
Selalu dengar lagu ni kat radio? Sejak beberapa bulan kebelakangan ni Hot fm suka sangat mainkan lagu ni. Sebenarnya dah lame dah lagu ni aku dengar tapi versi korea la. Memang best versi korea, tak jemu dengar sampai dah naik hafal. Lame lepas tu tibe-tibe keluar pula versi English kat radio. First time dengar mcam pelik-pelik sikit, tapi bila dah banyak kali dengar rase sahangat comel la pulak.
Aku pun pernah buat entri pasal Wondergirls ni dulu. Pasal tarian diorang yang comel tu menjadi ikutan ramai tak kira kira peringkat umur. Bukan sahaje budak-budak, bapak budak pun boleh hafal step tarian diorang. Dalam entri tu ada video budak kecil cinonet dan juga abang-abang polis meniru awek-awek Wondergirls ni menari. Nak tengok, sila la baca Entri Pengubat Bosan Di Office sebelum ni. =)