Followers

Showing posts with label kebaikan sains komputer. Show all posts
Showing posts with label kebaikan sains komputer. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Fakta Dan Auta Tentang Bidang Sains Komputer

"Ape? Course Sains Komputer? Tak bagus la.. Susah dapat kerja. " Tu ayat beberapa orang yang mendownkan aku masa aku beritahu keputusan UPU aku dapat cos Sains Komputer 6 tahun lepas. Masa tu rasa down gile, dah la dapat cos yang tak minat, lepas tu orang cakap macam tu plak. Tapi aku gagahkan juga masuk UTM dengan cos tu.

Pejam celik pejam celik tamat 3 tahun belajar. Alhamdullilah, masa final sem tu, masa final exam aku dapat panggilan temuduga kerja. Dan paling best, aku di pilih dan start kerja sehari lepas last paper final exam..haha.. Masa tu aku ketawa dalam hati. Ketawa tu aku tujukan kepada orang-orang yang kata aku mesti susah dapat kerja bila habis belaja dulu tu...

Dah terbukti silap kata budak Sains Komputer susah dapat kerja. Cuba bukak jobstreet, bidang ape yang berlambak jawatan kosong? Bidang Sains Komputer, IT la antaranya. Yang susah dapat kerja tu mungkin kurang skill, terlalu memilih, atau tahap konfiden kurang... Sekarang kena bersaing dik, berusaha untuk meningkatkan diri. Masa belajar bila buat projek jangan nak copy atau upah orang buat sistem, lingkup ko nanti.

Ok, pernah sekali tu, ada sorang member aku ni, dia baru nak sambung degree, dulu dip dia ambil eletronik, masa belajar elektronik tu di jatuh cinta dengan programming, so degree dia nak ambil sains komputer. Bapak dia marah, "kalau setakat nak blaja komputer tak payah masuk u pun boleh.." Sampai hati bapak kan.

Kitaorang amik sains komputer ni bukan belajar microsoft word, power point sume tu tau bapak. Kami belaja programming, kami buat software, kami develop system dan macam-macam lagi yang berkali ganda x 1000 lebih rumit dari word, power point tu sume. Ingat senang? Sampai botak-botak kepala sebab keguguran rambut akibat stress buat coding tau.

So kepada bakal-bakal graduan Sains Komputer, jangan la adik-adik risau atas pandang rendah orang-orang yang tak tau pasal bidang kite ni. Sumpah diorang tak tau, tu yang memandai cakap je tu. Belajar elok-elok, develop skill semaksimanya masa belajar supaya boleh demand gaji bila kerja nanti. Jangan main-main, gaji orang IT tu boleh tahan lumayan kalau punya skill yang mantap!!

Dan kepada orang luar bidang Sains Komputer, jangan pandai-pandai cakap kalau tak tau. Semua orang ada kelebihan masing-masing, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain.

p/s : Dulu tak suka, tapi sekrang rasa best gile dukung beg laptop pegi balik kerja.... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails