Followers

Showing posts with label milo. Show all posts
Showing posts with label milo. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Maaf! Kerana Terpaksa Membenci Kau.


Memang Allah tak suka kita membenci sesama mahkluk. Aku tau, tapi aku terpaksa. Aku memang tak boleh tengok muka kau walaupun muka kau licin mengalahkan perempuan. Sikit pun tak boleh. Bila tertengok, pasti satu jelingan maut yang kau dapat. Kau tau pasal pe aku tak suke kau? Kau tau kenape aku sangat anti dengan kau?

Kau ingat tak peristiwa masa aku study kat UTM dulu? Kau la punca segala-galanya. Kau tahu tak??!! Kau buat aku fobia, buat aku benci yang amat, buat aku geli separuh mati, buat aku anti dengan seluruh keturunan kau. Kenapa kau tergamak buat aku macam ni..

Kau ingat peristiwa tu? Masa tu aku kan sedang stay up, study sampai pagi. Untuk menyegarkan mata, aku buat air milo. Milo tu aku letak kat tepi meja study. Tekun aku study, aku ta kaco sesiape pun time tu, kenape ini balasan yang aku dapat? Bile tekak kering, aku capai mug berisi air milo tu. Dan pada ketika itulah aku nampak kau! Nampak kau sedang BERENANG DALAM AIR MILO aku!! Apekah??

Kau sangat huduh ketika itu. Dengan warna yang tak de bezanya dengan air milo tu. Di tambah lagi dengan perut kau yang membuncit bagai nak pecah sebab dah kenyang telan air milo aku, sumpah aku geli! Kau, milo berserta mug tu sekali aku campak ke tong sampah. Lepas peristiwa hitam tu, sebulan aku geli nak minum milo kau tau?? Atas sebab ape? Sebab kau la si Cicak!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails