Followers

Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Harmoni dan Berhemah Dalam Dunia Blogging

Semua orang ada pemikiran masing-masing, ada pendapat masing-masing ada pandangan masing-masing. Dan setiap pendapat itu selalu dirasakan betul dan terbaik oleh si pemberi pendapat. Aku juga macam tu. Tak semua benda yang orang lain buat aku setuju atau suka. Dan tak semua perkara yang aku buat orang suka. Manusia normal yang mempunyai perasaan semestinya ada pemikiran nya tersendiri yang kadang kala berbeza dari pemikiran orang lain.

Manusia itu diciptakan unik dapat berfikir dari perfektif yang berbeza-beza. Contoh yang paling simple, aku kata warna unggu itu cantik tapi bagi yang sesetengah orang warna unggu itu langsung tak cantik. Satu lagi contoh, ada orang suka tulisan berwarna warni dalam blog, ada orang lebih suka tulisan dengan satu warna sahaja dalam blog.

Kau suka, aku tak suka. Aku suka kau pula tak suka. Tak apelah, itu lumrah hidup bukan? Tapi jangan kerana kita tidak suka, tidak setuju kita terus menjatuhkan hukum, mengutuk, atau membidas mereka dengan ayat yang super menusuk kalbu. Mungkin boleh menegur dengan berhemah tanpa ayat yang menusuk kalbu..?

Aku tiba-tiba nak menulis entri ini lepas terbaca satu entri yang mengkondem/merendahkan usaha orang lain. Biarlah saudara.. Mungkin kamu rasa ia tidak perlu, mungkin kamu tidak setuju, dan itu pendapat kamu dan kamu rasa itu hak kamu untuk bersuara. Its Ok tapi tak perlu lah gunakan ayat yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Pendapat kita tak semestinya betul.

Berblog la dengan berhemah bersama-sama tanpa merendahkan yang lain. Mengulas la dengan berhemah seperti orang yang punya perasan. Hidup harmoni bersama-sama dalam dunia blogging ni. Noboby perfect..

p/s : tetiba rasa nak nyanyi sambil menari lagu nobody wondergirl...huhu =)


Saturday, January 9, 2010

Kau Ade Blog Kau Ingat Kau Bagus?


Kasar je bunyi nye kan. Pernah sesiapa tanya korang macam tu? So ape jawapan yang kamu kamu kamu orang kan bagi untuk soalan sedemikian rupa kasarnya itu? Atau apekah jawapan yang sebaik-baik jawapan untuk soalan yang kurang bijak itu? Fikir-fikirkan dan selamat menjawab. Saja je bagi tajuk yang cam tu. Nak tau pendapat blogger sekalian tentang jawapan yg patut di berikan.

p/s : Update. Soalan ni ade orang ajukan kat aku dengan marahnye.. Masalah & blog tiada kaitan. Aku tak bersalah.. =(

Monday, November 30, 2009

Hari Baru

Yepp! Hari ini aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi aku baru, yang lebih baik dari semalam. Lupakan segala kesedihan, kekecewaan, kejiwaan yang entah ape2 itu yang membuat muka aku berkerut-kerut dan emosi yang tidak stabil..haha

Ok now, mari kita mulakan sesuatu yang baru. Lunch time tadi aku berjalan-jalan ke blog-blog orang untuk mengisi masa lapang. Antara blog yang aku suka baca ialah juskhai. Blog die ni memang banyak info pasal bloging. Terkedu jugak bila baca artikel dak khai ni pasal Top Malaysian Blogger. Die pun ade bagi tips jika mahu menjadi Top Malaysian Blogger mcam die. Elok la siape-siape yang mempunyai banyak masa ni ikut tips2 dia ni. Aku?? Belum sampai seru untuk serius dalam bidang blogging ni.. Sekadar suka-suka macam ni boleh lah. Tapi sok lusa maybe datang semangat berkobar-kobar, tak tahu la pulak kn..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails