Followers

Showing posts with label hina sultan johor. Show all posts
Showing posts with label hina sultan johor. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Aduka Taruna Dan Kemangkatan Sultan Johor

Hari ini rasa cukup panas. Mungkin aku terlambat sedikit mendapat berita pasal kebiadapan seorang blogger tempatan ke atas Almarhum Sultan Iskandar sultan Johor. Tapi sebagai anak jati negeri Johor yang masih lagi berkabung atas kemangkatan baginda Almarhum Sultan Iskandar, tetaplah aku terasa tempias daripada si blogger yang tak beretika ini. Entri si blogger Aduka Taruna yang bertajuk "dah mampos buat cara mampos la" tersangat la BIADAP dan KURANG AJAR. Entri Aduka Taruna itu secara langsung menghina dan mengutuk kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

Setakat hari ni dah banyak laporan polis yang di buat ke atas kebiadaban Aduka Teruna ini untuk mengheret dia ke muka pengadilan. Walaupun sudah meminta maaf dan membuang entri yang menghina itu melalui blognya itu, tapi rakyat Malaysia masih terus menerus mengutuk tindakan AdukaTaruna ini dan berharap dia akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hukuman yang akan memberi pengajaran dan menyedarkan dia tentang cara menghormati institusi Raja Melayu kita dan kesedaran untuk menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia dan rakyat Johor khasnya.

Terlajak perahu boleh di undur, tapi kalau terlajak kata...? Sendiri mau ingat la..

Sekian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails