Followers

Showing posts with label peragut terkencing dalam seluar. Show all posts
Showing posts with label peragut terkencing dalam seluar. Show all posts

Friday, February 12, 2010

Peragut Terkencing Dengar Tembakan


KUALA LUMPUR: Gara-gara ketakutan, seorang peragut terkencing dalam seluar sebaik terdengar tembakan amaran dilepaskan anggota polis ketika dia cuba meloloskan diri selepas menyamun mangsa, semalam.


Difahamkan, suspek terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri kerana ditinggalkan rakannya yang menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Kepong di sini, suspek bukan saja cuba menyamun seorang wanita berusia lewat 20-an, malah turut memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Namun, nasib suspek menjadi malang apabila rakannya yang menunggu di atas motosikal berhampiran kawasan berkenaan memecut meninggalkannya sebaik menyedari kehadiran dua anggota polis.

Menurut sumber, suspek yang panik melarikan diri kira-kira 50 meter, namun dikepung anggota polis terbabit yang menerima bantuan orang ramai.

“Akibat terdesak, suspek terjun dalam longkang kira-kira setinggi lima meter,” katanya.

Puas hati aku baca berita kat metro hari ni. Padan muka kau peragut! Sampai terkencing-kencing kau takot yek. Sebelum tu punye la berani meragut, siap hentak perempuan tu dengan topi keledar. Ee..geram pulak aku ngan orang cam ni. Padan muka.. Bwueeeeeeeek!!!! Menyampah i.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails