Followers

Showing posts with label makan best terengganu. Show all posts
Showing posts with label makan best terengganu. Show all posts

Thursday, March 8, 2018

Bercuti Ke Kuala Terengganu Part II


Woowie.. Indanya nikmat Allah beri. Bangun bangun pagi bukak pintu terus nampak laut. Pemandangan super cantik dari bilik Hotel Primula ni.  Pemandangan kakak bagi 5 bintang. Tapi hotelnya kurang la. Slinding door pun bercapuk, nampak lama, so kalau tutp pintu memang still nampak pantai, tapi sakit mata memandang. Primula Beach Hotel perlu di upgrade. Tapi kaka tak cerewet mana, dah excpect awal dah lepas baca review kat agoda, ramai kata perabot lama, hotel lama. Tapi at the same time ramai puji pemandangan lawa, tempat strategik dan lain-lain lagi. So tak yah cerewet sangat. 


Ok bangun pagi siap siap kita breakfast kat hotel. Menu macam biasalah hotel. Tapi this is Terengganu ok. Orang Terengganu pagi pagi makan nasi dagang, so nasi dagang adalah special menu breakfasr kat Primula Hotel ni. Aku tak makan pun. Huhu.. Ada soto, aku bedal soto. orang johor kan... Harusss. Haha


Lepas breakfast, budak budak pun dah tak sabor nak swimming. Tapi kolam untuk budak budak pun agak dalam la untuk budak bawah 6 tahun. 3 kaki dalam ko. Memang tak jejak kaki la budak tu. Intan pakai pelampung, Adam langsung tak mandi, takut sebab dalam sangat. Aisyah ko tengok la, duk rilex seambak tepi kolam dengan peha gebu dia tu. 


Mengaku superman tapi takut terjun kolam.  Mansi kejap je sebab hujan pulak dah. Malas la nak lenjan budak ni dengan hujan. Diorang ni memang senditif kat hujan. Serik la demam 2 minggu hari tu. Tobat la jangan demam lagoi. Pengsan ibu ko.



So anik bilik, mandi mandi siap lawa lawa semua, kita nak teruskan misi cuti- cuti Kuala Terengganu kita hari kedua.  So seterusnya kita tak nak cakap banyak, layan gambar je ok.


Tempat pertama ialah Masjid Kristal. Majlis Kristal sebelah Taman Tamadun Islam je. Tapi papa diorang malas masuk Taman Tamadun Islam tu sebab dia dah pernah masuk ikut rombongan sekolah dulu. So kita ambil gambar kat area masjid Kristal saja. Cantik sungguh.


Nampak tak bukan senang nak ajak bergambar. Berpeluh ketiak mak kau nak ajak bergambar. Aisyah syok tido dalam carrier. Lepas tu kita pergi Pasar Payang pulak. Tapi  dtak berapa best g hari Jumaat. Banyak kedai tutup. Dapatlah beli perikut kukus RM25, baju baju terengganu,  kain cotton. Haha.. Tak boroang batik pun sebab iolss laki bini bukan kerja kerajaan dan tak minat batik pon.  Lepas tu beli makanan kat bawah. Papa diorg konon nak beli telur penyu, sekali tengok harga dia 4 biji Rm35 terus sengih je tak jadi. Hahaha.. Habis ingat murah macam telur ayam sepapan RM10?? 



Siap membeli ayuh la angkut barang ke kereta. Sementara tunggu papa ambik kereta, aku suruh intan posing laju laju kat dinding kedai area kawasan Pasar Payang tu. Eh elok pulak ekspresi muka intan dengan lukisan lukisan kat situ.  


Menyirap atok tu tengok kegedikkan Intan. Hehe. Intan happy sangat la holiday kali ni. Tak ada moody. Kecuali bila kena buli dengan adam.  Lepas ke Pasar Payang, kita cari makan pulak. Tapi banyak kedai tutup Solat Jumaat. Last2 tapau macdonal je kat anak. Lepas jumaat Misi mencari kedai Celup tepung Pok Nong yang popular. Kita sampai kedai tu pukul 3, Kedai baru buka tapi orang dah start beratur. Kegilaan apekah itu. Budak budak semua kepenatan tido dalam kereta. Aku pergi beratur. Dalam 40 minit macam tu, baru la dapat celup tepung ahkak..hahahah. 


Ambil sotong 2 ekor dan udang 10 ekor/ Total RM26. tengok x tamak kan? Sikit je amik. Tapi salah konsep tu. Patut tamak la lagi. Ambik banyak lagi. Sebab bila dah balik, rasa menyesal tak ambik banyak. Sampai rumah, laki bini teringat ingat celup tepung sedap sedap ni semua! MENYESAL ambik sikit!  Hahaha... serius weh tak tipu.  Sedap. Warung ni pulak tepi laut. Peh.. Seafood memang frsh sangat. Yang makan kat Batu Buruk forst day tu hampeh! Dah la tak fresh, rasanya dia goreng dah berapa kali dah tu. 


Kat depan gerai Pok Nong ada buaian macam ni tepi pantai. Anak anak baru bangun tido. Maka pak dah kenyang bari kejut anak. Hahaha. Alaa diorang mana layan seafood ni. Lagipun diorang dah kekenyangan makan macdonal tadi. Yang dioramg suka main buai macam ni.. 


Angin kuat, ombak pun kuat.  Lepas tu kitorang pun balik ke Hotel dengan perut yang buncit kekenyangan. Rehat kejap je. Pastu kita turun main pantai kat bawah hotel. Best gilaaaaa.  Pantai tak boleh mandi. Ombak kuat dan pantai pun curam sangat weh. Seram. So kita main main pasir di gigi air saje. Tapi syok ooo tengok laut, tengok langit. Balik rumah macam nak gila basuh baju nak hilangkan pasir. Haha



Serunutnya!


My family. 


Malam kita repeat makan seafood kat Kuala Ibai lagi. Ni la kedai dia. Ni pun gambar Intan yang ambik. Gambar makanan tak ambik jugak akhirnya..haha. Punya gelojoh nak makan sebelum Aisyah terjaga dari tidur. Malam tu menu kitoang ;

Kerapu 3 rasa
Sotong Tepung
Telur dadar
Udang Bakar (Besar tapak tangan) 
Nasi Goreng Udang
Nasi Putih  3
Air Buah
Milo Ais
Nes Ais

TOTAL RM80. 

Berbaloi kan harga?  Sedap dan murah. So sape cari tempat makan best kat terengganu, sila la pergi Kedai Ikan Bakar Kuala Ibai ni. InsyaAllah tak mengecewakan.


Ok habis Part II. Tunggu part last pulak. 

Monday, February 26, 2018

Holiday Ke Kuala Terengganu Part 1

Yeay kami baru balik dari cuti-cuti ke Kuala Terengganu pada 22- 24 Februari hari tu. Alhamdullilah percutian 3 hari 2 malam yang indah dan penuh kenangan manis. Kami bertolak pukul 9.30 pagi dari Kuala Lipis ikut jalan Gua Musang - Tasik Kenyir - Kuala Berang - Kuala Terengganu. Tak ikut highway LPT2 tu pon. Sebab jalan Tasik Kenyir ni katanya lagi cepat sampai plus tak ada Tol. Jimat angat dik.. Huhu. Cuma jalan dari Felda Aring ke Tasik kenyir tu agak azab juga la, berlobang lobang. Tapi ok je, sebab pemabdangan Tasik Kenyir yang cantik tu. 


Yihuuu... sampai Terengganu pukul 2 petang. Seronok sangat bila sampai negeri orang yang kita  jarang jejak ni. Masa cari jalan ke Hotel, nampak dah batu bersurat ni. Hakak ambil gambar dari daalam kereta je. Tak koser dik nak parking kereta dan posing kat roundabout tengah tengah bandar ni.  Kami menginap 3 hari 2 malam kat Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. Hotel 4 bintang kononnya, tapi perabut banyak yg usang, tak berapa baru la. Tapi dia punya pemandangan memang win.. Win sangat. Antara sebab akak pilih hotel ni ialah nak view laut yang cantik. Memang cantik dikk.. 


Ni la pemandangan dari balkoni bilik hotel kami kat Primula Beach Hotel tu. Bilik tingkat 6. Ada balkoni. Bukak je sliding door, terus nampak laut. Baring atas katil sambl mengadap laut dik.. Bahagia sangat. Tapi tak boleh bukak sliding door selalu. Ngeri la ade anak anak kecil ni.. Seriau.. So bila bukak slinding door, budak2 memang kita kena control. Takut dia panjat panjat kan. Tengok pool kat bawah tu, budak2 geram la.


Tengok.. Pantang bukak pintu. menyerbu je. tak sabar nak mandi kolam kata dia.  So hari pertama tu, lepas check in kita rehat rehat jap je kat bilik. Lepas tu moh kita ke Pantai batu Buruk cari makanan. Lapar tahap dewa masa tu. Oh Hotel Primula ni dekat Pantai Batu Buruk je. Dekat je. Tapi akak anak 3 ni tak kuasa la nak jalan kaki cari makan kan, kang tak dapat makan, makakn kaki pulak jawabnya..haha

Sampai kat area pantai Batu Buruk tu, terus masuk deretan kedai yang ada jual macam macam masakan. Ada celup tepung, nasi ayam, coconut shake dan masakan panas semua. Banyak gerai kat situ. Tak tau la ape nasib orang kelaparan ni kan, main pilih je kedai, harga kena sembelih rupanya. Nasi Ayam, Nasi goreng, Coconut Shake, Milo ais, Sotong tepung sekor, udang tepung 1 cucuk semuanya total RM50. Dh la udang tak fresh. Terkesima ahkak. Mmg last la makan situ.. 



Lepas makan kita lepak tepi pantai. Main pasir. Anak-anak nak layang layang pulak. Belilah bapak eh sorang satu. Main la dengan gembiranya. Ibu macam biasalah, duk kelek Aisyah kecik tu je. Ko tengok peha Aisyah tu, rasa nak gigit je kan? 


Pantai batu Burok ni cantik, tapi sayangnya tak boleh mandi. Sebab ombak kuat dan bercerun pantainya. Pantai kat hotel pun macam tu. So kita just celup celup kaki, main main pasir jerr.



Posing kat kedai jual layang layang. RM10 satu x 2 anak maka RM20 melayang.. Budak ni bukan tau kongsi kongsi. Kang gaduh. Nah amik sorang satu. Pantai Batu Buruk ni meriah siang malam. Tiap malam kitorang lepas sini. Sebelum balik hotel pun sempat makan ais milo kepal. Teringat ingat kesedapan ais kepal di tepi pantai ni. 

Balik hotel, tukarkan baju budak2 ni dan diorang ikut papa main pantai kat hotel pulak, main pasir bagai. Ibu tak larat pulak nak ikut. Dah kekenyangan dan penat. Pulak tu dah 6 lebih, malas la bawak aisyah kan. So mandikan Aisyah siap siap kat bilik je. Pastu ibu bancuh nescafe layan tepi balkoni sambil tengok pandai.. Pehhh nikmat yang tidak terhingga. ..

Malam kita makan dekat ikan bakar Kuala Ibai. Sangat recommended ya. Servis cepat, makanan sedap, harga pun berpatutan. Tapi tak ada gambar la. Haha. Sebab lapar x sepat amik gambar lalu terus makan kot. Kami order Ikan Siakap bakar, Sotong tepung besar 2 ekor, udang masam manis 10 ekor, tomyam campur, nasi putih, air nescafe, ais limau, milo ais. Semuanye RM75 saje uolllsssss.. Kami terkesima lagi. Terkesima sebab puas hati! Haha. Terus husband kata esok malam boleh repeat sini lagi laaa.  Ok set...


Kita tunggu part 2 di hari kedua pulak ye..

Bye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails