Followers

Showing posts with label cokelat langkawi. Show all posts
Showing posts with label cokelat langkawi. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Honeymoon @ Langkawi Day 1

Ikut hati malas la nak pecah-pecahkan cerita ni kepada bab bab tau. Nak je letak semua gambar dalam 1 entri. Tapi disebabkan banyak nau gambar sampai tak terkira, so biarlah di ceritakan ikut kronologi okeh. Hei, gambar kawin tak upload lagi dah sibuk cerita pasal honeymoon kan? Ala rilek la, gambar tak dapat lagi dari photographer... =)

Baik, cerita dimulai.. Kami bertolak dari Pahang hari selasa petang. Tapi tak direct ke Langkawi terus. Kitorang singgah Pulau Pinang dulu, sebab dah malam kan, so stay la sana dulu. lagi pun ade orang tu teringin sangat nak naik jambatan pulau Pinang tu. So pagi rabu kitorang gerak ke Kuala Kedah dari penang. 

Aku dari dulu memang suka negeri negeri belah utara ni. Pasal pe? Pasal kalau dari highway kan, view die sangat la menenangkan, kampung, sawah padi... Aku suka sangat. Since aku belajar kat Matrik Penang dulu la. Pernah dulu masa berkawan lagi dengan husband aku ni, aku cakap kalau bleh nak cari bakal suami orang penang. Best. Nanti ade kampung yang ade sawah...hehe. Die still ingat lagi aku pernah cakap macam tu...


Kitorang sampai Jeti Kuala Kedah dalah pukul 12 tengahari. sampai je terus cari feri. Sekali feri yang ada pukul 1.30 petang. Hadoyai.. Masa tu rasa nak marah je. Sebab dah membazir setengah hari tau sebelum sampai langkawi. Patutnya dalam plan pukul 12 tengahari tu dah sampai langkawi dah, maksudnya kena sampai jeti pagi la dalam pukul 9. Ni la gamaknye teruja sangat nak nek jambatan pulau pinang, sampai lambat bertolak dari sane.. Tapi kakak redho.. Mane bleh marah2 pergi honeymoon..huhu.


Masa ni tengah beratur nak naik feri ni. Excited sangat cik abang saye. Die first time pergi langkawi dan first time jugak ye nak naik pengangkutan air...hahahahahaha. Gelak berlagak sebab ini kali ketiga aku pergi Langkawi dan tak terkira banyaknye kali aku naik feri atau bot... So boleh tunjuk eksen sikit kat die. Kebanyakkan aktiviti kat Langkawi aku dah plan siap-siap dah. Sampai nak pergi mana, lepas tu nak pergi mana, nak makan kat mane..


Ok akhirnya ade gak ga,bar aku kan. Seriously dalam camera memang banyak gambar die je. Aku kurang la. Sebab dah boring amik gambar kat Langkawi.. Hahahaha.. .berlagak lagi kan. Tapi sebenarnya aku teruja nak pergi Langkawi lagi sebab nak sangat naik cable car tau. Tu yang buat aku eager sangat nak pergi sana lagi.

Ok dalam pukul 3 macam tu kitorang pun sampai la kat Langkawi tu. Sampai-sampai terus makan tengahari kat Jeti Kuah tu. Punya la kebulur sebab pagi cuma saarapan roti sorang sekeping je. Dah petang baru sempat nak makan kan... Lepas makan maka bergerak la kami ke hotel. Dah siap booking awal-awal dah. Kitorang stay kat Bella Vista Resort and Spa. Dekat je ngan pekan Kuah. 


Nah, ni view aku snap masa nak naik lif dari lobi hotel.. Mengadap laut. Santek kan? Tenang gila rasa. Seronok sangat-sangat.  Tak percaya? Tengok la betapa serononnya encik abang saya kat bawah ni ha.. Gambar bawah ni view kat tingkat 3. Bilik kami la.. Gembira sangat sampai macam tu gayanye. Tepuk dahi je la binik dia. =)





Konsep macam istana kan? Macam istana pasir pun ada. Oh lupa, lepas makan kat jetty Kuah tu, kitorang pergi cari kereta sewa pulak. Untuk pusing-pusing Langkawi. Hey, dari sebelum nikah lagi selaku ketua rombongan, aku plan nak sewa viva je tau. Ye la, nak jimat kan. Lagipun berdua je kan. Tapi tapi tapi tapi.... Encik abang saya tu kata, kalau amek kereta kecil, dia malas nak bawak jalan-jalan, duduk je hotel. Kalau kereta best, baru la best nak bawak jalan-jalan. Geram sangat! Boleh main ugut-ugut kan..


Dan akhirnya dia ambil Honda City dengan gembiranye. Pastu aku pulak ugut dia, malam nanti abang tidor je la dalam kereta... Ok lepas berehat kejap pas check in tu kan, petang kitorang keluar la sekejap. Pendek je masa kan. So petang tu sempat pergi cari agen untuk buat Island Hopping esok pagi. Alhamdullilah memang senang je nak cari. Berlambak kat Jetty Kuah tu. Tapi kena pandai pilih la, harga beza-beza. Ade mintak RM40, RM35. Aku dapat yang RM 30.


Lepas tu kitorang pergi dataran helang. Macam biasa lah, siapa lagi yang teruja nak ambil gambar kalau bukan dia kan..hehe =). Maghrib kami balik hotel semula. Mandi, smeyang siap-siap dan malam kitorang pergi pekan Kuah pulak. Shopping cokelat siap-siap malam tu. Kat Haji Ismail Group. Dah habis shopping, masuk kedai depan Haji Ismail group, rupanya cokelat kat sna lagi murah tau. Terus menyesal kejap..huhu. 

Lepas shopping kat pekan Kuah, kitorang ke pantai Chenang pulak. Cita-cita pergi sana nak makan seafood fresh la katanye. Ramainye la umat manusia kat pantai chenang tu kan. Cari cari kedai, akhirnya, jumpa la satu kedai ni yang dekat ngan laut. Tapi tak nampak pun lautnye sebab malam dan kat laut tak de lampu. dengar bunyi angin laut je la.. Dan ini je la yg kitorang makan. Ikan kerapu sweet sour dan tomyam seafood. Ya Ampun mahal kau. Total RM 76.50. Gembira sakan membayarnye....hauhauhauahau...


Lepas makan tu gerak la semula ke hotel... Dan tido... krohkroh...huhu.... Habis la cerita hari pertama, tak tau la bile pulak nak sambung cerita hari kedua.... =)

Monday, July 12, 2010

Mak Aih Dangdut Pagi-pagi Isnin Kat Hot fm Buat Aku Makin Berkobar Nak Join Hot fm Panggilan Masyuk

Siapa dengar radio hot fm pagi ni? Amacam segar tak segar kepala layan dangdut di pagi-pagi isnin ni? Sesekali syok jugak tak? Ade rasa nak joget-joget gak ni.. Hehe.. Macam-macam hal la si Fara ngan Faizal ni.. Uit, aku tak sabar nak join hot fm masyuk. Start minggu ni kan? kan?

Walaupun tak pernah menang, tapi tetap nak jugak join. Mane tau boleh dapat rezeki terpijak, sape tau kan. Tak de salahnye mencubanye jang oii..



Cakap pasal macam-macam hal ni kan, ape kes ade keyword lucah-lucah masuk blog aku lagi ni.. Tak suka i nyah... Blog ni suci okeh. Penuh dengan entri makanan mengiurkan dan baby-baby comel gebu sahaja... Lucah-lucah tak ade okey..

Eh semalam lagi dasyat, ade orang cari gay gebu Langkawi... Mak aih.. Orang pergi Langkawi nak naik cable car, dia nak cari gay gebu pulak... Macam-macam hal laaaaaaa.

Ok ee ahh ee aah ee ah ee ahh eek... <-- Lagu mas idayu sedang rancak di Hot fm ketika ini =)

Tuesday, June 15, 2010

Cuti-Cuti Langkawi Hari Kedua Penuh Emosi


Hari kedua kat langkawi, pagi-pagi lagi staff De Baron Resort dah bikin kami panas. Ade ke patut masa kitorang tengah nak ceduk makanan dalam pinggan masa breakfast dia boleh cakap kitorang tak boleh makan kat sini sebab rombongan kami tak ada tempah untuk breakfast ni.

Ok fine, kami keluar dari cafe tu tapi boleh pulak si mamat staff tu cakap kat mak aku breakfast kat sini beharga RM 30 seorang tau dengan nada yang sangat la #$%^&. What the fish! Ingat aku tak mampu bayar? Biadap punye kuli. Geram aku.

Bila ketua rombongan bincang dengan orang atas resort tu, baru tau yang ada salah faham yang mane, staff resort yang urusankan masa kitorang booking bilik tak masukkan sekali breakfast untuk hari tu WALAUPUN telah terang-terangan breakfast tu dah termasuk dalam list! sSangat hampeh kan?

So lepas setel kitorang pun makan la. tapi masa tu my mak cume makan sekeping roti jek. Mati selera dia cakap lepas kena tegur ngan kuli biadap lagi bodo itu. Siapa tak kecik ati weh baru nak ceduk makan orang tegur tak kasi makan. Paling-paling pun biar je la orang makan lepastu harga masukkan je la dalam bil terus, orang bayar la.

Kalau aku la bos si kuli bodo tu, mau aku selam-selam die kat pool depan tuh. Huh

******************************** Tamat cerita emosi ***************************************

Baiklah, hari kedua diteruskan dengan aktiviti naik bot lagik. Kali ni ke Kilim Geoforest Park. Untuk ke tempat ni kena naik bas dulu, jauh jugak dari resort. Sampai je naik bot terus. Antara tempat yang diorang bawak pergi adalah gua kelawar, tempat sangkar ikan nelayan, tempat helang banyak gila dan juga pulau-pulau sekitar situ. Macam-macam pulau.

Kat atas bukit tu, korang nampak tak batu bentuk kura-kura? kalao tak nampak, alamatnya dah dekat............................ la tu.. haha

Ok next ke sangkar ikan nelayan pulak. Yang ni aku tak heran sangat pun sebab aku biasa dah tengok kat kampung aku bila balik kampung..hehe

Ape ntah nama tempat ni. Tapi dia macam lubuk helang la. Banyak gila helang kat sini. Pakcik bot siap baling kulit ayam ke laut pastu helang-helang ni pun turun amik dan makan kulit ayam tu, so bolehlah tengok dengan dekat.. Helang besar-besar gabak tuh.

Lepas tu, tempat paling aku ingat sampai bila-bila, Gua kelawar. Best memang best. First time ni masuk gua. Tu yang excited semacam, jadi orang pertama masuk macm ketua rombongan, lepas tu ada ulat bulu terjatuh cinta dan landing atas kepala aku, baik punya landing.

Akibatnye, sampai sekarang jari masih gatal sebab kuis ulat bulu pakai jari, punya la bijak kan.. Nak tau cerita lanjut pasal ulut bulu ni, boleh baca kat entri ni.

p/s : Mak hai, gila panjang entri ni.. Dah macam blog Zack Zuhairi pulak..haha

Sunday, December 20, 2009

Saya Jua Mahu Bercuti

Langkawi...Huuuuuuuuu...

Hujung-hujung tahun macam ni, mood mahu bercuti memang melonjak-lonjak dalam kepala. Teringin sangat nak pergi Langkawi. Jalan-jalan ke blog orang, terbaca plak enri pasal percutian seorang akak ni kat Langkawi. Best sungguh.. Huwaaaaaaa..saya jua mau cuti-cuti Malaysia kat Langkawi.. Ape yang best sangat kat Langkawi ni? Macam la aku pernah pergi yang nak cakap best sangat tu kan.. Ntah la, walaupun tak pernah pergi, tapi keinginan tu meluap-luap la..

Kalo sebut pasal Langkawi, yang pertama dalam otak ialah cokelat..hehe. Sebab orang kalo balik dari Langkawi mesti bawak cokelat sebagai buah tangan.. Lepas tu cable car la, makam mahsuri la, Dataran Helang semua tu buat aku rase teringin sangat nak ke sana. Bila agaknye rezeki aku nak sana...


Cokelat yang menggoda - Gambar sumber dari blog tr33gonometri


Cokelat yang menggoda lagi - Gambar sumber dari blog tr33gonometri

Juga teringin nak ke sini..

Bukan tak pernah plan ngan menber-member nak pergi cuti-cuti Malaysia ramai-ramai, kasi meriah gitu.. Tapi masalah la pulak bila masing-masing ade destinasi pilihan sendirik, haru nak berebut-berebut pilih destinasi. Ok fine. Susah-susah sahaye pergi sorang-sorang je k nanti membawa diri dan hati yang duka lara ini..hehe

Siape ada pekej-pakej best untuk holiday ke Langkawi??

p/s : Ade orang tu cakap nak bawak kite cuti-cuti Malaysia Kat Cameron Highland, tapi haram, tunggu-tunggu tak jadik2 ni sampai sekarang.. (Pesanan untuk orang itu : Sila terasa OKEH..huhuhu)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails