

Ayuh kawan, ayuh rakan yok kita same-same seiring sejalan join Gengblogger. Gile best tau. Gengblogger ni sebenarnya baru je diwujudkan hasil idea Ben Ashari. Baru 2 minggu. Walaupun baru, tapi dah ramai blogger yang menyangkutkan diri mereka di sini ye termasukla sahaye. Sebenarnya aku pun baru tau pasal Gengblogger ni hari ni lepas berjalan-jalan ke blog orang.
Apa faedahnye korang join Gengblogger ni? Setakat tak sampai 24 jam aku join, yang paling ketara aku nampak ialah Gengblogger ni berjaya meningkatkan jumlah traffik ke blog ini. Selain dari tu, kat Gengblogger ni juga kita boleh ping entri terbaru kita yang mana, setiap entri baru yang kita bebel/tulis akan di view oleh semua geng-geng dalam komuniti Gengblogger ni. Kenyataan ni bagus ye untuk siape-siape yang nak promote blog diorang.
Selain tu jugak, Gengblogger ni juga ada ruangan forum dan chat yang mana membolehkan blogger-blogger melepak bersama-sama, berkenal-kenal dan bergosip..huhu. Oit..oit..malas dah nak bebel banyak-banyak lagi.. Nak tau lebih lanjut, pergi la join Gengblogger tu.. Berbaloi-baloi..huhu.
Lastly, yang penting sekali, aku bangga ada jugak anak melayu yang bijaksana macam En Ben kita menyediakan ruang dan peluang yang sangat-sangat berbaloi-baloi ini. Oit..oit.. ini bukan iklan Celcom okeh..huhu.. Daaa...