Followers

Showing posts with label kenangan zaman sekolah. Show all posts
Showing posts with label kenangan zaman sekolah. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Ini Lah Aku Di Zaman Menengah Rendah

Gambar kelas sewaktu tingkatan 3A. Malu malu duduk sebelah cikgu bujang En zaid idaman ramai masa tu.. Sebagai Penolong ketua kelas. Rasa macam bersanding pun ada.. hehe.

Gambar kelas masa aku tingkatan 2. Curi gambar dari facebook sharmilla a/p subramaniam. Aku adalah gadis tudung berdiri yang paling tinggi itu. Maisarah sedang tunduk malu =)

Comel pulak tengok gambar-gambar ni kat facebook kawan-kawan. Nostalgia sungguh. Walaupun cuma 3 tahun belajar kat sekolah ni, tapi memori tetap fresh di kepala. Kelas memang ramai cina, sekolah pun di dominasi pelajar cina. Masa form 1 lagi sadis. Cuma 4 org gadis melayu dalam kelas aku..huhu

Bahasa campur-campur memang sebati. Teringat lagi dialog Poon Chan Pooh si bendahari kelas di makmal sains.

"Cikgu, saya tak tengok! Saya tak tengok la cikgu! Sangat kecil... Saya tak tengok!"

Sebenarnya maksud dia adalah saya tak nampak cikgu. Tulisan cikgu kecil sangat. Kau buat satu makmal hiruk berdekah ketawa okeh chan pooh. Dah la panggil aku nolani gani. Aku ialah Nor Aini okeh. Dengung kena lebih bila sebut nama aku. Nor Aini, bukan nolani.

Sadis. Aku dan kawan baik, Maisarah pernah kena marah dengan cikgu Krisnan sebab tulis "i love u Fong Sai Yuk!!" kat kertas conteng. Tak tahu apa dia pikir. Fong Sai Yuk adalah hero drama cina yang kami gila-gilakan okeh masa tu. Dia siap rampas kertas conteng tu.

"Saya bawak kertas ini ke pejabat tahu!" Bawak la cikgu.. Tu la akibat tak ikut perkembangan drama semasa. Fong Sai Yuk dia ingat boypren aku gamaknye. Fong Sai Yuk pun tak kenal.. Ape da...

Haaaha..kenangan.. kenangan...

p/s : Maisarah ko suka kutip adik angkat sana sini kan masa kat sekolah ni dulu..huhu

Monday, February 22, 2010

Aku Rindu Zaman Itu....


Rindu nak ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata melayan karenah kawan-kawan kelas 504 yang kepala gila-gila dan ceria itu.

Rindu nak masuk kelas pagi-pagi buta, lepas tu sambung tido ramai-ramai dengan diorang sampai lonceng perhimpunan bunyik.


Rindu nak pergi prep malam, borak-borak sakan, cerita pasal raya kat kampung masing-masing, pasal nak makan pe bila cuti sekolah nanti, cerita gosip terhangat kat maktab.

Rindu dengan suasana menjelang SPM kat kelas.. Meja masing2 menimbun dengan buku... Walupun sibuk dengan buku, gila tetap ada... =)



Rindu nak lepak umah warden menghabiskan segala yang ada dalam peti ais dia.. Seronok sangat. Terima kasih cikgu Adam dan isteri yang sangat sporting dengan kami.. =)


Rindu nak outing dengan kawan-kawan ke pekan pontian. Naek bas ramai-ramai, then beratur ramai-ramai kat ATM BSN keluarkan duit, jalan-jalan ke pasaraya senyum pastu makan kat KFC. =)

Rindu nak bergaduh-gaduh dengan budak-budak kelas sebelah time pertandingan menghias kelas. Gaduh mengalahkan budak form 1. Budak form 1 pun tak de excited time pertandingan ni.. Apekah..



Rindu nak bermain game-game best masa minggu aktiviti maktab.. Seronok dapat lupakan buku selama seminggu. Masa ni semangat kelas sangat membara dan kami bertambah rapat..


Rindu nak ejek si Yasin yang suka baca majalah hello bollywood sembunyi-sembunyi kat kelas. Bila senior datang, cepat-cepat dia campak majalah tu ke belakang.. Aiseh tak boleh lupa..

Rindu nak makan kat dewan selera.....

Rindu nak balik ke maktab....

Rindu nak sekolah semula.....

=(


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails