Followers

Thursday, July 25, 2019

Raya Aidilfitri 2019

Secebis memori untuk dikenang. raya aidilfitri tahun ni. Alhamdullilah dapat hujung puasa dan raya pertama di jb. Raya kedua dah balik pahang. 

Gambar kucar kacir tak ikut susunan. Maafkam kemalasan patik level tertinggi. 









Wednesday, July 24, 2019

Antara Cara Meredakan Kesedihan

Siapa tak pernah sedih kan? Semua manusia normal mesti pernah rasa. Sedih, kecewa, marah. Makin pendam makim parah. Aku pon. Aku kan manusia biasa. Terkadang kecewa, sedih. Walaupum sejak dah 30an jarang ambil pusing perasaan sangat.

Kalau aku sedih, aku akan taip panjang panjang. Beritahu apa aku rasa, perasaan aku masa tu. Lantak lah walaupun yang baca tak faham, malas nak fahamkan ke kan. Tapi sekurang kurangnya aku dah luah, aku dah cakap apa aku rasa. Esok2 kalau aku dah tak ada, ko baca balik apa yang aku taip panjang2 tu kalau kau rindu aku.

Macam tu lah cara aku. Biasanya bila sesi meluah perasaan tu, aku mmg taip dengan emosi. Sambil taip sambil lap air mata berjurai. Tp percayalah, air mata tu akan bawak keluar sedikit kesedihan tu. Dan meredakan hati.

Kalau x berkesan...

Bersujud dan harap pada Allah. Sbb Dia yang maha mendegar segala rintihan hati hambanya.. InsyaAllah rasa dekat dan di fahami. 


Saturday, July 13, 2019

Sangat Teringin Di Ketika Ini

Pernah tak rasa teringin sangat sampai rasa nak hentak kaki tak dapat? Aku ada beberapa benda yang teringin sangat akhir akhir ni. Tapi sedih macam payah sangat nak dapat. Faktor jauh, dan faktor partner sendiri tak berminat. Ye la kita je yang teringin, of course org lain tak rasa apa2.  



First aku teringin nak makan shell out original tu. Dah pernah makan sekali so tau la sedap dia mcm mana. Terbayang bayang.


 Kedua. Teringin fatty crab kt kl tu. X pernah makan tpi tengok org post kt ig ya Allah terliurnya. Nape lah masa duduk kl dlu tak muncul. Kalau tak, mesti aku dah g cari. Uii nampak sedap sgt.


Bukan makan je yang aku teringin. Keinginan nak bercuto pun membuak biak. Last bercuti ke Penang januari lepas. Sekarang dah julai oi.


Swiss garden kuantan. 
Berangan je la dulu. 





Thursday, June 27, 2019

Intan Warded Kerana Jangkitan Kuman Pada Paru-paru


Masa kat klinik kesihatan 

This is my first time. First time pengalaman anak masuk wad. Berapa hari sebelum tu memang Intan batuk kuat, batuk sampai muntah.  Dan nafas dia laju sangat. Batuk memang biasa, tapi bila nafas laju, aku memang seram dan takut. Sebab pernafasan dia nampak tak normal dan dia lemah. Jadi kami ke Klinik Kesihatan. Mula-mula ingat bila dapat Neb, dia akan ok. Sebab beberapa bulan sebelum ni pun pernah jadi macam ni. Tapi malangnya lepas 2 kali neb pun nafas dan jantung dia masih laju. Bacaan oksigen masuk pun amat rendah. Jadi terus kena naik ambulans ke Hospital Lipis.

Serius memang tak jangka sampai nak kena warded. Aku pulak pagi tu sebenarnya ada urusan kerja nak kene siapkan kat raub. Kusut kepada kejap pikir. Tapi apa-apa pun kene utamakan kesihatan anak dulu. Aku ikut naik ambulans. Aisyah dan Adam papa diaorg uruskan dulu kat rumah. Sampai hospital terus masuk kecemasan. Dr xtray dan resultnya paru-paru sah ada kuman. As a mother confirmlah aku melalak kat situ jugak kan. Lagi pulk tengok dia nangis kena cucuk banyak kali. Cucuk ambik darah, cucuk masuk ubat semua.  Walaupun cover sikit-sikit.  Kat kecemacan pun kena neb untuk kali ke3 dan sambung dengan masuk oksigen ikut hidung. First time tengok anak kena macam ni, of course sedih amat.

Kecemasan 
Dalam 4 petang, kena hantar masuk wad kanak-kanak. Wad kanak-kanak ni penuh dengan budak-budak dengan sakit yang sama. Batuk, jangkitan kuman. Tak ada sakit lain. Dr sendiri cakap lepas raya ni, memang banyak kes serius asma dan batuk kanak-kanak. So dekat wad intan kena neb 3 jam sekali. Aku lah jaga, time malam pun kena bangun 3 jam sekali neb. Antibiotik masuk ikut cucuk kat tangan dan juga antibiotik makan.  Oh ya, intan demam juga. Ubat demam pun makan.


Wad 


Hari kedua demam kebah. Dia pun nampak sihat sikit, jantung kurang laju tapi pernafasan masih berbunyi. Baru sihat sikti terus protes tak nak makan ubat.  Ubat antibiotok lah paling dia tak gemar. Jenuh nak bg makan ubat.  Hari kedua masih tak boleh keluar lagi. Neb masih diteruskan 3 jam sekali.  Aku lari kejap g raub selesaikan kerja. Mak su dia jaga kejap. Terpaksa. Kerja kena buat sebab tanggungjawab juga orang nak pakai untuk majlis Ahad.

Hari ke 3, alhamdullilah bertambah sihat. Oksigen dah tak payah pakai. Neb pun 4 jam sekali. Paru paru pun dah tak bunyi. Sebab banyak kahak dia keluar masa dia nangis kuat aku paksa makan ubat pagi tu. Ubat tak makan, tapi berjaya keluarkan kahak yang banyak..huhu. Ok la kan. Mula-mula Dr cakap tak boleh keluar sebab Intan tak nak makan ubat, jadi dos tak cukup untuk bunuh kuman habis habisan kat paru-paru. Then aku yakin kan dr, aku tak bolah paksa intan makan ubat kat sini (hospital) sebab dia tau ramai orang, bila aku paksa, dia nangis kuat kuat, aku tak boleh paksa dia.  Jadi aku cakpa kat dr, kalau kat rumah memang confirm dia akan makan ubat sebab kat rumah aku boleh paksa dia betul2.

So petang tu boleh discaj. Siaplah balik rumah time makan ubat, kami laki bini paksa dia. Kejap je pun kalau paksa. Papa dia pengang dia, aku picit ubat. Siap. Tak sampai 5 minit. Kalau kat hospital, uabat 6 pagi sampai 9 pagi pujuk pun tak dapat gak masukkan ubat kat mulut dia. So antibiotik continue 6 hari. Alhamdullilah makin sihat dah tak batuk lagi.

Itulah pengalaman anak warded sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Semoga tak dadatang lagi penyakit ni kat dia. Dan anak-anak aku yang lain. 

Friday, May 31, 2019

Resepi Brownies Cookies Yang Simple Amat



Nak raya dah awak. Sis pum dah start buat kuih raya.ok hari ni nak share resepi brownies cookies yang sis dah buat hari tu. alhamdullilaj simple amat dan menjadi. Senanv sgt. Yg leceh sbab sis cuma bli macaron mate tu sekeping je, jadi sekali bakar dpt 30 pcs ja. Buat plak sekali 2 adunan. Lama gak la nak tunggu hbis. Ok la ni resepinya.



Bahan-Bahan :

120  gm  dark chocolate Beryl coins
1  biji  telur gred A atau B
100  gm  gula aising  
50  gm  tepung gandum
40  gm  marjerin/mentega
1  sudu teh  esen vanilla
Kekacang pilihan


Cara-Cara :

1.  Di dalam satu mangkuk tahan panas, double boil chocolate dan marjerin sehingga cair, ketepikan.
2.  Ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula aising, pukul dengan whisk sehingga gula larut.
3.  Tuangkan chocolate yang telah dicairkan tadi, kacau rata.
4.  Tambahkan esen vanilla, tepung gandum dan kekacang, gaul sebati.  
5.  Sementara itu panaskan oven pada suhu 180'C.
6. Masuk adunan dalam piping bag, pastu tekan atas macaron mate. 
7. Bakar 10-12 minit. 

Siap.

Tips : ada org kata susah sebab selalu tak jadi kedut2 cantik atas cokies tu. Sis ikut tips sorang blogger tu jgn kasi doh kena angin. Lepas sia pje bancuhan tu, terus masuk dalam piping bag dan ikat. Alhamdullilah semua cookies sis kedut cantik. Muahaha

Saturday, May 4, 2019

Bercuti Ke Pulau Pinang 3H2M

Ya Allah bersawangnya blok mak. Baru nak up cerita Holiday ke Penang bulan Januari lepas. Wahaha.. Dan masuk mei dah ni. Lambat gila update. Banyak nau gambar, so macam lasa nye la nak pilih pilih mana nak masuk, tu yang lambat tu. 

Nah sekarang dah upadate, semoga menjadi kenangan manis untuk kami sekeluarga. 



Ini kira macam annual Holiday Trips family kami la. Sejak anak dah ramai ni, holiday jauh-jauh ni dah makin jarang. Tak macam masa anak sorang dulu. Ye la, bukan senang nak handle anak ramai2 ni. Nak kene pikri dia punya penat dan cabaran cabaran. Perghh.. kesat peluh kalau nak ingat dia punya cabaran.  

So kami bertolak pagi dalam pukul 8 pagi lalu ikut cameron - tapah - penang.  Happy sangat semuanya pagi tu. Bersemangat nak g Penang. First time untuk anak2, second time untuk husband dan untuk aku special sikit la sebab dulu setahun belajar kat Matrik Penang. 



Jauh jugak ye dari Koyan  nak ke Penang. Alahai ingatkan tak jauh nau. Pukul 4 petang baru Sampai Hotel. Kami stay kat Hotel Flamingo Penang. Hurmm.. Pilih bilik sea view, tapi dapat bilik view partial seaview je. Lebih kepada view bumbung rumah orang sajo. Not like. Bilik hotel besar, puas anak lari lari, breakfast sedap. Ada private beach. Boleh lah,, Konsep cuti tepi laut. Tapi memang tak puas hati dapat view bumbung rumah orang. 

Sampai hotel rehat-rehat. Pastu turun laut kejap bg anak anak main pasir, tengok orang main jet ski bagai.  Pastu anak nak mandi pool. Adoi, budak budak la ni memang tak teruja tengok laut ya. Pool je diorang kejar. Kita punya semangat nak anak main pasir. 

Lepas maghrib kita keluar cari makan. Port pertama kita ke Pasembor Padang Kota Lama. Hasil google la ni. Amboi meriah situ. Banyak gerai. Tapi harga kena siap sedia lah. Siap sedia fizikal dan mental mendengar harganya. Aku memang dah baca banyak dah review kata harga boleh tahan cekik darah. Tapi masa ambil pasembur tu, laki ku yg ambil, aku jage anak2. Ai terkujat jugak la dia ambil sepinggan bodo2 je RM30 kena. Wahaha.. Tapi nasib baik la sedap kan. Alhamdullilah.  Pastu kita bawak anak2 main buble kat depan padang area Kota Lama tu. Pastu balik tido. Eh sblum balik g 7e tapau roti seabab bini dia tak kenyang makan pasembor RM30..Wahaha.



Esok pagi yang indah kami siap awal dalam pkul 10 dah gerak nak pergi Bukit Bendera.  Sebab dengr review orang ramai kat sana, kena g wal kalau tak sesak la beratur. Tapi mak oii kami sampai samai je pagi tu orang tu diaaa macam sardin terlebih muatan. Ramai gilaaaaaaaaaa. Tak sanggup aku beratur macam tu sekali gaya. So kitorang decide dtg lagi petang nanti je la.  Jadi perjalaann di teruskan dengan misi mencari wall street art. Boleh la, kami jumpe beberapa saje. Panas ai tengahri tegak jalan kaki bergambar...huhu


Antara hasil


Diorang enjoy sangat. 


Aloh aloh adik.. 

Lepas puas pusing pusing kat area tu, semua kelaparan dan kepanasan. Lalu kami deicde cari mall.. Haha. Dasar.. Nak aircond punya pasal. So makan kat mall je tengahri tu. Konon nak cari nasi kandar, tapi husband kite kate kite masuk mall je la, we all panas... sian anak-anak..Wahaha. 

Lepas kekenyangan dan bertenaga kembali, kami pun menuju ke Bukit Bendera semula. Alhamdullilah line tak la sesak macam pagi tadi. Tapi tu pun ambik masa 2 jam beratur baru boleh dapat naik kalau guna tiket biasa. So tetap tak sangup. Jadi kami rela bayar tiket fast lini RM40 sorang untuk naik. Tak yah sesak2 beratur. Beli tiket, terus dapat naik. Tapi dalam cable car tetap bersesak ya, campur dengan yang beli tiket biasa. Cuma beza jimat masa la. So kepada korang yang tak pernah pergi, kekNi bagitau awal2 la, kalau bawak anak anak kecil halus macam ni, beli je la tiket fast Line. Hazab gila tau tunggu nak naik kalau tiket biasa. Nanti nak turun dari atas pun kena beratur lama lagi sama macam masa nak naik. Panjang gila Q dia. Kesian kekNi tengok yang bawak anak anak kecik beratur berjam jam.  Serius tak tipu. Bila pakai tiket fast line, tak payah beratur, terus boleh naik. 


Comel 2 ketul masa tunggu papa parking kereta kt Bukit bendera. 



Happy face akhirnya dapat naik Bukit Bendera. 


Masa ni intan dah but perangai. Tu muka lepas kena kutil ngan mak dia sekali. 
Ya Allah ampuni nabila ya Allah, gemuknya muka sis! 



Lama gak kami kat Bukit bendera. Dekat margrib baru sampai bawah semula. Lalu perut pun berkeroncong. Terus suruh laki kita cari Nasi Kandar. Haaa.. pergi penang memang ni la yang teringin sangat tau. Tapi laki cek macam tak berapa excited ngan nasi kandar. Mula-mula bila dia tengok ramai beratur (Sebenarnya tak ramai lagi ni, sbb maghrib ) dia mcm tak nak. Pastu kekNi  pergi je beratur, suruh dia jaga anak dalam kete dlu sebb anak2 dah tido kepenatan. Tak lama kek ni beratur tu, orang makin ramai. Makin ramai beratur sambil ambil gmabr. Haha.. tempat fames katekan. Panjang weh bertur smpai belakang kedai nun. Nasib baik la tempat makan dia banyak meja, so tak susah hati. Terus whatapps laki suruh masuk chop tempat duduk sementara kekNi beratur. 



Taraaaaaaa... Ya Allah sedapnye! Nikmatnya! Perfect 100%.  Eh cuma spoil tak ada syur kubis goreng kuning tu je hari tu. Eee tngok gambar terus terliur nak g lagi. Pak kal je la jauh. 


Lepas kenyang makan maka kami pun balik hotel, Mandi apa semua. Pastu malam kami keluar lagi jalan jalan kat Pasar Malam Batu feringgi. Best kat situ. Macam macam ada. KekNi ada beli gelang kat Intan yang bubuh nama tu. Tapi geramnya lahai boleh hilang kat hotel. Eee.. Geram amat. 

Esok paginya, mandi pool, pergi pantai pastu check out la tenghari. Kami plan nak ke Ipoh plak. Sebelum meninggalkan penang, gigih laki hakak pergi cari kilang Jeruk Pak Ali kegemaran dia. Adoi jauh tau. Makan masa 2 jam keluar masuk highway. Last2 kami sampai ipoh hari dah malam.  So tido Ipoh satu malam.

Esok paginya, terus jalan cari Nasi Ganja. Yang ni laki sis suka pula. Tapi bagi aku agak kureng. Paling tersedap tersangat melampau sedap ialah Deen Maju Nasi Kandar. Tetap di hatiku..huhu..

Pastu perjalanan balik diteruskan. Alhamdullilah selamat sampai rumah.
Begitulah cerita percutian kami ke Penang dan Ipoh hari tu. 

Antara Cabaran bawa holiday anak-anak kecik ni :
===================================
1. Intan Adam duduk bergasak bergaduh dalam keta, teriak menangis!
2. Adegan bergaduh, merajuk time kami jalan2, spoil mood
3. Buat perangai paksa beli belon, mainan setiap kali nampak. 
4. Muntah sebab makan macam-macam. Muntah kat baju mak kau lagi tu. 
5. Berzikir nak balik hotel, nak mandi pool nak mandi pool time kami jalan2. 


Tu la antara cabarannya. Tapi as a mom, aku puas dapat bawak diorang holiday. Puas tengok muka happy diorang. Dan rasa tertebus sedikit kesalahan aku yang selalu sibuk dengan kerja bisnes online aku walaupun 24 aku di rumah dengan diorang. Masa holiday ni la 24 jam aku boleh layan diorang tanpa perlu mengadap kerja, mengadap kain 3 bakul nak lipat, mop satu rumah dan sebagainya. Kalau kat rumah, asyik kena marah je la bila diorang kacau aku buat kerja dan aku kebizian dengan kerja rumah yang never ending. . 

So, next holiday bila my husband??  



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails