Followers

Showing posts with label wanita bekerjaya. Show all posts
Showing posts with label wanita bekerjaya. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

Tips Penting Sebelum Berhenti Kerja Untuk Menjadi Suri Rumah

Masa nak ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah dulu, KekNi akui itu bukanlah satu keputusan yang senang nak dibuat. Macam-macam difikirkan, berbelah bagi, itu ini semua nak kena fikir. Stress sampai sakit kepala jugaklah. Tapi gedebush lahir je Intan ke dunia, KekNi terus tetapkan tekad untuk berhenti.

Antara faktor terkuat buat KekNi nak berhenti kerja dan jadi full time house wife ialah Tak sanggup nak tinggalkan anak dengan pengasuh.  Dengan macam-macam berita dera kat tv kan. Nak besarkan anak KekNi sendiri. Hatta dengan Mak / Mak mertua pun KekNi tak sanggup sebab tak nak susahkan diorang. Diorang dah puas jaga anak-anak diorang masa muda dulu, dah tua ni masa untuk diorang berehat, bukan untuk jaga anak kecil lagi.

So lepas je habis pantang, KekNi naik kerja tarus submit notis berhenti kerja 3 bulan. Lega sangat rasa bila dah buat keputusan tu. Punyalah lama pikir, dari start mengandung sampai lahir Intan tu. So lepas pantang KekNi kena kerja 3 bulan lagi sebelum boleh resign. Masa tu, ada lah member member office yang terus terang, teringin nak ikut jejak KekNi jadi suri rumah tapi diorang tak boleh sebab banyak hutang kad kredit la, banyak tanggungan la dan sebagainya.

Ye KekNi faham, dah biasa kerja tentulah dah ada komitment bulan-bulan kan, so kalau nak berhenti kerja tu tak boleh la notis 24 jam terus berhenti, harus buat persediaan dulu. So hari ni KekNi nak share la persediaan awal yang KekNi buat bila keinginan nak berhenti kerja tu dah ada.

1. Hapuskan / Kurangkan Hutang
KekNi bersyukur sangat-sangat sepanjang 5 tahun KekNi kerja makan gaji, KekNi tak pernah ada kredit kad. Memang tak pernah ada niat nak guna kredit kad. Kredit kad sekarang dah jadi macam keperluan kan? Tapi sebolehnya kita elakkan lah. Jadi kalau kita nak berhenti kerja, kita kenalah berusaha untuk hapuskan  hutang atau paling tidak, kenalah kurangkan hutang sebolehnya. Jadi kena lah berusaha selesaikan hutang sebolehnya sebelum berhenti kerja supaya tak rasa terbeban sangat bila dah tak ada income nanti. 


2. Sediakan Simpanan
Simpanan penting sebagai backup untuk kita menghadapi hari hari tanpa income macam masa bekerja. Seeloknya simpanan tu cukup untuk buat backup 3 bulan. Ianya boleh kita gunakan di saat saat kecemasan sekiranya berlaku apa-apa yang tak terjangka nanti bila kita dah jadi surirumah sepenuh masa. Ye la, perancangan Allah kita mana tahu kan. Kot-kot tiba-tiba husband tempat bergantung hilang pekerjaan tiba-tiba ke, ada la duit simpanan kita untuk teruskan hidup sementara dia dapat kerja lain kan. Itu contoh lah. Banyak lagi kmungkinan sebenarnya.

3. Mulakan Idea Untuk Dapatkan Side Income
Walaupun tak ada kredit kad, KekNi banyak juga komitmen lain seperti PTPTN, Loan ASB, pinjaman kereta, bil Internet, bil telefon, duit belanja bulanan parents dan Insurans. So walaupun dah jadi surirumah, KekNi tetap harus ada income bulan-bulan untuk bayar semua komitmen KekNi ni. Memang dari bujang KekNi dah aktif berbisnes online. Dari jual kek bertukar kepada bisnes printing. Masa bujang buat bisnes hanya untuk tambah pendapatan je. Bila dah kahwin, dah nak ada anak, KekNi mula serius buat side income ni. Bila side Income KekNi dah boleh dapat lebih separuh dari gaji bulanan KekNi, keyakinan untuk berhenti kerja tu bertambah. Bertambah yakin untuk berhenti kerja dan tumpukan 100% pada bisnes online. 

4. Enjoy Masa Bersama Rakan-rakan
Haha. Ni persediaan jugak. Masa. Menikmati zaman bekerjaya bersama kawan-kawan. Sebab lepas dah jadi surirumah, memang kehidupan akan berubah banyak. 24 jam adalah masa bersama family, anak-anak sahaja. Nak keluar jumpa kawan pun tak sama perasaan dia macam dulu. Lagi-lagi kalau macam situasi KekNi ni. Asal JB, kerja KL, bila berhenti kerja dan pindah ikut suami ke Pahang, langsung tak ada kawan dah. Jauh semua kawan-kawan.  Kawan dengan anak-anak je la kat umah. So sebelum berhenti kerja tu, enjoy la secara berhikmah masa bersama kawan-kawan tu.   

5. Redha dan Tawakal  dengan keputusan
Yang ini terpaling penting. Kalau tiada redha dalam hatimu untuk meninggalkan kerjaya demi Suami dan Anak-anak, hati korang mesti memberontak, rasa tak ikhlas dan serba serbi tak kena. Awal-awal jadi surirumah memang seronok. Hari-hari tak perlu terkejar-kejar pergi kerja, tak perlu iron baju kerja hari-hari, boleh layan drama sambung-sambung kat tv setiap hari, nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa pun tak kisah. Tapi sampai satu tahap, korang akan rasa bosan dengan rutin baru ni, jauh dari kawan-kawan, bosan kat rumah bila suami keluar kerja. Heee.. kisah benar ni. So kena muhasabah diri, ingat balik niat kita berhenti kerja, redha dan tawakal. Percaya Allah sebaik-baik perancang.

6. Nikmati Keindahan Mejadi Suri Rumah
Bila dah bersedia dengan semua tu, maka nikmatilah keindahan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak ada masalah cuti, boleh pergi holiday bila-bila pasal hari hari adalah cuti, menikmati hari-hari bersama suami dan anak-anak, buat semua kerja rumah untuk suami dan anak-anak, belajar memasak dan macam-macam lagi..

Panjang pulak cerita KekNi hari ni tak macam selalu. Haha.. Biarkan. Bukan selalu dapat ilham menulis macam ni. Semoga perkongsian KekNi ni bermanfaat kepada kamu kami yang sedang kebingungan dalama membuat keputusan untuk berhenti kerja , yang nak meninggalkan zaman wanita bekerjaya, yang bercita-cita untuk jadi fulltime housewife. Ingatlah, keputusan ditanggan kita sendri. Persediaan itu penting supaya kita tak menyesal dikemudian hari. Ini pengalaman KekNi yang baru jadi surirumah sepenuh masa 3 tahun, kisah anda pula bagaimana? Jom share =)

#BilaKekNiMenulisSerius

Saturday, August 22, 2015

Throw Back Zaman Wanita Bekerjaya

Minggu ni ada ex office mate aku yang bakal berhenti kerja untuk jadi full time house wife.  So dia dengan rajin nya upload gambar gambar nostalgia dia bersama sama rakan seperjuangan sepanjang dia bekerja kat situ. Masuk habuk juga la mata aku ni. Sedih, gembira, senyum senyum, ketawa tengok gambar-gambar tu. So aku pun menggedik nak throw back juga memori zaman wanita bekerjaya aku gak. Sebagai kenangan nanti dah tua beranak cucu nanti kan. 

Seriously memang rindu la zaman tu.  Tiap hari bersiap cantik cantik nak ke office. Aku suka pakai blouse dan seluar slack ke office masa bujang. Jumaat aku mesti pakai baju kurung. Dari awal kerja kat situ memang akan pakai formal walaupun staff lain selamba pakai jeans, t shirt. Hari sabtu je aku pakai thirt dan jeans. Dah memang dasar pompuan kuat melawa, nak melawa je la keje kau kan walau di mana berada. 


Perempuan kuat melawa yang kadang kadang pepagi nak pegi kerja ntah berapa kali salin baju baru puas hati. Mak dia tukang geleng kepala ye perati perangai anak dia ni.

Yang best masa tu every week kita ada company activity. Activiti yang ditaja oleh company untuk staff dia release tension bekerja kononnya. Ye la kerja macam nak gila ok, siang malam. Siang kat ofis, malam sambung lagi buat kat rumah. Pasal kerja siang malam ni la antara sebab aku resign dulu. Kalau ikut hati memang tak hingin la kan buat kerja ofis bwak balik rumah atau stay back kat ofis sampai pagi siapkan kerja. Ni bukan pasal lembab kerja tak siap sampai nak kene buat luar office hour tau, tapi sebab selalu di beri task last minit atau tempoh masa  yang tak masuk dek akal. Contohnya pkul 3 petang ko diberitahu untuk siapkan benda yang sepatutnya ambil masa 1 minggu untuk disiapkan secara proper tapi kau hanya ada masa petang dan malam tu saja untuk siapkan kerana esok pepagi ko dah nak kene present kat client. Nak tak nak kene la tongang tonggek siapkan sebab kalau tak siap atau tak ready, esok ko yang kene bambu dengan client. 



Ni antara aktivity awal yang aku join. Main roller balde kat Skudai Prade. Masa ni aku masih kat office Jb lagi. Masa ni la nampak perangai masing masing. Yang bos pun tak macam bos, sama je naik perangai. 


Antara aktiviti kegemaran. Join kelas senam robik.  2 minggu sekali masa ni. Semua wajib pergi. Seronok gila ok. Ni semua zaman belum kawin. Now semua dah jadi bini dan mak mak orang. Kami la antara perempuan awal yang lama bertahan kerja kat situ. Ramai ok perempuan yang kerja tapi tak sampai sebulan resign dah masa tu. Pasal kerja pressure gila. Ni perempuan 4 orang ni pun semuanya pernah menangis sebab pressure. Tapi tetap tabah bekerja sebab banyak lagi yang best masa kerja kat situ. Antaranya kawan-kawan dan bos yang best dan gila-gila. Macam macam perangai ok. Gelak je la ko kat office tu. Bos tu macam kawan-kawan je.. Cuma kalau ko tak perform, menangisi la kau masa penilaian prestasi untuk kenaikkan gaji nanti. Kalau perform pulak, senyum sampai telinga la ko dengan kenaikan gaji yang best gila. ..  

Masa tahun pertama aku kerja, zaman anak dara la kan. Aku jaga beberapa sistem dalam 1 masa. So every week memang akan outstation ke KL dan Kuantan. Setiap minggu la. Kadang pergi ramai ramai, kadang berdua je, kadang sorang. Masa ni husband aku (masa tu tunang) gila la jeles. Dia tu memang la jeles dia tahap dewa ok. Kalau outstation aku sorang je pompuan, memang hazab la. Dia call je sentiasa marah marah. Kenapa pergi sorang pompuan, bawak la pompuan lain, suruh la orang lain pergi. Pehhh sakit hati gila. Sampai aku naik segan dengan member member dan bos tau.  


Ni gambar  masa family day kat Desaru. Tahun kedua aku join company ni. Masa ni aku dah start tranfer ke projek kat KL. Kat KL kami duduk kat rumah mewah 3 tingkat kat jalan gurney. Mewah la bagi aku sebab sewa je sebulan dah 4K. Company la yang bayau. Rumah teres 3 tingkat, 6 bilik tidur setiap bilik lengkap aircond dan ada bilik air sendiri, siap ada bath tub uollss. Perabot semua lengkap.  Selesa sangat. Dah la office Kl gila dekat je ngan rumah. jalan kaki je 5 minit sampai. Jimat sangat. Rumah free, minyak jimat. Tak ke ko sayang kat company gitu gaya? Siap bos kasi pinjam CRV untuk kami guna kat sana sebelum aku bawak kereta ke KL. 


Happy sangat kan muka kanak kanak ruang ni semua? Ni pun masa family day kat Lotus Desaru. Haha masa ni lompat masih boleh naik ye sebab syukur berat baru 63 kg... Sekarang? Harap maaf  la tak tau mampu ke tak nak lompat gitu dengan berat badan terkini iolls ni.  Masa ni staff bertambah, sebab projek pun gila bertambah, Makin la happening walaupun selalu pening. Huhu.  


Malam dinner Black and White. Semangat masing masing bergaya. Dah ghupa Kpop je aku tengok kitorang dalam gambar ni. Yang paling over kat belakang tu bos yang aku selalu ikut outsation masa kerja office jb pasal dia projek manager bagi semua sistem yang aku jaga. Tunang aku memang sakit hati dan jeles je la dengan En Harun ni. Siap kata kalau dia jumpa, dia nak sound sebab suka sangat bawk  tunang orang berdua duaan dalam kereta. Apekah. Stress aku tau. Padahal En Harun tu pun dah bertunang jugak masa tu.


Us. Aku sayang semua ni, Aku rindu semua dalam gambar ni, Walaupun salah sorang ada yang benci aku.  Malas la nak story, sedih.  Diorang la housemate aku masa kat KL dekat 2 tahun jugak. Seronok sangat. Jalan kaki pergi kerja, jalan-jalan, shopping,  masak, cabut rumput, pasang perabot ikea semua sama-sama. Mengumpat bos pun sama sama kadang kadang.  Hehe. Tapi sejak ada krisis aku sedih lah. Aku tak nak pun berkrisis sebab aku suka diorang semua. Tapi tak nak buat macam mana, aku dah minta maaf dan cuba berbaik pun orang dah tak sudi, dah benci. Sangat sedih. Antara sebab kuat juga aku resign. Hari hari orang pandang ko dengan kebencian, ko boleh tahan? Aku tak boleh.  =(  

Ni pulak gambar masa dinner Family day kat Lexis Prot Dikson. Terserlah kan perangai masing masing dalam gambar ni? Sengal sangat memasing. Haaa.. masa ni dah kawin, bawak laki dan bawak Intan yang dalam perut joint family day. Pregnant 8 bulan masa ni. Dan yang best nye masa ni Kakcik my jiran, my classmate, my bff  dah jadi my officemate pulak. Dia la yang nak try interiew, aku dah cakap awal awal, kalau dia sangup kerja siang malam, mengadap stress tapi boss sporting dan kelakar serta gaji best, aku tak kisah bawak dia pergi Interview. Alhamdullilah dia past interview dan kekal kerja sampai sekarang..  

Masa nak buat keputusan berenti kerja tu memang agak susah la. Gila kau, gaji dah sedap. Komitment pulak boleh tahan tiap bulan kan. Dengan kereta, dengan ptptn, dengan ASB loan, dengan harapan mak ayah lagi kan. Tapi lepas penilaian prestasi, diorang kata aku tak perform aku rasa sedih la. Aku ni pregnant 5 bulan ko suruh masuk ladang ulu 3 minggu aku pergi, suruh datang ofis  malam malam sampai 3-4 pagi sampai bergaduh laki bini pun aku pergi, kata tak perform lagi. Siap kata aku jarang datang malam. Tau tak macam mana stressnya dtg office malam2? Stress kerja, stress dengan laki marah marah suruh balik rehat, dengan tengah mengdungnyekan. Please imagine la.  So aku rasa aku memang tak di perlukan dan aku pun tak boleh buat macam yang diorang nak, baik aku resign.  Plus aku pun tak selesa bekerja dengan orang yang membenci aku, rasa payah nak bekerjasama. Ye la dah kerja satu company, nak elak macam mana pun akan tetap kena kerja bersama kan. Lepas tu lepas cuti bersalin lama rasa seronok duduk rumah jaga anak lagi la kuat azam aku hantar surat resign.


Aku kuatkan tekad la. Percaya rezeki tu Allah dah tentukan. Yang penting niat kita. Akhirnya aku bertukar status kepada surirumah dan sambil berbisnes online.  Alhamdullilahh, rezeki bisness online tak putus. Syukur sangat. 


Itu je la kisah aku. Tak tau nak ending macam mana... hehe. Kita sudahi dengan gambar gambar selfie sebelum pergi kerja. Haha, aku memang hobi ber selfie dalam keretapagi pagi sementara panaskan enjin kereta.


Di hari jumaat

Monday blues


Santai sabtu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails