Followers

Saturday, October 20, 2018

Throw Back : Having Fun Suka Ria Balik Jb


Throw back gambar masa balik Jb raya haji hari tu. Kids have fun kat tempat mainan dalam Mall baru kat Skudai, Paradigm Mall. 


Kadang macam tak percaya aku ni dah jadi mak kepada 3 orang anak. Serius. Tengok la my cheeky girl yang super cute tu. Happy sangat dapat main 


Kakak Intan nampak tak berapa happy. Makin besar, makin kuat buat perangai yang mencabar kesabaran Ibu dia. Maybe dia jeles dia kurang diberi perhatian macam adik adik dia. Ibu pun selalu rasa bersalah kat dia, tapi dalam masa yang sama selalu geram jugak. 


As usuall. Ayat sama, tak sabar nak balik jB again and again 





Saturday, October 13, 2018

Makin Tua Makin Bosan

After kau ambil keputusan berhenti kerja dan mengabdikan diri untuk suami dan anak anak kat rumah, hidup kau akan berubah 100% ya. Setelah 5 tahun menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah, here aku rumuskan beberapa perkara yang aku perlu tabah hadap.

1. Non Stop Kerja 24jam

Paling sakit. Berkerja 24 jam uruskan rumah. Memasak, membasuh, mengemas, jaga anak, siapkan anak, basuh berak anak 8 kali sehari. TANPA GAJI. Ya tanpa gaji. Bibik pon paling2 700 ratus gaji. Bila rumah bersih, kain baji siap berlipat, lauk terhidang tiap hari tak ada yang puji. Tapi bila nampak debu sikit atas rak terus kene tuduh tak buat kerja rumah.

2  No More Kawan-kawan

Kawan ko cuma anak-anak. Tu pun 24 jam bergaduh. Menyepah rumah je kerja. Kawan jauh jauh. Nak planning pergi mana mana jumpa kawan pun payah sebab anak dah ramai.  Letih nak angkut. Lagi kau duduk ceruk kampung jauh dgn family dan kawan2.

3. Kebosanan Di Rumah

24 jam kat rumah, penat dengan aktiviti yang sama tiap hari, tak ada kawan memang bagi tahap kebosanan tertinggi. Nak pergi mana mana jauh gila, kena tunggu suami cuti baru boleh keluar jalan tu pun kalau suamo nak cuti, nak bawak berjalan. Lagi bosan kalau suami tak reti faham, asyik suruh duduk rumah, jimat duit, jimat cuti. Cuba ko sebagai suami duduk sehari je dengan anak2 kat rumah tanpa bini. Jangankan sehari, sejam pun ko dah tak tahan!

4. Tak ada Masa Untuk Diri Sendiri

Ya itu aku.  Sedangkan nak berak lama lama pun tak boleh, sekejap je sorang dah melalak, sorang bergaduh. Kalldang taha0 stress kau rasa nak lari jauh2 holiday sorang2 cari ketenangan tp memang mustahil la kan??


Macam tu la dapat di simpulkan setakat n8 dari aku yg sedang kebosanan

Saturday, September 1, 2018

Resepi Cucur Udang Rangup


Resepi asal hakak dapat dari blog http://canteq.blogspot.com

Petang tadi lapar bebenor rasa. Duk pikir la resepi apa yang senang dan cepat lagi sedap dingap depan tv. Google punya google, jumpa resepi ni. Nampak menarik.  So hakak pun try satu adunan dan berjaya habiskan makan sorang 1 adunan tu ok. Betapa sedapnye ko bayangkan.

So nah ini resepi Paling senang untuk Cucur Udang Rangup Super Sedap. Tp aku adjust resepi ni sikit tau. 

Bahan-bahan

2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
6 ekor udang size medium potong 3
1/2 kiub ikan bilis
Sikit serbuk kunyit
Sikit garam
1 biji telor
Daun kucai
Air secukupnya

Cara-cara
Campur semua bahan bahan dalam mangkuk, gaul sebati agak2 tak terlalu pekat atau cair.

Pastu goreng la. Agak2 dalam setiap sudu cucur yg kita sauk masa nak goreng tu ada 1 @ 2 potongan udang ok. 

Senang je kan? Serius lembut kat dalak, rangup diluar

Sekian. Untuk rujukan aku gak resepi ni. Kalai x, tiap kali nak buat, gigih google cari resepi. Hahaha.

I NEED HOLIDAY PLEASE!

Hai. Lama tak update blog, tapi cari dan menulis blog semula hari ni sebab nak meluah rasa. Ye la, luah kat blog je la since tak ade orang nak tadah telinga dengar keluh kesah aku sekarang ni. Kalau dengar pun tapi tak faham pun sakit hati jugak.

Kat entri lepas kan aku cerita pasal Holiday ke Melaka yang tak berapa happy tu. Serius memang tak happy langsung. Rasa makin stress ade la lepas balik tu. Bertapa la aku mengharapkan Holiday yang seronok sangat-sangat.  Masa pergi Terengganu bulan Februari hari tu seronok tak terkata

Yes. That my Impian dalam masa terdekat ni. NAK PERGI HOLIDAY DENGAN GEMBIRANYA! Tak perlu pergi jauh jauh pun, dekat dekat pun tak ape, budak2 tak penat, masa pun tak terbuang atas jalan.  Yang penting semua orang dalam mood happy, supportive dan menggembirakan suasana.

Aku bosan gila kat rumah ni weh.
Tak ade kawan
Tak ade sedara mara yang dekat2 boleh aku jumpe
Duduk jauh merantau macam ni la kot...
Lagi sadis merantau kat ceruk negeri orang. 
Payah,


That why la aku perlukan holiday...

Monday, August 27, 2018

Percutian Ke Melaka 2h1m kami

Cuti raya haji lepas kami singgah bermalam 1 hari ke Melaka. This is second holiday untuk tahun ni selepas Terengganu bulan Februari lepas. Lama gila kan tak berholiday? So aku bajet percutian kali ni penuh excited, seronok dan happy ending la. Tapi tak pon.. Tak happy bagi aku la, bagi anak2 cukup happy. Tgok lah gambar2 muka happy diorg. Muka ibu diorg langsung tak ade sebb mmg tak ada mood langsung. Tak ada mood sbb mcm2 kes sepanjg percutian ni, malas nak cerita lebih. Simpan je la dalam hati. 

Tapi Alhamdullilah lah dpt buat anak2 happy. Tengok gambar gambar ni semula suka pulak. Sebab dapat buat diorg happy dgn percutian kejap kali ni.

Tahu tak, kegembiraan tu tak dapat di beli dengan duit pun.
Ia cuma boleh dapat di beri  bilamana kau ikhlas dan bersungguh menghasilkan kegembiraan tu sendiri untuk di kongsi dan dirasai orang lain. 

So kesimpulannya kalau lau x de duit pun kau boleh je happykan orang lain dengan niat ikhlas dan cara yang bersungguh.

...............

K layan lah gambar kenangan berjalan ke melaka 2018 ni. 







Wednesday, July 25, 2018

Kehidupan Setelah Beranak 3

Dah tua ni makin malas update blog. Masa sentiasa tak cukup.  Dah ada 3 anak ni confirmlah bertambah penat dan kerenahnya.  Nak cerita satu satu tahun depan pon tak habis. 

Orang kata masa mencabar membesarkan anak anak kecik ni sekejap je sebenarnya, nanti diorgang dah besar kita alan rindu moment masa diorang kecik ni. Seriously? 



Harap ibu kuat dan tabah membesarkan korang bertiga. Dan harap sangat tak ada yang keEmpat dalam masa terdekat ni..huhuhu. 

Lah.. Tu je aku nak bebel kali ni? Baik tak yah update blog kan?

Penat sebenarnya. Kerja rumah tak pernah habis. Flat dah rasa badan. 

Nak rest.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails