Kerana apa? Kerana adanya elemen-elemen kurang menyenangkan hatiku di dalam entri terbaru anda. Entri pasal ape? Entri lucah? Politik yang keji dengan makian dan kutuk mengutuk? Entri dengan makanan menggiurkan? Oh tidak.. bukan kerana itu.. Semua itu masih boleh aku tahan lagi.
Tapi kerana entri yang mengandungi unsur kengerian, kegelian yang melampau. Untuk pengetahuan semua, penulis blog ini bukan seorang yang penakut, dia cuma seriau yang melampau terhadap perkara-perkara ngeri yang 18SG begitu. Dia juga mabok darah. Oleh itu sila jauhkan dirinya daripada entri - entri yang super geli itu.
Cukup sekali terkena dengan entri pasal payudara berulat yang tak sengaja aku terlihat hari itu. Cukup! cukup! cukup! Jangan seksa hati dan naluri ku lagi.. Sebulan gamaknya aku berusaha mengeluarkan gambar ngeri itu dari kepala otak ni. Bayangkan la, sampai tengok sirap selasih pun geli dan terbayang gambar ulat tuh.... Adoiii!! Tak nak cakap lagi.. Sumpah takot.. Ops silap, sumpah ngeri okeh.. =)
p/s : Mintak maaf bebanyak yek.. Nanti esok lusa akan ku terjah blog kamu lagi jika entri geli itu dah tak kelihatan di muka hadapan. =)