Followers

Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

I Love Makcik Nasi Lemak! Murah Tapi Sedap =)


Selamat pagi kawan-kawan. Hari ni sahaye nak bercerita pasal makanan. Tengok gambar kat atas tu pun tau makanan ape kah itu. Ya, itu nasi lemak. Nasi lemak 2 ringgit di beri nama oleh saye selaku tukang beli merangkap juga tukang makan.

Tengok, ada telur mata lembu sebijik, ikan goreng, fillet ikan, ikan bilis goreng, kacang goreng dan juga sambal. Walaupun diletakkan dalam bungkusan polistrin, tapi nasi lemak ini juga di alas dengan daun pisang bagi menaikkan keharuman bau nya. sangat yummy bukan?

Sangat berbaloi-baloi kan harga dengan lauk pauknye itu? Bukan senang nak dapat nasi lemak macam ni murah dalam bandaraya Johor Bahru ini. Kalau makan kat kedai belakang office tu, nasi lemak, telur goreng mata lembu, sambal ikan bilik dan timun je dah RM3 okeh.

Ada ye gerai lain yang jual lagik murah dari nasi lemak 2ringgit ni tapi tengok la nasinye cuma bersaiz cup a sahaje manakala telur pulak ialah telur dadar
senipis kulit bawang iaitu 1/8 dari sebijik telur yang di dadarkan. Biasanye di jual RM 1.20 sebungkus. Murah tapi tiada kepuasan.

Sekian, entri menunjuk menu sarapan pagi =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails