Followers

Thursday, September 30, 2010

Char Kuew Tiaw Kerang

Dari jauh dah dengar abang kedai terjerit tepekik telolong panggil pelanggan ke gerai char kuew tiaw penang dia.. Mari adik, mari kakak,, singgah gerai ni.. Hari ni last ni, esok tak jumpe dah ni... Kak fatimah di hujung sana, kak milah di tepi situ, kak ju, kak markonah, dekat-dekat mari dekat-dekat!

Beria promosi... Kecoh macam pasar.. Kami melabuhkan punggung ke bangku dalam gerai mereka... Datang seorang abang nak amik order... Ye dik nak order char kuew tiaw ape dik? Pilih dik pilih..

Saya nak char kuew tiaw udang

Maaf dik udang habis dah.

Ok, kalao gitu char kuew tiaw special la.

Special punya habis dah dik.

Hait sume habis!

TInggal char kuew tiaw kerang jek.. Boleh ek dik?

Baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Cis kek sungguh. Dah tau tinggal char kuew tiaw kerang je tak payah la suro kami pilih wahai kakanda. Cakap je la cuma ada char kuew tiaw kerang.

Nasib baik sedap char kuew tiaw kerang itu. Terubat juga luka lara tak dapat yang udang punya. Kalau tak, mau terbelah dua meja gerai itu kami karate. Promosi bagai nak gila sampai aku terjebak dan terliur char kuew tiaw udang dalam gambar tu...hullah..


Tuesday, September 28, 2010

Teacher Shida Yang Makin Glamour

Sape-sape yang kaki facebook rasanya ramai yang dah kenal dengan Teacher Shida yang rajin upload video miming dia tu. Kelakar oo teacher Shida ni.. Selamber dan sempoi habes! huhu.. Wah sekarang dah makin maju, siap ada fan page Teacher Shida lagi kat facebook sekarang.

I love making myself and other people happy with my miming videos. Tu kata teacher shida. Kepada yang tak suka tak payah la tengok..huhu. Kepada yang nak ketawa, sila la tengok video miming teacher shida =)


Teacher Shida miming Cek mek Molek


Teacher Shida miming lagu Jahat - Stacy


Teacher Shida miming lagu Yank - Wali Band

Oh ada lagi video miming teacher shida ni. Nak tengok yang lain pergi la kat facebook teacher shida ni.

Monday, September 27, 2010

Mood Persiapan Bertunang

Gambar di atas adalah salah satu punca kebizian hujung minggu yang lepas. Oii jangan kutuk dulu. Tu projek terbengkalai. Belum siap lagi. Baru try letak-letak je. Yang dah complete siapnye cuma tapak segiempat tu je...huhu.

Ohoohoooooi..... Kan sebelum ni aku kata cerita hujung minggu aku kali ni tak best tanpa gambar kan? Of course lah.. Penat I snap-snap gambar kalau tak masuk dalam blog apekah faedahnye kan? Jadik harus la tunggu gambar baru boleh membebel kat entri baru.

Ceritanya, sabtu ahad lepas sangat la bizi tahap diva. Diva la sangat. Bizi meggila la. Non stop. Sampai nak masuk kerja pagi Isnin sangat la tak laratnye. Mana taknye, hari sabtu dah la kerja half day kan. Balik kerja terus pergi Perling cari barang nak buat hantaran.

Sampai kedai jual barang perkahwinan ni dah pukul 2 petang macam tu. First time aku pergi sini ni. Ye la ni la first family aku sendiri buat majlis bertunang kan, jadi macam excited la tengok barang cantik-cantik kat kedai tu. Besar kedai ni. Macam-macam ada. Senang. satu tempat jek. Ape? Tak nampak rupa kedai nye?


Ha.. Gini la rupanya. Besar kan? Bukan aku je excited, mak aku pun sampai pening-pening kepala memilih barang.. Berpinar mata dik ooi... Itu cantik, ini cantik..huhu.. Paling tak boleh belah ialah adik lelaki aku la. Bosan gila babas dia kat situ. Mau taknye, 2 jam setengah aku, mak ngan adik perempuan aku membelek barang dalam kedai tu..haha.



Ni kaunter bahagian hantaran. Banyak gila pilihan. Sampai nak gado-gado ngan mak pilih riben..huhu. Masa pilih bakul lagi la, amik, letak, amik, letak. kejap kata nak yang ni, kejap kata nak yang ni pulak. Padahal dah set nak buat macam mana, nak kena beli apa tapi bila dah sampai sana masing-masing rambang mata pulok...huhu

Ni bahagian hiasan-hiasan, bunga-bunga macam tu. Banyak lagi bahagian dalam kedai ni, macam renda, manik, beg goodies, bekas telur, bunga telur, kain, cenderamata dan lain-lain lah tapi tak dapat nak amik gambar. Pasal ada la pekerja kedai tu yang duk mengekor kitorang je. Rimas betul. Muka kerek gila. Macam takut sangat kita ni nak mencurik.

Aku tak kisah tau kalau ada pekerja kedai yang follow time aku cari barang tapi muka dia manis, dan sambil follow tu dia suggest yang best2 kat aku. Macam peramah la gitu, baru best nak memilih kan. Tapi kalau follow dengan muka kerek yang mintak penampar, memang aku pun akan buat muka balik la... Buat muka sampai dia tak tahan dan blah..haha..

Balik dari kedai tu singgah kip mart cari barang masakan, lepas tu singgah pulak rumah sepupu beraya. Balik rumah , lepas maghrib keluar lagi beraya rumah makcik. Kul 10 lebih baru sampai rumah. Oleh sebab excited, terus start buat hantaran sampai tak sedar dah pukul 4 pagi. Maut kan? Haha..terlebih excited punya pasal..

Gitu la kisah hari sabtu. Hari Ahad aku tak cerita lagi ni. Next entri la pulak yek. Eh, korang tau ke ni persiapan bertunang siapa? Tahu ke tak tahu? Tauhu? Tauhu tak pe, tempe tak nak... =)

Cerita Hujung Minggu

Niat hati nak upadate blog cerita hujung minggu yang baru lepas ni. Tapi sangat bizi ni kat opis. Nak update entri baru mesti nak letak gambar baru best. Nak letak gambar kena transfer dari handphone. Nak transfer dari handphone kena cari cable, nak cari cable kena amik masa, nak transfer pun amik masa.

Oleh yang demikian, karang-karang la tak pun malam nanti je la entri bergambarnye itu.. Sekian terima kasih=)

Saturday, September 25, 2010

Amazing Skin With Vaselin Party


Wah akhirnya entri
ARE YOU MOIST ENOUGH terpilih juga antara 75 entri terbaik contest vaselin nuffnang. Dapat Invitation untuk ke Amazing Skin With Vaselin Party. Bestnye.. Nak sangat pergi! Tapi kalau la KL tu belakang rumah aku je memang comfirm pergi dah..huwaaaaa..

Macam best ooo... Ada game yang boleh dapat hadiah, ada cabutan bertuah lagi kat party tu... Bestnye la. Nyampah tau semua event buat kt KL je tau. Nak pindah KL la macam ni.. Semata-mata pasal tu nak pindah? Haha..memang tak boleh belah la kan.

Gambar dari Entri Are You Moist Enough

Ape pun terima kasih la kepada Nuffnang dan Vaselin kerana menjemput, tapi perginya tu macam tidak je la kan.. Hurmm.. tapi kalau tak pergi ni masih ada chance tak nak menang hadiah Best Written Post tu?

Best Written Blog Posts
1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products

Best ooo kalau menang.. Dapat Vaseline product tu banyak2 ckup buat stok setahun pun dah best dah tu sebagai pengguna tegar vaselin..huhu

Friday, September 24, 2010

Diet Lagi? Kali Ni Kerana Di Cabar!


Cuba cakap betul-betul, saya ni gemok ke?

Gemok la.. Badan Besor.

Betul ke ni. Gemuk sangat ke saya ni?

Tak la, tapi gemok la.

Habis tu tak cantik la saya ni?

Cantik. TAPI GEMOK.

Betul ke gemok?

Gemok la.

Sampai hati. Gemok tu macam si B*** tu. Saya kurus lagi.

Cuba tengok gambar masa matrik, tu baru kurus.

Memang la. Masa first time kita jumpa gemok tak?

Kurus Je

Cantik?

Cantik Sangat-sangat.

Yela tapi sekarang berat dah naik dekat 10 kg. Benci. Nak pergi derma lemak la nanti.

Nak derma kat mane?

Kat kak cik yang keding tu.

Boleh ke?

$&^%#$%^%&

Lanjutan dari isu itu, beliau telah mencabar sahaye untuk menurunkan berat badan macam masa pertama kali berjumpa. Dannnnnnnnn jika sahaye berjaya, maka dia akan menunaikan IMPIAN RAHSIA sahaye dengan segera! Ya Segera!

Apa IMPIAN RAHSIA tu? Cuma kami berdua yang tahu. Nak tau apa IMPIAN RAHSIA tu? Eh anda ini, dah kate rahsia kan, mana boleh bagitau. Sampai masa baru boleh beritahu. Mantik la beliau kalau mungkir janji ye kerana sahaye tengah bersemangat gila vavas ni..


Diet bermula hari ni. Oh baru setengah hari berdiet sudah terasa ringan sedikit. <--- Sila muntah. Perasaan si perasan =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails