Followers

Showing posts with label holiday bangkok. Show all posts
Showing posts with label holiday bangkok. Show all posts

Monday, November 11, 2019

Cuti-Cuti Bangkok Part 4 : Makanan Best Kat Bangkok

Adoi sampai part 4 ye cerita ke Bangkok. Tak habishabis. Ok lah ni la final partnya. Aku certia pasal makanan-makanan yang best makan masa kat Bangkok. Dan Thanks a lots kepada makanan makanan ni sebab buat aku sedar diri dengan berat badan aku lepas balik Bangkok lalu terus start diet lepas balik Bangkok tu..Wahaha. 



Pulut Mangga Restoran Usman Thai Muslim Food. 


Pat Thai Restoran Usman Thai Muslim Food.


Tom Yum Kung Restoran Usman Thai Muslim Food.


Ice Coffea, Green Tea & Thai Tea Restoran Usman Thai Muslim Food.



Next, Yana Reataurans 


Tak sempat snap 1-1 hidangan sebab kitorang lapar amat lepas balik dari Floating Market. 2 Jam pergi, 2 jam perjalanan balik. Memang lapau bebenau dah masa tu. 



Sis lapar sampai tertidor kat situ..hahaha 


Ice Coffee, Thai Tea, Green Tea & Ice Lime kat Saman Islam Chatucak Market. Masa ni first time la rasa ice coffee kat Bangkok ni, terus repeat hari2. Weh sedap gila ok ice cofee kat bangok ni. Kat kedai makan sedap, kar 7e pon sedap! Should try ok. 


Seafood Fried Rice Saman Islam Bangkok



Banana Pancake ni dari mula planning g bangkok aku tak teruja pun nak rasa. Tak tau la ape yang budak2 ni suka sangat. Tapi bila dah rasa sendiri, mak aiii sedap ek rupanya.  Kena betul combination pisang dan nuttela tu. 



Baby Nenas night market


Ok dengan itu, berakhirlah entry pasal Bangkok sistur... Semoga ada rezeki pergi lagi dan trip lagi ke lain destinasi bersana geng ketam sis ni. 



Wednesday, October 9, 2019

Holiday Kami Ke Bangkok 3D2N Part 2 ~ Chatucak Market


Lepas je simpan beg kat Hotel, kul 9 pagi lebih kitorang dah gerak ke Chatucak Market. Pergi sni naik MRT. Dalam berapa stesen sampai dah. Bestnye pergi pagi pagi sebab orang pun tak berapa ramai plus cuaca pun redup lagi. Seronok la berjalan. 

Masuk masuk chatutuak tu memang rambang mata, banyak gila kedai weh. Barang pun harga ok. Sebenarnya kat sini paling murah kot kalau nak beli buah tangan, baju baju dan sebagainya. Aku menyoping gila jugak lah kat sini. Tapi tu pun rasa macam menyesal tak beli semua buah tangan n baju baju budak kat sini sebab hari esok nya, bila pergi mall dan night market lain pun tak dapat harga macam kat Chatucak. So kesimpulannya kalau korang nak pergi Bangkok, memang wajib beli barang kat sini dulu. Semuanya termurah dari tempat lain. 


Kedai pertama kitorang cari kat Chatucak Market ni ialah kedai makan Saman Islam yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Kedai halal, menu dia semua sedap weh. Memang harga mahal sikit tapi percayalah memamg berbaloi. Sebab apa, sebab portion dia sangat banyak, lepas tu mewah dengan rencah. Macam aku dengan ain order Nasi Goreng Seafood, memang berlambak lah dia punya seafood. Mula mula food sampai kitorang dah garu kepala adoi banyak gila portion dia. Tapi last2 habis licin ye kami makan sebab sedap! 



Pat Thai, Nasi goreng Nenas, Nasi goreng seafood kami. 


Air semua sedap oiii. Eh ice coffea kat thai ni semua sedap. Hari hari aku minum. Tak cukup kat kedai, balik hotel mesti singgah 7Eleven tapau lagi Ice Coffea..Wahaha. 


My nasi goreng seafood. Nasi ngan seafood sama banyak. Klaau kat Malysia, ko order nasi goreng seafood, tu doa udang 2 ekor, sotong 3 ketul. Yang ni puas. Nasi habis, seafood tak habis habis lagi. 


Pat Thai. Segala ketam, udang sotong semua ada. 


Ni aktiviti paling lama kitorang buat kat sini. Memborong Passport cover custom made. Memang harga paling murah kat Bangkok kat Chatucak ni lah. 60bath je weh. 


Budak ni paling banyak paw aku kt Chatucak. Lengap dengan Jam, Boxing dia ni sekali. Ape lagi ntah.. Eee geram je. Pastu ibu ko dah sedap sedap shopping dia mengaruk nak tido. dh kene berdukung. Masa tu la rsa nyesal tak bawak stroller..wahaha. 


Kat Chatucak ni banyak kedai makan yang halal. Sambil menyoping, sambil beli makanan dan minuman kat sana. Aiskrim kelapa memang sedap weh. 


Pastu kitorang raht jap kat 1 cafe ni. Order minum. Air pelik pelik je nama. Tapi sedap.  Sambil rehat tu, masing masing buat terkejut kira duit masing masing yang lebur kat chatucak. Padahal baru first day, dan first tempat shopping ni. Wahaaa.. boleh ke survive untuk hari ke2 dan ke3 nanti... 



Habis Shopping! Adam ketiduran. Gigih ya aku dukung.  Ambik gambar sat kat Signage Chatucak Market ni. 



 Lepas tu kitorang nak ke Termall 21 Mall Bangkok. Mula mula nak naik train lagi. Tapi kami tergoda pula nak naik tuktuk. Yang ni paling tak boleh belah. Dah la kami ni ber5  badan selebar alam, dia pergi sumbat dalam 1 Tuktuk. Walaaaa... Ape lagi, memang havoc la dalam tuktuk tu speanjang perjalanan. Ketawa mengilai je la kejenye.. Malu satu hal semua orang duk pandang. Oh maii jauh gak ok dari Chatucak tu nak ke Mall tu. 20 minit. Dan 20 minit tu la kitorang tak berenti ketawa dalam bersempit sempit tu haaaa. 



Look at this guy! Nisak smpai macam tu ha. Ngeri aku tengok, takut tercicir dalam perjalanan. Aku, ain n fara dan macam sandwich duduk kat seat tu bergesel peha.  But ni la antara pengalaman manis kot kat Bangkok, macam nak ape ketawa selama 20 minit naik tuktuk ni. 


Sampai kat Mall diorng sambung shopping lagi. Aku ngan nisak cari kerusi rehatkan bontot sambil tunggi diorang... 


Continue Part 3... 



Saturday, October 5, 2019

Holiday Kami Ke Bangkok 3D2N Part 1

Last month, 7-9 Semptember sis berholiday dengan kawan-kawan MRSM sis aka ahli-ahli Kelab Keliwon kat whatapps. Haha. Kitorang BFF yang still BFF dari mrsm sampai la sekarang. Hari hari menceceh kat group. Plan kejap je. Decide tarikh pastu terus beli ticket and book hotel. Semua kami berlima + 1 (adam). Aku sorang je bawak anak, bawak sorang anak la, bukan 3-3..haha. Sebab kesian pulak nak tinggalkan semua kan. So bawak Adam yang memang dah lama berzikir nak naik Kapal Terbang. 


Flight kami 6 September 6 pagi lebih. Jadi seawal 4 pagi dah gerak dari rumah Azie ke KLIA.   Dan sampai kat Airport Bangkok pukul  7.30 pagi Waktu Bangkok. Bangkok lewar sejam dari Malaysia. Perjalanan ambil masa 2 jam 15 minit dari KLIA ke Bangkok. 


Adam yang mengantuk kena bangun mandi pagi pagi buta for the first time.  Nasib baik mood dia ok sebab masih super excited nak naik kapal terbang. 


Me also excited juga sebenarnya sebab dah lama tak naik flight uolls. Last naik masa zaman kerja dulu la. Tu pun ulang alik JB-KL jerrr.  Seronok sis tengok awan dari flight ya. Rasa macam kat kayangan gitu. Haha. 


Dan this budak adalah yang paling excited semestinya. Ibu order nasi lemak untuk dia alas perut dalam flight. 


Alhamdullilah 2 jam kemudian selamat kami sampai Bangkok. 


Inilah kami Berlima + 1 dalam trip bangkok ni. Azie, Ain, Fara, Nisa, Aku and Adam. 



Semenentara aunty - anty booking grab ke Hotel, kami selfie dulu naa.




 Welcome to Thailand katanya



View Bangkok masa nak sampai


Kami naik grab ke Hotel. Resort V Mrt Huai Kwang.  Puas cari bilik yang muat untuk 6 orang sekali. Senang kami nak membawang sebelum tidur sama sama kan . Akhirnya dapat.  Yang best lagi, hotel ni depan 7 Eleven. Tau je la &e kat Bangkok ni memang macam macam ada. Kat situ je dah banyak habis. Belum bab shopping lain lagi. wakaka. Hotel ni Alhamdullilah best, bilik besar, dengan 3 katil superQueen yang cukup selesa. Nisak sampai ke sudah duk puji katil dia sedap, katil dia best dan puas tidur. 


Adam yang excited tengok kolam depan hotel. Kami tak check in lagi sebab masih pagi kul 8 lebih sampai hotel. Just drop beg bagasi semua. Sebab nak buat misi pertama shopping kat Chatutacak Market jadi kena la tinggal beg dulu tak kan nak heret berat berat kan. 

Ok Chatucka Market kami cerita dalam part 2 nanti ya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails