Followers

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Aku Percaya KASIH dan SAYANG Itu Ada Bila Aku Merasainya, Bukan Dari Kata-kata


Pernah tak terpikir macam mana hidup kita, macam mana akan kita teruskan hidup bila orang yang kita sayang, orang yang kita kasih hilang sekelip mata? Dan lebih lagi orang itu juga sangat kasih dan sayang pada kita.

Kadang-kadang bila orang yang kita sayang ada depan mata, kita tak sedar kita kurang menghargai dia. Tapi bila dia dah tak ada, kita akan rasa sesal-sesesalnya kerana tak menggunakan kesempatan yang ada untuk membahagikan, menggembirakan hidup dia.

Sedar tak kita, Allah boleh tarik nyawa orang yang kita sayang itu bila-bila masa saja? Tidak kah kita kesal jika kita dah tak lagi diberi kesempatan untuk buat yang terbaik pada mereka yang kita sayang? Cuba bayangkan kekesalan, kesedihan, kepahitan, kehancuran hati kita jika hari ini adalah hari terakhir mereka berada di dunia ini....

Tunjukkan kasih sayang itu sementara sempat, luahkan perasaan sayang itu, berikan peluang dia merasa perasaan kasih dan sayang dari kita. Bukan sekadar dari kata-kata... Kasih Sayang itu indah bila kita dapat merasainya.... Oleh itu, tunjukkan kasih sayang kita, berikan mereka peluang merasai kasih sayang kita itu.. Tak perlu kata-kata, cukup melalui perbuatan, melalui tindakan...

Thursday, December 24, 2009

Wanita Dan Angan - Angan



Pernah layan lagu Angan-angan dari Raja Ema? Lagu yang kedua dalam video kat atas ni. Haha..sangat suke lagu ni. Sebab lagu ni sangat-sangat comel. Raja Ema pun sangat comel masa zaman remaja dia kan. Kepada wanita-wanita diluar sana yok kite renung-renungkan bait-bait lirik lagu Angan-angan ni sambil berangan.


Angan-angan

Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan

Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi

(KOrus)
Cari-cari
Tunggu-tunggu
Masih belum bertemu
Hari-hari
Yang berlalu
Meningkat usiamu
Pilih pasangan
Memang tak mudah
Asyik berangan
Tak jadi nyata

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan

Angan-angan
Hanya indah dikhayalkan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan


Ye harus ingat tu Angan-angan, hanya indah dikhayalan, yang harus engkau hadapi, kenyataan.. Hidup ni tak boleh nak berangan je sentiasa ye, kerana hakikat tak semestinya sama dengan apa yang kita khayalkan. Dan tak semestinya si hartawan, yang segak tinggi je yang harus jadi pasangan pilihan kite.. Yang penting kita ada rasa keserasian dan bahagia dengan pasangan kita tu.. Tak gitu kawan-kawan?

Sunday, December 20, 2009

Apa Harus Buat Bila Cinta Lebih Menyakitkan Dari Menyenangkan?


Someone ask me that question. Apa yang perlu dijawab untuk soalan tersebut wahai pakar-pakar CINTA? Perlukah kita..................................

1. Tinggalkan cinta itu dan cari cinta baru yang menyenangkan?
2. Berusaha dan terus berusaha mengubah cinta itu supaya jadi lebih menyenangkan?
3.
Anggap itu sudah takdir hidup kita.Redha dan terima saja ketentuan dan aturan hidup yang telah Allah tetapkan ?



Apa jawapan yang terbaik untuk persoalan itu kawan-kawan? Ada jawapan? Boleh kongsikan?

Wednesday, December 16, 2009

Perempuan, Maruah dan Dot, Dot, Dot


Haiyaa.. hari ni banyak betul terbaca pasal perempuan yang dikaitkan dengan maruah, virgin dan asmara. Mula-mula baca pasal wajar ke tak perempuan kedaraan mereka pada lelaki yang dia cinta. Entri tu aku terbaca kat blog More Than Paradise. Off course la jawapan nye sangat-sangat tidak patut kan? Kalo pun cinta bagai nak mati kat seseorang pun tak perlu la sampai nak serahkan semuanya sampai kau wahai perempuan hilang harga diri, hilang maruah diri. Sebagai bukti cinta la kononnnye. Oii..oii.. nak bukti betul cinta atau tak, kasi kawen la dulu... Jangan la free-free je ko serahkan semuanye.

Ok itu pasal cinta. Yang lebih jelik, ada juga yang buat tanpa cinta. Untuk apekah?? Mengapakah? Bagaimanakah?? Ni aku baca dalam Berita Harian hari ni okeh, tajuk dia Aksi Remaja 14 tahun Terbongkar. Cerita pasal rakaman aksi budak ni tengah buat projek dengan 5 orang lelaki kantoi di tangan family dia sendiri. 5 orang ye kawan-kawan, L-I-M-A, sebut betul-betul okeh. Dan rakaman tu kantoi lepas salah sorang famliy dia jumpe video tu dekat talefon budak tu sendiri. Atas dasar apakah itu? Cintakah? Cinta kepada 5 lelaki? Atau cinta kepada nafsu? Atau dia dipaksa?

Owh..dunia..dunia.. Ya Allah ya Tuhanku, Semoga aku, ahli keluarga dan kawan-kawan aku di pelihara dan dijauhkan daripada terjebak dengan semua itu.. Amin..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails