hari Keempat ~ 1 April 2013
Pagi pagi dah kena ambil darah. lengan mak dah mula lebam.. adoi mak sakitnye.. Dalam pukul 9 Dr semalam darang bersama sorang Dr pakar. Dia tengok rekod aku, then kata nak scan lagi petang ni.. okkkkkkkkkk.. Semua Dr pun nak scan perut muncit ku ini.. Petang plak tu, memang tak balik laa aku hari tu kan... call husband dengan sebaknye... Tak de mood dah mase tu.. duk baring je kat katil bermalas malasan sambil baca majalah, tengok movie... Ok kuota internet habis di hari kelima kat wad sebab siang malam layan movie.. Lain kali hospital sediakan la wifi, mesti saya gembira duduk wad lama-lama =)
Tengahari husband datang mmg tak tertahan dah, menangis jua...Tapi sembunyi2 di sebalik bantal.. Husband pujuk, ajak jalan2 sekitar wad, pergi wad kanak2, tengok new born baby untUK sedapkan hati... Petang tu Nurse bawak turun labour room untk scan dengan Dr pakar. ok bacaan air ketuban naik lagi, tapi baby ok, tak ada masalah insyaAllah Dr cakp.. Alhamdullilah.. bajet esok boleh balik la ni..
Hari Kelima ~ 2 April 2013
Lama kan? hari Kelima dah.. nurse pun dah kenal. Aku pun dah bosan tahap gaban berapa hari tak pijak tanah. Lemah longlai je rasa. Macam biasa, Dr datang check pepagi. Dr pakar semalam Dan Dr pompuan yg nak buay Bsp tu. Aku dengan excited la Tanya boleh balik hari ni Dr?? terus Dr pompuan tu cakap tak boleh, sy plan nak buat Bsp Kat awak esok.. so kalau result ok lusa boleh balik.
Terus Dr pakar tu menyampuk. Why tak buat hari ni jugak? So dapat result esok boleh balik dah.. Ye Saya setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...huhu.. Maka start pagi tu akucontrol gila makan supaya dapat result BSP yang elok dan boleh balik. Tangan ni lebam lebam dah kena ambil darah banyak-banyak kali. Dari subuh sampai tengah malam. Tak rasa sakit dah. Rasa bosan mengatasi segalanya...huu..
Hari tu jugak aku berjalan -jalan sambil snap snap gambar sekitar wad bersalin Hospital Kuala lipis ni... Ye la, dah confident sangat last day kan... So ambil la gambar nak buat kenang kenangan.
Bilik saya.. Masa ni akak sebelah katil dah dapat balik dah.. Lagi la syahdu shahdan aku tinggal sensorang kat bilik tu...
Hari Keenam ~ 3 April 2013
Macam biasa pagi-pagi Dr datang. Dan soalan biasa aku, sy boleh balik hari ni Dr?? Tunggu result BSP kejap lagi saya tengok. Sebb last ambil darah untuk BSP aku adalah subuh tadi. Aku dah kembali lemah longlai dah...Rasa macam tak da harap nje nak balik hari tu. Terus pergi mandi. Pastu masa tengah mandi tu, sorang nurse datang, jerit ngan excitednya.. Nor Aini, Nor Aini... Awak dah boleh balik tau hari ni!!! Haaaaa... Yes! Terus mandi sambil bernyanyi riang...huuuu...
Siap mandi, call husband, cakap dah boleh balik, suruh dia datang sekarang jugak walaupun tau prosedur nak keluar wad tu makan masa petang baru siap.. Excited nak balik punya pasal. Siap mandi kaki dah tak reti nak duduk diam. masih lagi berbaju wad warna pink tu, aku jalan-jalan depan kaunter nurse sambil sengih-sengih... 'Excited nak balik nampak???'. 'Eh awak tak boleh balik lagi hari ni, result BSP tak keluar lagi.. tak confirm boleh balik tau'.. Sorang-sorang mengusik I tau... saje nak wat I nangis lagi kan...huuuu..
At last, pukul 3 petang macam tu nurse panggil suruh husband setle kan bil kat unit hasil.. Maknanya aku boleh keluar dah la... Yip yip horeeeeeeeeeeeeeee! Tapi yang tak horeeeee nye, Dr dah bagi tarikh suruh masuk hospital semula 2 minggu lepas tu untuk bersalin secara induce jika aku tak bersalin lagi menjelang minggu ke 39 iaitu 16 April 2013...
Ok habis dah cerita 6 hari 5 malam kat hospital.... dekat seminggu kakak nak menghabiskan entri ni okeh....
Subscribe to:
Posts (Atom)






