Followers

Showing posts with label kain net veil. Show all posts
Showing posts with label kain net veil. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Veil Nikah

Hari tu dah upload kat facebook masa proses buat veil ni. Tapi just satu gambar je la. Oh btw, hari ni rasa tak de mood sangat-sangat. Walaupun hari nikah cuma lagi 9 Hari, tapi ntah lah... akhir-akhir ni rasa tak happy. Jadi oleh kerana mood ke laut, maka malas la aku nak taip panjang lebar... Layan kan je la gambar ye.


Ni la gambar yang di up ke facebook tu. Ramai yang suka dan ada jugak yang tak suka. Katanya menunjuk sangat, semua nak tunjuk. Oh, sentap sangat. Biar la nak tunjuk apa yang menggembirakan hati kan. Tak kan nak tunjuk gambar tengah meratap sedih? What ever la....


Yang ni gambar malam tadi. Yang betul-betul dah siap. Malas la nak try pakai sendri. Pakai kan untuk si gemok ni je la.


Ok last picture, fresh dari ladang... Oh sempena siapnye Veil nikah ni, aku nak ucap terima kasih la kepada Encik google, blogger -blogger bride to be dan bekas bride to be yang banyak memberi idea dalam belog diorang dalam penghasilan veil nikah ni... 

Dari korang la aku tau yang kain net tu bukan semua boleh buat veil, apa itu border lace, cara buat veil ni semua.. So kepada bride to be yang  lain, yang rajin nak DIY veil sendiri, rajin-rajin la google okeh... Kalau ade request cara buat veil ni. aku akan buat la satu enrti khas nanti ye tutorial DIY veil nikah ni... 

Satu je nak cakp, bila dah siap buat sendri ni, rasa puas hati gila babas tahap infiniti. 

Sekian terima kasih daun keladi, kalau rajin sila datang lagi =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails