Followers

Wednesday, January 29, 2014

Baked Macaroni Cheese in Da House Yooo...


Hai.. sejak jadi mak orang ni, atau sejak jadi bini orang ni, aku rasa ni la first time aku nak share makanan yang aku masak =) Masa zaman anak dara dulu bukan main rajin lagi up gambar makanan, kek la pizaa la kan. Dah jadi mak orang, dah jadi surirumah, jarang la pulak...

Sekarang ni memang jarang la aku masak kek.. Kalau betul-betul teringin je aku masak kek. Nak buat kek untuk orang lagiiiii laaaaaa... kirim salam je la.. Fb Si Manis Comel ahkak tu lama dah bersawang... Maklumlah, dah bizi menguruskan Fb Cute Creative Creation tu... Alhamdullilah, rezeki sentiasa ada...

Ok la, balik pada gambar.. Baked macaroni cheese Atau Makaroni bakar ni dah 3 kali aku buat sejak jadi surirumah ni.. Haha,, Perlu ke nak mention berapa kali buat tu?

Nak ke resepi dia??? Kalau ade 10 orang mintak baru aku up kan resepi dia..buleh??? Hahaha... Malas gila nak taip resepi sebenarnyeeeeeeee... 

Tengah sedap sedap ngap makaroni bakar yang meleleh kejunya ini tetiba kena sound dengan suami tercinta.."jaga makan sayang... jaga makan... "

~ insaf... Sambil teringat botol shake herbalife =)

Tuesday, January 21, 2014

Intan Batuk Berkahak

Malas nak taip sebanarnya. Ni dah balik pahang. Baru semingu balik intan batuk btuk pulak. Berkahak tapi kahaknya tak keluar. Bila nak tidur alahai kesian sangat bunyi nafas dia.. Asyik bagun dan nagis. Ibu tepuk-tepuk belakang baru tidur balik. Semalam masuk gas kat KK Koyan. Tapi malam lagi teruk bunyinya. So tadi pergi Klinik Sulaiman plak kat Lipis.. Kena sedup gas lagi.. Kali ni ok sikit.. Tak dengar dah bunyi nafas kuat maa tidur...

Tu dah tidur la tu.. Ibu kasi makan ubat. Kesian anak ibu kecik2 dah kena makan ubat. Ya Allah, anak sakit batuk-batuk berkahak tengah malam pun ibu dah nak menitis air mata kesian tengok  dia. Macam mana pula nasib baby yang hidap penyakit serius dalam berita, surat khabar semua tu kan.. Tabah dan cekal nya ibu bapa diorang.. Aku dapat bayangkan perasaan diorang.. Allahuakbar! Macam ni la rasanya jadi ibu, macam ni la mak2 kita rasa dulu.. Kalau boleh, nak pindahkan sakit anak tu pada kita sendiri, biar kita yang tanggung...

Ya Allah.. Kau sembuhkan la anak-anak kecil yang menderita sakit ya Allah..
Kau kuatkan lah hati Ibu Bapa mereka ya Allah...
Kau permudahkanlah urusan mereka ya Allah.. 
Amin.. Yarabalalamin...



Ibu & Intan 

Thursday, January 16, 2014

Cenderahati / Doorgift Majlis Perkahwinan - Buku Doa Amalan Harian

~~~~~~~ Iklan sekejap ~~~~~~

Mencari cenderahati bermanfaat untuk majlis perkahwinan / pertunangan / kesyukuran / aqiqah / cukur jambul atau pelbagai majlis lain? Dapatkan buku doa amalan harian dengan design menarik, comel dan mengikut citarasa anda sendiri. 

Cute Creative Creation menghasilkan design-design menarik pada buku doa. Buku doa yang comel ini mengandungi 46 buah doa amalan harian yang ringkas. Dengan harga serendah RM1.20, anda akan dapat memberikan hadiah bermanfaat kepada tetamu majlis anda

Hubungi kami untuk maklumat lanjut & dapatkan promosi percuma kos penghantaran sekarang!

Blog : http://cutecreativecreation.blogspot.com
FB : Cute Creative Creation
Email : Ainin87@gmail.com
Sms/Whatapps :0127164176








Friday, January 10, 2014

Cuti-Cuti Johor Bahru Dah Masuk 2 Minggu

Actually ni dah masuk dua minggu dah aku dan intan cuti-cuti Malaysia kat JB ni. Balik bandar katenye. Dah lama tak balik kan, sekali balik harus lah lama-lama-lama-lama-lama.. Hai berapa punya lama dah.. Best dan tenang sangat rasa balik rumah sendiri. Oh ye, suami tidak la stay jb sampai 2 minggu. Dia hantar, stay 3 hari da balik pahang emula. Ni la untungnya aku kerja sendiri, ko nak balik umah mak, nak bercuti setahun pun tak kisah.. Tak payah nak apply annual leave bagai...haha..

Banyak aktiviti yang kami buat sepanjang kat jb ni. Masa krismast hari tu pergi birthday Fira anak Zahara. Best uollsss dah macam reunion hah.. Ramai member-member sekolah yang kamceng datang... Kakcik ada, mai ada, ain ada, nana ada..Bukan senang nak jumpa reramai macam ni. Lepas balik birthday party tu, hantar intan balik rumah, mandikan dia, tidorkan dia, pastu tinggalkan dia ngan tok mak dia..haaahaaa.. Ibu dia pergi sambung enjoy ngan bff zaman sekolah... 


Birthday Fira

Lepas tu masa weekend, aku n family pergi picnic kat Batu Layar. Family aku memang suka picnic. Memamg aktiviti  dikala cuti. Jeles papa Intan tak dapat join. Intan pulak bukan main suka la jalan. Tak tahu takut langsung dengan laut. Tapi ngan Pak Long dia takut pulak! Haish... 



Kat rumah mak pulak, selalu petang-petang aku akan bawak intan pergi playgroud tepi rumah. Jalan kaki je pun. Intan masih belum biasa lagi. Dia macam terkedu gitu..haha..  Tapi bia tengok budak2 main bola, main basikal kat situ, terteleng teleng kepala dia tau tengok excited. 


Paling suka main jongkang jongkit ni.. Comel je.. Geram ibu tengok.. Seronok je dia.. Macam dah tau-tau je, bangun tido pukul 5 petang ibu siap-siapkan dia, terus pergi taman.. 

Before ni aku tengok Intan ni makin lam makin takut orang, tak nak dengan orang lain selain aku. Sebab bila kat pahang 24 jam melekat dengan aku je dalam rumah. Jarang keluar, keluar pun dengan papa bila papa tak kerja. Bila sampai Jb hari tu, 3 hari jugak dia takut dengan tok mak n tok ayah dia. Langsung tak nak. Nak ngan ibu je. Tapi lepas tu, bila selalu aku bawak keluar jalan-jalan, jumpa kawan-kawan aku, jumpa ramai budak-budak kat playground, tengok orang ramai kat shoppng complex, kat kipmart, dia terus ok je. Aku tinggalkan dia ngan tok mak dia kat rumah pun ok je.. Tak da masalah dah. Ligat je ibu pergi salon, pergi shopping, pergi setelkan hal printing sorang-sorang macam anak dara lepas tu..muahahahaaaa..

Memang berkesan la yang aku baca tu Cara - cara Membiasakan Anak Dengan Orang, Cara Mengatasi Anak Takut Dengan Orang.  Point dia ialah, kita kena expose baby dengan suasana yang ramai orang, macam kat shopping comple.x, playground, so dia tak la nak melekap sangat ngan kita je.

Ok la, sambung next entry la, nak mandi...daaaaa

Friday, December 20, 2013

Aku Seorang Surirumah Tanpa Rumah

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 bulan jadi surirumah terhormat.. Kelip kelip mata macam tak percaya. Sengih sengih sensorang di malam buta begini bila ingat yang esok pagi tak payah gopoh gapah mandi awal awal pagi, gosok baju kerja dan masuk office..  Hidup dengan penuh bertenang..

Rutin harian, time subuh masa anak merengek mnyusu, buat susu pastu kalau rajin @ banyak tempahan, sibuk la aku membuka laptop siapkan design , check email, respon form customer, update report bulanan semua sampai pagi. Kalau tak rajin, aku join intan tido semula..haha.. Ummm tapi biasanya memang tak rajin.. Pisss yo.. Pukul 8 bangun la.. Sementara tunggu intan bagun, aku stay lagi kat bilik mengemas ke, sambung design ke.. Selagi dia tak bangun, tak keluar bilik aku pasal dia tido atas katil, kalau dia terjaga time orang tak da kat bilik memang bahaya... Tapi biasanya 8.30 pagi bagun la dia.. Tak pun dia yang bagun dulu cepuk2 muka ibu suruh bangun...hoho..

Intan dah bangun tu letak dia dalam walker, pastu aku buat la ape yg patut, basuh baju, buat bubur intan,  buat sarapan ---- > ni jarang gila sebab sejak minum herbalife memang tak sarapan. Dan selalunya bangun2 mama @ abah dh siap sarapan.. Haaaaaha.. Dasar menantu hantu... Sambil membasuh baju tu aku mandi kan intan. Intan pulak baik macam ibu dia kan, lepas mandi, bagi susu, masuk buai, maka tidoooo la dia... Masa dia tidur tu la aku mandi dan start prepare untuk masak tengahari.. Haaaa.. See.. Aku masak jugak hokey.. Tengahari la masa nak melantak sedap sedap...

Tenghari siap makan, siap bagi intan makan, main main ngan ingan sampai dia penat, bagi dia tidur lagi... Masa dia tidur ni aku sambung lagi mengadap laptop... Pastu kalau intan tak bangun bangun lagi aku pun join dia tidur petang...muehehe... Petang kang dalam kul 5 dia bangun ajak dia main, jalan jalan keliling rumah pastu mandi kan dia, makan kan dia... Tidur lagi masa manghrib,,, kang papa dia balik kerja pukul 8 malam mcm tu dia pun bangun... Pastu pass button ke papa dia plak handle... Hehe...

Gitu la rutin kalau papa dia kerja siang.. Aku biasanya boring, resah gelisah je kalau papa dia kerja siang.. Sebab tak tau kadang nak buat apa and siang tu rasa panjang sangat masa dia... Kalau papa dia cuti atau kerja malam best sikit. Pasal siang selalu nya papa bawak jalan.. Kalau cuti dapat la pergi cameron ke, kl ke..kalau tak cuti dapat pergi pasaraya tong fatt pun jadi la kan intannn...Dasar ibu kuat berjalan... Haha.. Tapi tu la,,, habis dh seminggu terperuk kat rumah, mesti la gian nak berjalan kalau ada peluang kan..

Hurmmm... So far pengalaman menjadi surirumah ni ok la, tenang la sikit otak. Dapat tengok anak tiap masa, tak payah melayan kerenah client yang menjengkelkan, tak payah pikir masalah kat office sampai ke rumah.. Tenang sangat... Tapi if dapat jadi surirumah di rumah sendiri aku rasa 1000 kali lagi best kan... Tak sabar sangat....

2014.... Cepat la datang.. Aku dah berangan angan dah nak cat rumah warna apa uollss.. Kabinet dapur pesen mana pun dh google hokey..  Nasib tak tempah perabot je lagi... Over sangat walupun hakikatnya tapak rumah pun tak wujud lagi... Hahahaha...

Kepada suamiku yang tercintaaaaaaaaa.... Harap janji 2014 di tepati okey..... Bukan di capati yaaaaaa...

Tuesday, December 17, 2013

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri

Gila laaaaa... Tengok gambar2 perkahwinana Jovian dan Nina ISmail ni terkesima aku.. Cantik sangat... Rasa macam nak ulang kawin semula, nak tiru sikit tema dan baju diorang... Sumpah cantik.. Sama cantik sama padan Jovian dan Nina ni kan.. Comel pun ada aku tengok... 

Layan la gambar majlis diorang ni. Kredit gambar kepada  PrettyPeektures yang merakam majlis serba indah ini..








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails