Followers

Showing posts with label tips diet. Show all posts
Showing posts with label tips diet. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

Berat Sudah Mencecah 6* Kg Pura-pura Terkejut! Siapa Ada Tips Diet Hebat Dan Berkesan?


Alkisah setelah lebih 6 bulan tanpa mesin penimbang berat badan di rumah, aku pun telah membeli mesin penimbang yang baru dengan harapan semangat untuk menurunkan berat badan semakin berkobar-kobar. Bukan ape sejak penimbang lama tu rosak, diri sentiasa yakin bahawa berat badan still maintain walaupun sudah banyak baju yang aku rasa semakin mengecil <----still tak nak mengaku badan sendiri yang semakin membesar lalu menuduh baju itu mengecil. Cis sungguh.

Maka pagi ini aku pun merasmikan penimbang baru itu dengan JERITAN keterujaan terhadap nilai berat yang di catatkan. Panik, sakit hati, sedih, keciwa. Sampai hati.. Kegilaan terhadap makanan, keterujaan mencuba pelbagai resepi baru, perasaan kasihan melihat makanan yang bergelimpangan di atas meja adalah punca malapetaka ini. Taubat, mahu serius mengubah semua ini.

Kesannya, sedang berguling menonton tv petang tadi, emak kehairanan tiada juadah minum petang untuk keluarga ini daripada aku. Tiada lagi pizza buatan sndiri, tiada kek batik biskut marie, tiada juga donat comel, mahupun roti jala cicah kari. Cukup. Hentikan semua ini. Berat orang dah 6* Kg maakkkkk. Kita perlu hentikan semua ini..... =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails