Hari ni aku nak bercerita tentang satu drama bersiri kegemaran aku iaitu siri drama cina tajuknya My Fair Princess. Drama ni ada season 1 sampai 3. Tersangat la best cerita dia. Masa tu sekolah dalam tingkatan 1 ke tingkatan 2 la macam tu. Memang hot la citer tu masa tu. Setiap isnin sampai jumaat pukul 8.30 malam kat ntv7.
Ya Allah memang aku suke sangat tengok cerita ni masa tu. Tak pernah miss. Sanggup tinggal rumah sorang-sorang tak nak ikut family pergi pasal malam semata-mata tak nak miss tengok 1 episod pun. Kat sekolah pulak sibuk bercerita dengan kawan-kawan pasal episod malam sebelum tu. Masing-masing minat cerita tu. Pernah sekali kena cubit sampai terangkat dengan cikgu sebab duk berbual pasal citer ni dengan member time cikgu ngajar kat depan..haha

Cerita ni best sebab dia mengisahkan pasal dua orang puteri raja dan kisah mereka yang selalu kena denda sebab nakal.Walaupun nakal, hati diorang baik dan mereka sangat comel! Aku dan kawan-kawan siap kumpul gambar pelakon-pelakon cerita ni. Sanggup beli poskad die, gambar-gambar sume. Aku still simpan sampai sekarang gambar Vicky Zoa Wei yang comel tu..

Selain tu yang buat cerita ni menarik adalah kisah cinta dua orang puteri ni dengan kekasih masing - masing. Aku paling suka masa part diorang lari keluar dari istana. Macam-macam halangan diorang tempuh. Best sangat woo.. Selalu geram dengan Maharani dan pembantu dia Rong Mama yang tak habis-habis nak cari pasal dengan 2 orang puteri ni supaya Maharaja benci. Emosi sungguh aku masa tengok cerita ni tau.
Entri pasal ni aku tulis sebab aku teringat masa cuti raya cina hari tu aku ada terperasan drama ni di ulang balik kat ntv7 tapi time petang. Masa tu je la aku sempat tengok. Kalau kat office ni boleh bukak tv, hari-hari aku nak tengok. Aku dah lama nak tengok cerita ni balik tau, selalu search kat youtube tapi yang aku jumpa cerita ni versi dah alih bahasa ke bahasa ape ntah pastu tak de sari kate bahasa melayu pulak tu. Tak feeling langsung nak tengok cam tu.Ada sesiape ade CD atau video cerita My fair princess ni tak? Tak kira la season 1 ke 2 ke 3 ke.. Teringin sangat nak tegok lagi... =)