Followers

Wednesday, June 8, 2011

Sedang Cuba Menggembirakan Hati Sendiri







Fakta Dan Auta Tentang Bidang Sains Komputer

"Ape? Course Sains Komputer? Tak bagus la.. Susah dapat kerja. " Tu ayat beberapa orang yang mendownkan aku masa aku beritahu keputusan UPU aku dapat cos Sains Komputer 6 tahun lepas. Masa tu rasa down gile, dah la dapat cos yang tak minat, lepas tu orang cakap macam tu plak. Tapi aku gagahkan juga masuk UTM dengan cos tu.

Pejam celik pejam celik tamat 3 tahun belajar. Alhamdullilah, masa final sem tu, masa final exam aku dapat panggilan temuduga kerja. Dan paling best, aku di pilih dan start kerja sehari lepas last paper final exam..haha.. Masa tu aku ketawa dalam hati. Ketawa tu aku tujukan kepada orang-orang yang kata aku mesti susah dapat kerja bila habis belaja dulu tu...

Dah terbukti silap kata budak Sains Komputer susah dapat kerja. Cuba bukak jobstreet, bidang ape yang berlambak jawatan kosong? Bidang Sains Komputer, IT la antaranya. Yang susah dapat kerja tu mungkin kurang skill, terlalu memilih, atau tahap konfiden kurang... Sekarang kena bersaing dik, berusaha untuk meningkatkan diri. Masa belajar bila buat projek jangan nak copy atau upah orang buat sistem, lingkup ko nanti.

Ok, pernah sekali tu, ada sorang member aku ni, dia baru nak sambung degree, dulu dip dia ambil eletronik, masa belajar elektronik tu di jatuh cinta dengan programming, so degree dia nak ambil sains komputer. Bapak dia marah, "kalau setakat nak blaja komputer tak payah masuk u pun boleh.." Sampai hati bapak kan.

Kitaorang amik sains komputer ni bukan belajar microsoft word, power point sume tu tau bapak. Kami belaja programming, kami buat software, kami develop system dan macam-macam lagi yang berkali ganda x 1000 lebih rumit dari word, power point tu sume. Ingat senang? Sampai botak-botak kepala sebab keguguran rambut akibat stress buat coding tau.

So kepada bakal-bakal graduan Sains Komputer, jangan la adik-adik risau atas pandang rendah orang-orang yang tak tau pasal bidang kite ni. Sumpah diorang tak tau, tu yang memandai cakap je tu. Belajar elok-elok, develop skill semaksimanya masa belajar supaya boleh demand gaji bila kerja nanti. Jangan main-main, gaji orang IT tu boleh tahan lumayan kalau punya skill yang mantap!!

Dan kepada orang luar bidang Sains Komputer, jangan pandai-pandai cakap kalau tak tau. Semua orang ada kelebihan masing-masing, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain.

p/s : Dulu tak suka, tapi sekrang rasa best gile dukung beg laptop pegi balik kerja.... =)

Tuesday, June 7, 2011

Kepingin Home Made Cheese Cake

Gambar kredit to blog kak nojj tokey cheese cake

Hai la... Sejak minggu lepas mengidam nak makan cheese cake. Tak nak yang beli kedai. Nak yang home made punya. Ni la akibatnye kalau tiap hari duk usha blog kak nojj yang tengah hot dengan cheese cake pelbagai jenis dia tu.. Sedap oh.. menggiurkan betul gambar die. Kan? Kan? Kan?

Kalau dekat dah order dah.. Ni jauh la pulak. Hai la.. Hai la.. Hai la... Kena singgah jusco gak balik keje sok ni cari barang nak buat cheese cake sendiri..

Saturday, June 4, 2011

Maaf Kerana Sudah Tiada Maaf Lagi Untuk Kamu


Bukan pendendam. Tapi cukup la untuk kesekian kalinya maaf itu aku beri. Janji aku bukan permainan. Janji aku bukan untuk di perlekehkan. Aku seorang perempuan berhati lembut bukan berhati lembik.

Lembut dan lembik itu tak sama wahai anda...

Friday, June 3, 2011

Perempuan Purple Sudah Semakin Dewasa

Perempuan purple yang muka semakin membolat ini sedang tabah menghadapi dugaan dan pancaroba hidup. Sudah mula merasakan hidup sebagai orang dewasa yang penuh dengan tanggungjawab.

Semoga kedewasaan mengajar erti hidup, semoga tanggungjawab mengajar erti bertanggungjawab, semoga dugaan mengajar erti kesabaran dan semoga pancaroba mengajar erti kekuatan!


Thursday, June 2, 2011

Rasa Nak Lempang Je Kapel Tu

Hai. Bosannye tengok blog sendiri ni sekarang. Dah tak macam dulu. Maybe reader pun dah lari sebab aku jarang dah update, tunggang terbalik hidup, kejap update, kejap tak. Pastu kalau update pun citer tak hot mane, holaahai menyampah kan?

Hai nasib la badan... Akhir-akhir ni tak ada la benda yang menggembirakan, hidup biasa-biasa je. Bagun pagi, drive ke office, masuk office kerut-kerut dahi buat kerja. Cukup time balik rmah. Tapi hari ni melencong ke Sutera Mall pulak balik dari office tadi. Saje nak cuci mata, tenangkan otak, luaskan minda. Duk sempit je kat screen komputer dari pagi sampai petang kan..

Dengan malas-malas melangkah sorang-sorang ke sana. Biasa la, aku memang biasa berjalan ke mall sorang-sorang time kepala serabut. Tak payah nak pelik. Dari second year blaja kat utm kot.. Jalan sensorang bila bergaduh ngan tunang yang dulunye bf.

Jusco taman u tu la tempat nye dulu. jalan sorang-sorang cari barang untuk kudap kudapan kat hostel, cari megi bagai kan. Pastu bila nampak kapel duk gedik-gedik manja nak pilih megi pun macam nak pilih rumah, siap nak berpeluk-peluk depan mate memang menyirap la darah i. Rase nak hempuk-hempuk je ngan megi tu kan...

Mane tak menyirap, kite dah la gaduh ngan bf, jalan sorang-sorang bawak diri, kapel ni boleh plak nak bercerengkarama depan kite kan. Silap besar la kan. Merobek hati dan perasaan ku ini.uhuk.. Lempang kang.. Ha.. Begitu la kisang rasa nak lempang je kapel tu bermula...

Hehe.. =)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails