Followers

Showing posts with label mengidam. Show all posts
Showing posts with label mengidam. Show all posts

Saturday, July 1, 2017

Mengidam Laksa


Syukur la aku ni mengidam benda senang senang je dapat. Setakat laksa penang ni, berlambak orang jual kan? Tapi malngnya selalu je tak kena kat tekak. Maklumlah selera mak buyong, memang la lain macam sikit. Memang lain macam sungguh. Contohnya bila beli tu, kuah dah sedap, tapi mee dia pendek-pendek terputus gitu, iolls tak suka macam tu, suka mee yang panjang-panjang, lalu terpotong terus selera.  Kadang tu tak cukup pedas la, tak cukup pekat la. Lalu solution terbaik ialah dapatkan laksa home made by my mom kat JB. Tapi adeh sangat, masa balik raya tu, pasar semua cuti lagi kot lalu ikan pun x banyak kat pasar. Tak dapat la nak suruh mak buatkan laksa. 

Tapi mengidam punya pasal, balik je pahang, aku beria nak buat sendiri laksa. Konon nak kuah pekat, pedas masam, mee panjang-panjang menepati selera gitu. Dan hasilnya akhirnya for the first time di usia 30 tahun ni, mak buyung berjaya masak laksa penang sendiri. Hahahahaha.. ketawa puas hati. Lepas siap masak tu, aku balun sekali 2 pinggan laksa ni, Padah makan gelojoh tak ingat dunia macam tu, terus perut rasa ketat ya ampun. Tu la, excited sangat dapat makan laksa home made sampai tak boleh nak makan sikit-sikit. Perangai sangat kan. 

Macam tu la penangan mengidam. Mengidam ni rasa dia macam ni tau, ko akan rasa nak sangat makan  benda tu. Asyuk terbayang, pastu duk google gambar makanan tu, ko tatap gambar tu sambil telan telan air liur. Bila dah dapat depan mata, kalau kena kat tekak memang ko akan makan la puasa puas kan. Tapi kalau tak berapa kena kat tekak, maka sekadar jamah je la dengan rasa sikit kecewa. (Kes mee laksa pendek-pendek, kuah cair.) 

Actually mengandung kali ni memang banyak benda aku mengidam. Tapi payahnya, tak semua boleh dapat depan mata. kadang benda yang senang pun tetiba jadi payah jumpa time mengidam. Contohnya nak air kelapa. Tak nak air kelapa dalam cawan biasa tu. Nak air kelapa sebijik! Lalu berzikir la kat telinga suami nak kelapa sebijik, nak kelapa sebijik. Suami pulak baru habis shift malam kepenatan, stress dengor bini duk mintak benda yang tak ada depan mata. Lalu mak buyong yang emosi ni terus sentap berjujuran air mata dalam kereta. Bukan nangis sebab tak dapat air kelapa sebijik, tapi nangis sebab kene marah minta benda yang mengidam tu. Dalam hati kata, ape yang susah carikan kelapa muda sebijik, kan duduk kampung, tak ada jual kat gerai, tak kan la tak ade jugak kat rumah orang ke, rumah kawan dia ke kan, kena la usaha sikit cari, tak pun bagi la ayat menenagkan hati contoh macam "Tak pe la, nanti abang carikan". Bukan susah pun kan. Susah lagi mengandung.  Terus rasa tak nak mengandung lagi.

Gitu la mengidam, antara yang dilalui ibu ibu mengendong. Mengandung ni selalin bawak perut , sakit satu badan, tekanan emosi yang berlebih lebih pun antara yang menyeksakan tau. Mohon di mengerti ya semua.. 

Monday, December 2, 2013

Lasagna Punya Cerita

Dah berapa hari dah ni teringin nak makan lasagna. Nak buat sendri la kan.. Meleleh air liur google resepi lasagna.. Oleh sebab hari ni cuti maka husband bawak la ke Raub beli barang keperluan. So misi aku mencari bahan-bahan untuk buat lasagna ni. Ok la semua dapat kecualiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii KULIT LASAGNA... Mak hai.. dari pasaraya Tong Fat sampai la Tunas Manja.. Tak nampak batang hidung dia.. Stresss Mak!

Esok nak ikut husband pergi lipis plak, nak cari jugak. Kalau tak jumpe gak, aku nak balik JB esok jugak! Hahaaa.. Over sangat kan.. Kalau x jumpe, alamatnya segala mozarella cheese, daging kisas, sos prego tu aku letgo buat baked macaroni cheese je la.. Nak sangat lasagna, nanti balik jb ko buat tiap hari sampai muntah.. 

Lasagna... Ooo lasagna... Aku merindumu... =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails